Tapi ketahuilah kalian bahawa dua batang gigi inilah yang mampu membuat hidup aku tunggang langgang selama beberapa hari.
Berdenyut-denyut.
Tidur malam tak lena.
Kepala sakit dan kacau bilau segalanya
Gigi Bongsu yang degil bersembunyi selama beberapa tahun di dalam gusi sudahpun ku nyahkan.
Minor dental surgery di hari Selasa tengah hari telah melayakkan aku menerima anugerah MC selama 4 hari.
Derita.
Darah mengalir ..air mata meleleh.
Pasrah.
Mahal pulak tuh!
Sekalung terima kasih ku ucapkan pada manusia yang meminjamkan tangannya untuk digenggam tatkala sakit dan ngilu datang menyerang sewaktu proses membius, mengorek dan mencabut dijalankan.
Gusi dipotong, mataku pejam.
Bius dicucuk ke gusi yang semakin membengkak membuatkan pipiku kebas dan berdengung.
Seksa.
Ini baru gigi.
Kalau sakit nak beranak..macam mana pulak?
Tak pernah sangka yang penangan gigi bongsu degil ini mampu memberi impak besar dalam kehidupan seharian..
Orang cakap
"Ala..sikit je tu.."
"Normal la..nothing big!"
Aku rasa nak sepak je manusia2 heh yang kata kesakitkan yang aku lalui ini tidakla sakit mana pun!
Cuba korang kena. Apa rasanya.
Dr gigi yang baik budiman berwajah elok menyejukkan hati
Dr wanita melayu bernama Masyitah.
Terima kasih kerana membantu dan akibatnya muka aku bengkak sebelah.
Pipi kembong.
Dah tak lawa dah! Haha
Mak risau.
Lalu aku membungkuskan diri sendiri, dengan mengumpul kekuatan jitu sebagai anak perempuan abah yang lasak..lalu meloloskan diri melalui lebuhraya utara selatan.
Drive sorang tahan demam. Macam nak rak jugaklah
1.00 pagi, Rabu.
Tibalah aku di pusat rehab di Taman Kenanga.
Adik perempuan yang sorang tersengih-sengih.
Aku kasi tunjuk dua batang gigi yang akan ku simpan bikin pusaka sampai bila-bila.
Ngeri.
Tapi yang pasti.
Nikmat makan sedap tak dapat la dirasai tekak seminggu dua ni.
Aiskrim..mashed potato..blergghh..dah macam bayi!
Kempunan nak merasai makanan pepejal yang sedap2 ini ,mungkin berlarutan sebab minggu depan nak bukak jahit di gusi dan cabut sebatang lagi gigi sebelah kanan atasnya.
Oh..gigi geraham bongsu...
Kasihani la saya..
Yang penting, hati da senang bila dapat menyedut udara bandaraya Johor Bahru yang selalu dirindui
Yabedabedu!
Rehab session starts now, baby!
*Terima kasih buat teman yang menemani dikala sakit gigi yang sangat HEH ni*