Saturday, May 30, 2009

Hujung Minggu yang penuh aktiviti

Haihhhh..
Bekerja di pagi Sabtu amat menyeksa batin
Ingat Sabtu datang untuk horey2!
Turned out to be..
Big boss suruh update PR Report untuk empat tahun berturut.
Manager tak datang..pi orang kahwen dekat Kuantan
Senior Exec aku yang pergi menjalankan aktivity HOREY2 malam tadi tak pun muncul.
"Sakit badan katanya" =D
Heh sekali!


Dan terpaksalah si kuliketif ni buat update PR Report itu dibantu oleh kawan seoffice.
Tapi sempat lagi nak mentipkan kata2 tak berapa indah dalam blog yang dianggap diary dan yang telah banyak orang baca sejak si mangkuk , BUDAK KEJAM itu meletakkan blog aku didalam listnya!
Heh sekali la kau ni Faryn! =)

Hujung minggu pertama setelah dapat gaji..
Semalam, lepas meeting kat Astro, aku terus cabut balik
Siap2..kemas2.. nak pergi rumah pengantin yang nak dijadikan cerita, kerja kat Astro jugak.
Malam berinai..
*Haihhh..*

Aku sebenarnya tak suka nak pergi rumah orang kahwin (sebelah Ollie)
Aku tak suka nak menengok dan mendengar soalan2 cepu emas yang diutarakan oleh makcik2 dan pakcik2 bantal 
Soalan yang tak mempunyai jawapan.
Tiada talian hayat tuhhh..
Heh!

Tengah hari ni..balik kerja ,
Sungai Buloh destinasi yang harus ditujui.
Tengok pengantin bersanding,makan  dan berjumpa manusia2 yang aku tak berapa kenal kebanyakkannya
Dua kali sanding tak silap aku.
Dengan dinner reception lagi.
Penat betul bunyinya.

Aku fikir, habis majlis petang ni,
Nak balik mandi.
Tak kisah la jauh ke apa..Nak balik jugak!
Dah boleh bayangkan betapa melekitnya badan.
Euw! =P

Ahad.
Hari memanjakan diri
Manicure..Pedicure...Threading..
Hehe. 
Best!

Oh...terlupa! Mungkin juga "STRIP" akan dikunjungi..
I just love to feel like a "BABY" again.
Kehkehkeh..
 

Friday, May 29, 2009

Tengah Hari Jumaat dan Cerita sekelompok masyarakat

Tengah Hari Jumaat..
Gaji da keluar dan telah pun makin surut bila aku start menggunakan Maybank2u aku. Ceh!
Bayar itu..bayar ini...
Bayar sana..Bayar sini,
Sangat Heh sekali..
Belum sampai awal bulan 6 aku rasa aku boleh mati.

Itu belum rokok lagi..
Makan minum..
Manicure Pedicure (Pasti! Setiap bulan..oh! Ahad ni da nak ke Solaris dengan Intan Sarah)
Sewa..gedebak gedebuk
Haihh....
Duit memang tak pernah cukup.
*Pening sekejap*

Hari ni masih lagi terbaca manusia2 durjana yang mengcomment dan mengutuk2 kekalahan team bola kesukaan aku. Ceh!! Tak habis2 lagi ke?

Takpe..
CR dan Manchester United masih tetap dihati. 
 * Handsome kan mamat ni? Kalau dapat dia..dah tentu2 dapat duit dia sekali..tak payah lah nak fikir2 lagi..kekeke*

Haissshhh! Terbantut titipan kata disini.Kaklong pulak telefon mintak direction ke Subang Parade. Macam nak rak jugak bertekak. Dua2 nak bercakap sapa nak dengar! Ceh!

But seriously, women are bad in giving directions! I have to admit that. 

Cerita sekelompok masyarakat underground 
Pelik betul dengan diorg ni.
Takde ke kerja lain drpd memikirkan masalah hati dan perasaan?
Asyik2 nak bergaduh pasal "flirting", "hati", "kissing" , "hurt" and whatsoever!
Suka sangat create drama!
Sangat2 heh punya dramaqueens! 

Tak boleh kalau tak bergaduh?
Tak boleh ke kalau tak create situasi yang membuat diri semua nampak bodoh? 
Tak boleh fikir ke?

Susah nak cakap..
Explain tak faham
Hanya simpati dapat diberikan.
Fikirkan la yang hubungan korang tak kemana..
Tak boleh jadi apa pun! Sampai mati takkan dapat "Happily ever after"
So, enjoy the life while you still can!

Ini tak...suka nak menyesakkan kepala otak! 
Heh!
Nasib baik aku dah tak semakkan diri dengan situasi dan keadaan yang mongok dan tak masuk akal seperti ini.
Heh sekali kau kauorg ini!

Hari makin meninggi..
Jap lagi nak pergi bayar duit kereta abahmak dan kereta Myvi kepunyaan diri, haih.. =D

*Singing -duit duit dimana kau duit*

Thursday, May 28, 2009

Manchester United Dihatiku dan Selamat Hari Lahir yang ke 55,Abah!

Hati masih lagi sebal dengan kekalahan kelab bola kesayangan aku (yang mana Cristiano Ronaldo menjadi antara salah satu punca kenapa aku sukakan kelab ini) kekek.. I repeat.."salah satu" ok? CR is not the main reason why I love this club.

Ok..come back to the story, semalam aku menidurkan diri secara awal. Sebelum pukul 12, badan yang solid molid  dan gemuk berlemak ini aku lemparkan diatas katil. Takut nak menghadapi kenyataan..takut nak tgk tv dan tak nak tgk muka CR bengang bila tak dapat perform dengan sebaiknya. Heh! Sangat penakut aku ni!

Sebelum menutup mata untuk bermimpi yang indah-indah, aku call abah.
Wish abah Happy 55th Birthday!
28 May 2009
Abah ketawa besar bila aku cakap dia da patut pencen! Dia kata , camne nak pencen ? Kalau anak2 still pinjam dia duit..RM50?RM100? 
Kali ni aku pulak yang ketawa malu. Heh sekali!

Tidur malam yang sangat dingin  dan mimpi buruk datang menjelma. Ceh! Potong stim btul!
Dan mimpi buruk itu ke-suwey-an nya sampai ke pagi bila teman tidur disebelah aku mengatakan

"Kalah. 2-0"

Haiiihhhhhhhh...
Dalam hati rasa sebal.bengkak jugak. Tapi takpe.
At least Manchester United is the Champion of English Premier League 08/09
Still! =D
Jadi la..dari Arse,Chelshit or Fool yang tak dapat apa2??!
Ok ape?
Heh!

Kejab lagi nak amik hadiah birthday abah...
Malam ada dinner ngn family.
Nak jumpa mentodt! Yeay!
oh..
Nak mintak maaf dengan mak.

Selamat Hari Lahir Abah...
dan Manchester United tetap dihati! Yeah!!!!

Wednesday, May 27, 2009

Mem-blog-kan diri

11.00 pagi- waktu pada jam punch card machine di ofis yang berada disebelah kiriku jelas kelihatan.

Aku dapat rasakan yang aku menitipkan kata-kata di blog ini hanya untuk tatapan sendiri.
Tak pernah sekalipun aku pos kan alamat blog aku dimana-mana lawan web sosial yang aku sertai. Tak Seperti orang lain. Sebab..aku lain! Tak sama macam orang lain =D
*kepada  manusia2 yang membaca blog ini...haihhh...kehadiran anda tidak diundang, pemergian anda tidak dinanti*


Bagi aku blog ini adalah diari dialam maya yang sepatutnya aku tulis kata2 nya dengan pen menggunakan tangan. Sepertimana yang telah aku buat sejak berumur 11 thn lagi.

Namun, diari hati tulisan sendiri untuk tatapan hati telah pun hampir pupus sejak empat tahun dulu.

Tiada masa untuk menulis.
Tangan letih dok menaip assignment di komputer riba.
Tiada mood untuk menitipkan kata-kata
Dan
Tiada apa yang menarik untuk diceritakan.

Itulah alasan yang selalu aku bangkitkan kepada diri sendiri, bilamana teringat pada sang diari yang menjadi sahabat baik satu ketika dahulu. Heh!

Pertengahan 2009- Barulah aku mula nak mengeluarkan setiap bait-bait perkataan tanpa segan silu di alam maya ini. 
Sekali lagi- Untuk tatapan diri sendiri. 

*Blog aku adalah diari hidup aku*

Tuesday, May 26, 2009

Benci.Serius benci!

Perasaan kala ini : Marah, Geram, Benci. Bengkeng Hati

Situasi: Mempersoalkan pada diri sendiri mengapakah,kenapakah aku tidak berhak membuat sesuatu keputusan yang mana ia  membabitkan aku sebagai Orang Utama dalam keadaan ini.

Kenapa?
Mengapa?
Apesal?
Apa kes?

Susah! Bilamana aku masih lagi mengharapkan orang lain untuk hidup
Payah! Bilamana aku masih tak mampu untuk berdiri atas kaki sendiri!
Leceh! Bilamana semua keputusan dalam hidup aku harus dicampuradukkan oleh orang lain
Menyesal! Bilamana aku tak mampu lagi untuk hidup sendiri hingga perlu menyusahkan orang lain terutamanya famili dan Ollie?
Sedih! Bilamana orang2 ini akan mengungkit serta membuat hati menjadi serba serbi tak kena!
Rasa ini sangat SIAL!

Aku benci! Serius! Menyampah!
Kenapa dengan kalian ini ?!
Aku stress!
Seksa hidup macamni!
Sampai bila harus jadi begini!

Marah..benci membara dalam hati!
Tak boleh kah kalian biarkan aku bersendiri?
Kenapa nak ambil peduli!?
Benci! Serius aku benci!


Dan aku betul-betul rasa NAK LARI!
Arghhhh!!!
BENCI!

~ Kala ini aku bersyukur yang aku bukan di Johor Bahru! *haaaaiiihhh* Nasib baik! Tak mahu dan terfikir mahu menarik balik hasrat dihati untuk pulang ke JB. Bukan JB bukan KL. Dimana lagi?

Anak.

Aku dapat merasakan bahawa adalah sangat susah menjadi seorang anak.
Yang tak bisa menyampaikan hajat bonda ayahandanya
Yang tak bisa membuat ibuayah gembira
Yang tak bisa mencorakkan senyum dibibir mereka


Aku dapat merasakan bahawa adalah sangat susah menjadi seorang anak
Yang mana selalu menumpahkan titisan airmata ibunya
Yang mana selalu melawan cakap kata ibuayahnya
Yang mana selalu dicop DERHAKA!

Alangkah susahnya menjadi seorang anak.
*Haiihhh*
Mak..ampunkan anak mu yang selalu membuat hatimu gusar dan sedih.
Abah..i'm sorry! 

Aku rasa memang aku DERHAKA!
Haiiihhh.....



Teringat

Hati masih ditipu perasaan

Kadang-kadang teringat kan dia. *aku manusia..kalau komputer boleh je delete terus hard disk dalam otak..tak payah teringat2 ni semua.heh!*
Dia yang dah aku pahat dalam hati dengan perkataan ini

"She is dead to me"
*Sighh*

Kenapa ya?
She is one of the most beautiful one that i ever had.
Cantik.
Skin? Phew... *berpeluh kejap mengingatkannya*

Haih...
But, what to do?!
Daripada bergaduh sakan setiap hari..
Memendam rasa
Membatukan diri
Kemudiannya membuat onar dan duri

Baik la aku pergi meninggalkan dia sendiri dan segala perempuan2 yang ingin dia lawati.
Haihh... *mengeluh lagi*
Haihhh *tringat lagi*

Hurm..Dan sekarang ni...
Marilah aku cari pengganti untuk menghilangkan ingatan pada minah yang pernah aku sayangi..! Yeay! 
=D

  *Haiiihhhh*

Monday, May 25, 2009

Balik Kampung - Johor Bahru

Johor Bahru...
Semenjak dua menjak ni bayangan bandar Johor Bahru bermain-main diingatan.
Rasa nak terbang je balik ke JB sekarang ni jugak.

Haihhh...
Kali terakhir aku melepaskan rindu di Johor Bahru pada bulan Februari 2009 
Itu pun kalau tak silap..

Haiihh..
Apa kan daya.
Walau seribu malam dibayangi mimpi diri ini berada di Johor Bahru sekalipun..
Tatkala mata dibuka
Aku tetap berada di katilku di bumi Lembah Klang..


Haihh... (da terlalu banyak aku mengeluh sekarang ni)

Tiba-tiba aku dapat merasakan yang Kuala Lumpur ini bukan bandar impianku lagi
Kuala Lumpur tidak begitu beerti
Kuala Lumpur tidakla sepertimana indah yang aku jangkakan
Enam tahun tidak menerjah impian hati..
Kosong.

Haihhh .. (lagi sekali)

Terdetik dihati
Rasanya hidupku bukan disini lagi..

Johor Bahru bawalah aku kembali.

Saturday, May 23, 2009

Statusless.

Statusless.

Tiada status.
Tiada rasa.

How?
Haiihh... Life is hard sometimes
I mean most of the times.

I just hate to be in the situation where you are stuck and do not know what to do.
Plus!
You feel so down, miserable and nothing can make you happy.
I mean really HAPPY.
Not that "trying to show people that you are happy" but deep inside you are NOT

Here I am.
Living in a "statusless" situation.

Life?
Hard

Work?
Seriously,
Not that good.

Love?
Sucks!
Oh..is there any "love" left?

Family?
Sometimes ok..sometimes not

Sex?
What is that?
Totally forgot about how good or bad it taste.

Friends?
Pity them
Pity myself too

Money?
That is the biggest ISSUE at the moment.

Cigarettes?
The bestest friend.

Car?
Need to be feed with petrol and t n g

Me?
Statusless.

Great.
It's just GREAT!

*Sighhhhhhhhh*

Friday, May 22, 2009

I just don't feel good.

Seriously..

When my superior asked one of my colleague to be in his office privately...
I seriously do not feel good.
I feel like they are talking about me
Secretly.
Privately.

Why?
The door is being closed after they saw me walking by the room.
I do not have any intention. I was just passing by the room on my way to the pantry.
And later after that, They close the door.

Great!
Sigh..
It's just great.
Seriously..

I just don't feel good anymore.

Is that true the superior is complaining about me to my colleague ?
Are they like talking about me..like NOW?
or I'm just having the over analyzing attitude towards myself?
or being as simple as "perasan"


Sighh-ing
And I guess I'll get the "bang session" later...
Haihhhhh...whatelse did I do??

Percubaan Pertama


Apa yang perlu aku titipkan disini?
Apa yang aku perlu ceritakan disini?
Apa yang harus aku bagitau pada semua?
Apa yang ingin aku nyatakan pada mereka?
Apa yang aku rasa?
Apa yang aku fikir?
Apa yang aku mahu?


Oh..aku mesti cuba..
Membuat posting pertama tanpa rasa segan dan ragu ragu

Sedang mencuba
Menaipkan bait-bait perkataan yang tidak bersubjek
Sekadar ingin memulakan entri pertama didalam blog yang tidak pernah kusentuh
Sejak kulahirkan ia didunia maya.

Ok.
Masih mencuba
Apa subjeknya?
Oh..
Telah mencuba

Dan inilah rasanya percubaan pertamaku menitipkan entri dialam maya.

Suka dan lara
Dariku Lea.