Hujan rintik-rintik dekat luar.
Dalam hati dah lebat membasahi jiwa.
Faham?
Tak mungkin
Mak kata sabar.
Aku tersengih je. Rasa nak campak telefon cap ayam tu.
Bukan nak apa pun.
Cuma nak hidup ini jadi realiti yang indahnya bagai mimpi.
Keseronokkan tidak bertepi.
Mana mampu dicapai mimpi yang indah
Namun, hidup semakin mencanak-canak kebosanannya.
Tengok hidup orang memang seronok.
Senang je- bak kata ida
"What is wrong with us?"
Its just US.
That is where it went wrong.
=p
Sebenarnya takde apa yang wrong pun dalam kehidupan seharian
Cuma zaman gelap yang membosankan datang bak awan hitam meliputi bumi.
Aku banyak melamun semenjak dua ni.
Meraung- hanya dalam hati.
Ketenangan tak dapat di capai semenjak dua ni.
Nampak hebat dan fabulous sehari-hari.
Dalam jiwa, tiada apa yang dinanti.
Orang bisa gelak..aku pun sama boleh join.
Tapi bila aku nangis diam-diam ..banyak orang tahu dan cakap
"SABAR lahhhh"
Benci dengan perkataan itu.
Hidup kena ada matlamat.
Kosong rasanya.
Apa yang sebenarnya aku nak?
1. Companion - sila cakap aku desperate. Tapi hakikatnya, itu lah dia.
2. Holiday- itu semua orang pun nak
3. Duit- ini lagi semua pun mau
4. Balik JB- KL tak sehebat yang disangka.
5. Kegembiraan dan kepuasan hati- sama macam manusia2 lain.
Manusia-manusia mungkin rasa hidup aku enjoy. Ditambah pula dengan status2 panas di FB.
Sakit tau tak?
Ingat happy ke?
Tidak lah. Cubaan menghappykan diri bermula disitu.
Konsep hidup makin jauh tersasar.
Jiran sebelah rumah berborak dengan aku dan ingatkan aku andalusia yang dah hebat hidup sendiri.
Kepala hotax! Ingat seronok?
Benci. Rasa nak sekeh je kepala brader tu. Nasib baik dia jarang2 berkunjung ke rumah pusaka arwah bapak dia ni.
1.26 am - Dah hari ahad.
Bohsan..
Sabar. . Sabar..Sabar..Sabar..Sabar..
Wahai cahaya keseronokkan..serlahkan lah dirimu.
Awan hitam, sila blah.
Boleh?
;-)