Monday, January 30, 2012

Lemau Isnin

Aku menguap buat sekian kalinya.
Langkah longai diatur.
Nak tekan keyboard pun jadi malas.
Kenapa?
Kenapa datangnya Isnin diri menjadi malas dan lemau?

Rasa nak balik rumah berkelubung dalam gebar sudah tiba sejak pukul 745 pagi tadi.
Sumpah rasa tak nak datang ke pejabat
Tak nak tengok Microsoft Outlook office yang merewel membebel2 memberanakkan email yang banyak.

Ditambah pula dengan arahan-arahan dari BBM group.
Oh! Bosses semua ke New Delhi dan Mumbai atas urusan pejabat.
Maka, mood malas semakin meluas dalam hati dan mata semakin nak terkatup.

Aku rasa nak mintak orang lempang je muka biar kasi sedar dan bangun sikit dari alam stoned ni.
A ah.
Stoned tak pasal2.

Aku rindukan katil..
Aku rindu berbaring2 di depan tv
Aku rindukan seluar pendek dan t-shirt tak berlengan aku dirumah.
Aku rindu bantak yang baunya menusuk ke hati
Aku rindukan itu semua.

Rasa sangat tak sabar nak balik kejap lagi.
4.16 pm...waktu sekarang.
5.30 petang...
Kenapa kau lambat lagi
T___T

Secara rasminya..hari ni..hari lemau aku.
Tak tau mana silapnya..
Mungkin banyak mentekedarah limau dekat opis ataupun mmg badan yang lemau dan mahu extra cuti lagi..

Aku rasa ada antara korang pun yang secara rasminya mengisytiharkan bahawa hari ni..hari lemau korang kan?

I miss my bed.. really bad...
Moga esok tak selemau hari ni. Sebab Rabu..kami di Kuala Lumpur dapat bercuti sehari!
Yay!!
Selangorian and other statesrian...Eat your heart out! LOL!

Selamat memulakan minggu bekerja..walaupun lemau sungguh rasanya.

Friday, January 27, 2012

Yang kita nak dan yang kita tak nampak

Kadang-kadang bila kita nakkan sesuatu...
Kita rasa NAKKKKKK SANGAT!
Kita rasa yang lebih membahagiakan saat itu bila ...
Kita dapat apa yang kita nak!

Tapi, pernahkah kita terfikir..
Kalau kita dapat apa yang kita nak tu betulke BEST macammana yang kita impikan?
Betulke apa yang kita dapat tu HEBAT seperti yang kita angankan?

Tengahari Jumaat aku telah mempertemukan aku dengan satu lagi keajaiban tuhan.

Sebenarnya,
apa yang kita dambakan itu tidaklah seindah yang kita rasa akan terjadi..
Dan ayat menyedapkan hati seperti
"Things happened for some reasons" itu adalah terbukti benar.

Kita sebenarnya tak akan pasti apa yang kita nak itu adalah yang terbaik untuk kita.
Waimah sekuat mana usaha kita untuk kita menggapai impian kita..
Tapi, bila Tuhan tak izinkan..maknanya memang apa yang kita nak sangat tu..bukan untuk kita.
Bila tiba masanya..sudah semestinya kita akan tahu KENAPA? MENGAPA?APASAL tuhan tak bagi kita memiliki impian kita tu..:)

Aku melamun memikirkan zaman-zaman gelap yang segelap-gelapnya itu.
Aku tersengih dengan puasnya.
Sekuat-kuat gelakan aku lepaskan..
Sepanjang-panjang nafas aku hela kan..

Waktu kita nakkkk sangat ianya menjadi...kita tak terfikir pun yang apa yang kita nak tu bukanlah yang seindah yang kita bayangkan bila kita dah dapat.

Hidup memang tak semuanya indah.
Hari-hari kita naik rollercoster di tempat-tempat yang berbeza.
Pengalaman membuatkan kita matang dan bijak memilih
Kesilapan diri membuatkan kita menjadi manusia yang paling berhati-hati

Yang kita nak..tak semestinya INDAH yang kita harapkan
Dan apa yang kita nampak tak semuanya HEBAT macam kita rasa.

Esok dan Lusa

Pendarahan bulanan menyebabkan kelesuan badan yang tak terhingga.
Aku lena lebih kurang pukul 10 malam hampir setiap malam.
Tiada apa yang boleh mendatangkan keterujaan kepada diri semenjak dua ni selain daripada katil milik diri sendiri.

Tidur awal pun tak mampu menjadikan aku seorang manusia yang segar bugar setiap pagi.
Kenapa?
Kekurangan oksigen dalam otak kah?
Atau nikotin yang berlebihan mengganggu sistem imunisasi badan?

Sambil menaip disini..
Aku menguap lagi.

Tiga hari bekerja...kita semua dikurniakan cuti hujung minggu sekali lagi.
Yayyyy!!!
Bayangan katil dan tilam empuk dirumah membuatkan aku tersenyum-senyum sendiri.
Macam bercinta gamaknya!
Tak sabar-sabar nak bermesra setiap hari.
Kepamnya perangai..malasnya nak membuat apa-apa aktiviti..membuatkan aku lebih gembira mengadap tv kecik sambil menggesel2kan kaki diatas tilam.
Teruja!

Mungkin ini frasa hidup bermalas-malasan yang sedang mencengkam emosi dan jiwa kala ini.
Esok lusa mungkin energi aku melampaui batas dan mana tahu..aku mampu berjaga melebihi 24 jam?

Adakah faktor usia yang melebihi angka selepas suku abad ini membuatkan aku jadi malas?
Ataupun tiada exercise yang membuatkan badan jadi segar semenjak dua ni?
Aku tak pasti..
Tapi yang aku tahu..katil itu peneman setiaku.
Oh rindunya pada katil sangat-sangat.

Esok sabtu
Lusa Ahad
Aktiviti telah disusun atur.
Kehadiran adik setiap datangnya Jumaat malam membuatkan aku tak bisa melelapkan mata pada pukul 10 malam ini. :(
Sabtu- ke Kuala Pilah rasanya.
Menghadiri majlis pernikahan seorang rakan yang akhirnya memilih saudara jauh untuk menjadi suri hatinya.
Congratulations Fizan..moga hidup kau diberkatiNya dan selamat menjadi suami.

Lusa..
Aktiviti penuh bersama adik yang akan ditugaskan untuk menyiapkan assignment video "early childhood"nya.
Lantas mata aku macam nak terkatup sekarang ni.
Mengantuk..mengantuk sungguh..
Oh katil...I really miss you.

Tak sabar nak tunggu 5.30 petang.
Nakkkk balikkkkkkkkkkkkkkkkkk!

Sealamat berhujung minggu semua.

Tuesday, January 24, 2012

Soalan itu...Jawapannya?

Kehidupan kita tidak pernah lekang daripada soalan.
Setiap hari kita dibebani soalan-soalan dari pelbagai kelompok manusia.
Itu tidak termasuk soalan-soalan yang datangnya dari hati dan minda sendiri.

Aku kadangkala jemu dan meluat nak menjawab soalan.
Setiap hari dimomokkan dengan macam-macam jenis soalan.
Sampai kadang kala nak menjawab soalan seperti....
"Nak makan apa?" - dari brother yang amik order di kedai makan itupun aku jadi jelak nak mencari jawapannya.

Tapi, bayangkan kalau sehari hidup kita tak ada soalan?
Bila tak ada soalan..bermakna orang tak peduli
Bila tak ada soalan...bermakna minda sudah tidak berfungsi..
Bila tak ada solan..maksudnya..hati sudah pun mati!

Soalan dan jawapan adalah satu rutin kehidupan yang kita tidak sedari.
Bertanya dan menjawab kadangkala dilakukan dengan seraya tanpa kita merasai bahawa aktivti itu mampu mentajamkan otak, mennguatkan hati, perasaan dan bila jawapan dapat dierikan tanpa hesitation..maknanya..satu kejayaan telah dicapai.

Aku menghabiskan 4 hari cuti panjang dengan pelbagai persoalan dalam diri.
Selain dari bermalas-malasan dan juga menghabiskan kerja pejabat yang dibawa dirumah serta melayani diri bersama rakan-rakan .....setiap ketika ada saja persoalan yang tiba diminda.

Soalan mampu kita jadi stress.
Jika terlampau banyak soalan yang bukan-bukan perlu dijawab.
Ataupun..jika soalan-soalan itu tidak mampu terjawab oleh kita.

Seorang rakan baik yang sedang stress dengan soalan ala-ala "makcik kepam" yang dilemparkan kepadanya membuatkan aku datang dengan satu teori dan konklusinya sekali.

Kita tak mampu lari sebarang persoalan dalam hidup.
dan untuk menjawab ataupun tidak--- itu hak kita.

Manusia selalu jelak bila bertalu-talu datangnya sesetengah soalan yang kadang-kala susah untuk dijawab.
Sebab kita juga tidak pasti apa yang perlu dijawabkan.
Jika sarkastik jawapannya...mau pulak dikatakan "kurang ajar"

Jadi..bagaimana?
Dijawab salah..tak jawab pun salah.

Buat manusia-manusia yang bertanya..
Kadangkala aku berharap agar relevannya soalan kalian amatlah dihargai.
Sebab ada soalan yang tak mampu terjawab kerana itu bukan kerja kita.
Kerja Tuhan.

Kalaulah segala benda akan datang, kita sudah pasti kejadiannya..
Mesti perkataan "Soalan" dan "Jawapan" tidak akan pernah exist dalam dunia fana.

Buat Norly...
Soalan-soalan "bila nak dapat baby" ataupun soalan "da ada ke tak" tu harus dipekakkan telinga.
Kerana aku pasti kalian ada jawapan yang sangat konkrit untuk mereka-mereka itu.
=)

dan Shikin,
Syukur, kau telah temui jawapan untuk soalan yang tak putus-putus ditanyakan dalam setiap sujudmu dahulu.
Jawapan itu adalah terbaik untukmu dan DIA maha mengetahui segalanya.
;-)

Untuk aku...
Soalan dari pelbagai konteks dalam hidup tak mungkin dianggap sebagai ancaman kehidupan.
Kerana soalan itu bagai pensel warna dalam kehidupan..walaupun jelak sungguh nak menjawab 1001 soalan yang tidak ada kena mengena dalam tujuan kini.
Kerana.....hidup ini bukan sekadar menjawab soalan demi memuaskan hati semua.

Sunday, January 22, 2012

Biar jauh dimata...

.....walau jarang kita berbicara...
ketahuilah bahawa...
.....kalian sentiasa dekat dalam jiwa.

I miss you both, always.
-Lea

Girls Just Want To Have Fun

If it makes you happy..it cant be that bad.

Bak bait lirik lagu Sheryl Crow..

" If it makes you happy
It cant be that bad
If it makes you happy
Then why the hell are you so sad....."

Pelik tapi benar..
Ramai manusia yang setiap harinya di penuhi dengan segala complaint yang sama.
Atau setiap benda yang diharungi..penuh saja dengan complaint2 yang berlainan.

Kenapa?
Jika ditanya...lantas mereka-mereka ini mengatakan
"Oh..Im a perfectionist!!"

Eh. eh eh...
Its nothing to do with your "perfectionism"

Contoh:

Berharap dan plan agak dapat hidup yang "macam ni..macam tu.."
Bila dah dapat..lantas kata..hidup cam "macam ni macam tu.."taklah seperti yang diinginkan..lalu membuat pelbagai complaint -"betapa shittynya hidup kau yang macam ni..macam tu"

Habis tu? Kau nak macammana lagi?
Since itu pilihan hidup yang kau nak..
Lepas kau dapat..kau complaint.

If that makes you happy..
why are you keep complaining, anyway?

Manusia memang begitu.
Kerap terlupa akan nikmat yang diberikan dan ujian yang dikurniakan bersama-sama nikmat tersebut.

Manusia memang tak pernah puas.
Dah dapat betis..nak peha.
Kadang-kala perlu juga sikap begitu.. Bagus untuk menaikkan taraf hidup dan menambah self achievements.
Tapi..bab-bab complaint tu yang aku tak boleh nak mengadap.
Terutamanya dalam social network.
Complaint2 ni selalu datangnya dari kaum perempuan yang tak sedar diuntung.

Manusia cepat lupa.
Kau dan aku semuanya sama.
Tiada yang perfect dalam dunia.
Dah dapat yang di suka..
Diam-diam dan mengucap kata syukur ajelah!
Kenapa mesti mencanang satu dunia?
Pilihan hidup kau itu tak seperfect yang macam kau sangka?

Jangan buka pekung didada..
Kalau tak mampu nak menghadapi cemuhan manusia.
Aku pun taklah best mana...
Tapi muhasabah diri tak perlu dilakukan dengan complaint sini sana.

Aku doakan kalian semua bahagia.
Sebab dalam dunia..Tak semua benda yang kita nak..kita dapat rasa.

Selamat Tahun Baru Cina.
Harap-harap tahun naga..akan banyak bawa bahagia kepada kau dan aku juga...
Makan limau banyak-banyak ...jangan sampai diarrhea ye :)

Wednesday, January 18, 2012

Sex and The City

Sex and the city always be my entertainment during my free night.
This week, I've been watching the whole collection from my 14 inch-10 years old-tv.
Every night without failed.
Loved it so very much until some friends said..

'You've been watching it for the 180th times in your life'
And
'You just loved it since it represents the other side of you'

LOL
Funny but True...(sometimes)
I admit by watching the series makes me forget about the boring-ness that I've encountered in my everyday lives.
It such a relief and I believed it could make me tweet less nonsense in people's TL and not thinking of life seriously.

Sleeping early after watching my fav series has been the routine for this week.
Still-- I couldn't really get up very early.
When the mind is tired during the day..it reflects to the body and soul...
I feel like a 70 years old granny these days.

Again..a lot of things to mention..but ..I rather keep some of dirty lil secret of life for myself.

The season six is playing on the screen now. Still in part one..disc 2 :p

I might love the series and adore the character also the plot of the story..but there are some parts in it that I am not agree with.

The main storyline are LOVE and SEX.

Its just an entertainment..even it represents 'what girls would normally do, act..or think or assume'..but it is not what ALL the girls wanted to have.

Life is fun. Do not be a typical woman. ;)
We all have different target and hope.
Not everybody has a same mind and thinking.
Just don't be a stereotype.
You are great in your own way.

Gooooooodddd night, people.
:)


•Lea@Alia•Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, January 17, 2012

After 10 days of silence

Yawning while typing this.
Real life story.

I have thousand and one things to share but..
Workloads are my main issue in life now.
One after another.
That 8 working hours every day are the crucial part in my life.

Should you be thankful with what you have?
I wonder why all these people are making a big fuss about their work.
Complaints one after another.

Don't get me wrong.
I used to be "those people" last time.
In fact, I complained more than anyone could ever done.
Worst than them.
LOL.

Life is a rollercoster.
Being grateful with what you have -is a positive remarks that you could apply to your life.
Love what you do.
Deal with every situation and challenges.
Learn to live the life to the maximum extend.

Positive notes are easily said but it is something that really really hard to be done.
What we can only do is try harder to be positive all the time.
No one could help you on this matter ...no one but yourself.

Have a productive week ahead, people.

Saturday, January 7, 2012

Congratulations wee wee!

After 11 challenging months..
Please give it up for Inspector Nuraini Kamarudin.
Congratulations on your graduation, wee wee!
We are so proud of you!
Tabik Puan Inspektor Nuraini!
=)

Friday, January 6, 2012

Apa kaitan susu dengan aku?

Hari ini…

Log on to FB- Langsung aku dimomokkan dengan perihal cerita susu tetek /susu badan oleh kawan-kawan yang sedang ghairah dengan kerjaya terbaru mereka iaitu – motherhood.

Aku hampir pitam bila perihal susu tetek ini sudah menjadi sesuatu yang general dan tidak lagi taboo ataupun dianggap sebagai rahsia lagi.

Kalau aku mempertikaikan soal ini…pastilah banyak hati-hati yang terusik.

Sebab?

Mereka akan mengatakan yang aku cemburu dan sakit hati dengan kejayaan mereka berfamily dan mengcompletekan hidup sebagai wanita sejati.

Subhanallah..

Manusia seperti aku selalu dikaitkan dengan ketidakpuasan hati mereka-mereka yang telah mengharungi jalan hidup normal seperti orang lain.

Kenapa?? Kenapaa?? Kenapaaa??? T___T

Hehnya…Drama Jumaat ini dikaikan dengan gambar-gambar susu tetek..jumlah oz pengeluaran susu pada hari ni, jenis2 pump susu dan pelbagai lagi perkara berkenaan susu tetek yang lain.

Lalu, rasa meluat tiba-tiba datang.

Aku pasti kalian disana memang sangat excited system penyusuan susu ibu..

Tetapi…tidak kah kalian rasa informasi yang dikeluarkan secara terang-terangan itu juga mampu dianggap luar biasa dan sedikit porno oleh manusia-manusia yang tidak ada kena mengena dengan perihal susu tetek—seperti aku??

Ye..Facebook page korang..korang punya suka..

Twitter korang..korang punya suka..

But, too much information kot?

Adakah kalian sedang berlumba2 untuk memberitahu satu dunia yang tetek kalian yang paling Berjaya??

Atau kalian nak memberitahu seantero pelusuk kawasan yang kalian seorang yang sehat lantas dapat memastikan bayi kalian mendapat nutrisi yang cukup?

Ataupun kalian sekadar nak berkongsi berita gembira dengan semua manusia dalam dunia??

Atau…kalian saja nak ejek manusia macam aku yang mempunyai perbezaan dalam membuat keputusan tidak normal dalam hidup?

Oh…oh…oh…

Aku gembira dengan kehebatan tetek kalian..

Aku bangga bila ada kawan2 yang bertetek power mengeluarkan susu seperti kalian..

Aku senyum sinis aje kalaupun kalian sekadar share untuk mengejek aku yang kononnya tidak normal.. LOL!

Tapi, aku hanya mohon satu …

Sila share pada manusia-manusia yang berkenaan saja.

Mungkin kalian boleh buat group untuk ibu-ibu yang memang punya interest dengan perihal susu badan ini.

Diskusi boleh dibuat disana.

Dan pastikan group itu “private” supaya informasi2nya tidak leak pada manusia-manusia jengkel dan tak normal macam aku.

*Just my 69cents. Tak suka tak ape. Aku cakap aje..Nak terasa? Mintak maaf ye.

Tuesday, January 3, 2012

First day of work in 2012

3 January
Welcome back to the reality with 5% of additional smile every end of the month =)
Alhamdulillah ,Thank you Boss and Hello 2012!

Monday, January 2, 2012

Catfight?

Melalui observasi aku dalam Internet hujung minggu aku menemukan dengan suatu isu baru.
Lawak tapi realiti.

Situasi:
Perempuan. Umur sebaya aku. Berkahwin. Berkareer. Beranak. Berwajah cantik. Tapi berotak kosong.

Masalah:
Cemburu. Selalu rasa orang lain(perempuan lain) busuk hati, nak menjatuhkan dia. Merasakan orang lain (perempuan lain) ada hasad dengki terhadap dirinya, kerjayanya dan keluarganya.

Solusi:
Melepaskan ketidakpuasan hati melalui Facebook. Memaki mencerca orang lain (yang tidak dinyatakan nama sebenar) dengan ayat-ayat yang defensive.

Owhhhhhhhhhh...
Adakah kita semua masih lagi berada dalam zaman sekolah menengah?
Catfight?
Ohh...dunia...apa sudah jadi??

Aku ketawa sinis.
Kadang kala ketawa secara besar-besaran keseorangan.

Seingat aku, catfight terakhir aku adalah pada tahun 1998.
Peperangan dengan rakan-rakan perempuan yang dulunya "baik sampai nak masuk dalam kain" pada zaman gelap itu membuatkan aku serik dan terus menjadi seorang yang berhati-hati dalam memilih kawan perempuan.

Berkawan dengan ramai perempuan ini leceh!
Sila marah aku dengan kenyataan diatas.
Sila kecam aku dengan kata-kata yang memanaskan telinga dan hati.
LOL!
Kenyataan adalah sesuatu yang menyakitkan? Kan?

Aku belajar dari pengalaman.
Best Friend Forever? Fuck it! Tiada apa yang forever..
Kawan..datang dan pergi.
Aku sangat berhati-hati dalam memilih kawan perempuan.
Kawan rapat--tertutamanya.

Aku tak berkenan untuk ada sekelompok kawan-kawan perempuan yang berkongsi SEGALA masalah suka dan duka.
Itu semua akan "back-fire" diri sendiri. Itu semua hukuman "potong kepala" namanya.

Sejak zaman gelap catfight yang membodohkan diri itu..aku cuba mengelak untuk berkawan dengan perempuan secara berkumpulan.
Biarlah aku dikecam. Biarlah aku dijadikan subjek umpatan mereka.
Dari zaman sekolah mengengah atas--sehingga ke zaman kolej dan universiti..aku hanya simpan rakan perempuan yang mempunyai ciri-ciri dibawah

1. Tidak prejudis dan ada rasa cemburu.
2. Tidak ajak aku berlawan-lawan dengan kelebihan masing-masing
3. Tidak pernah peduli dengan apa-apa tindakan dan keputusan yang aku ambil dalam hidup
4. Sayang aku walaupun aku bodoh dan tak berduit
5. Tidak mengajak aku menjadi seorang perempuan yang tipikal.

:)
Mungkin disebabkan ciri-ciri diatas adalah sangat susah untuk dijumpai..aku begitu menghargai kawan-kawan perempuan aku yang masih bersama sehingga kini.
Treasure your real girlfriends and that is why I rather have thousands of boyfriends :P

Anyway,Catfight is so 1998.
Buat perempuan-perempuan sebaya aku di luar sana.
Jika tidak dibendung kelakuan catfight anda itu..nescaya anda akan jadi seperti makcik-makcik kepam yang kepoh serta kaki gaduh yang macam dalam drama-drama tv itu
(Sila Imagine: Makcik pakai serkup kepala, baju kedah dan kain batik yang sedang sinsing lengan baju - berjalan dalam keadaan laju nak pergi menyerang rumah jiran bersama amarah serta ayat-ayat makian)
Suka ke nak jadi sebegitu?
Malu..... T_____T

Dunia dah maju.
Jaga tingkah laku
Jangan malukan diri.
Aku tengok pun malu.
Umur lagi 3 tahun nak masuk 3series...masih mau catfight lagi?

Buang-buanglah segala PHD itu.
Mulut mahu dibersihkan dari segala nista serta benci.
Hidup ini sendiri-sendiri.
Tak perlu nak bermegah dan lawan sana sini.
Banyak lagi yang kita nak tempuhi dan pelajari.
Sedar-sedarlah diri...
=)

*My 69cents doesn't count? Up to you....LoL.

Sendiri dan Kebebasan milik diri

Memulakan awal tahun dengan mood malas memang sangat tidak memberansangkan.
Berbaring secara bebas ditengah-tengah ruang tamu tanpa sesiapa adalah sangat menyenangkan.
Menjadi "kain buruk" bersama-sama laptop seharian suntuk adalah sangat menggembirakan.

Tak perlu gusar untuk memikirkan "apa orang kata"...tak perlu bimbang jika anak dan laki tak makan lagi dan tak perlu sibuk memberikan alasan jika mak membebel sekuat alam dengan soalan-soalan seperti "kenapa tak mandi lagi..??" atau suruhan-suruhan seperti "mintak tolong pergi kedai..beli itu ini.." atau "hantar mak pergi Angsana sebab nak tukar tudung yang beli hari tu"...
Aku mampu sengih sendiri...

Kebebasan untuk membuat apa saja boleh melawan perasaan sunyi yang kadang kala menghampiri.
Hujung minggu yang panjang setelah berhempas pulas menyibukkan diri dengan urusan pernikahan Ngah pada penutup 2011 kelmarin membuatkan perangai berkepam untuk menghabiskan dua hari pertama di rumah adalah suatu tindakan yang bijak.

Bergelar suami sudah wahai abang aku yang seorang ini...dengan kehadiran seorang lagi ahli keluarga yang bergelar kakak ipar yang satu mampu membuatkan ramai melepaskan nafas lega termasuk aku.
Alhamdulillah...perancangan kami mendapat approval dariNya.

Bercinta dengan radio, laptop, internet..bersama-sama rokok Marlboro Light dan air suam serta Milo tin adalah satu situasi yang sangat "syurga".

Berbicara dengan dengan sendiri..ketawa dengan gelagat rakan-rakan di Facebook dan melayan pembacaan melalui laman-laman web membuatkan aku rasa bebas tanpa batasan.

Sudah lama tidak begini.
Berkepam tanpa menjejak tanah
Berkurung tanpa keluar dari rumah
Berbaring tanpa ada siapa yang marah
Berdamping dengan diri dan perasaan tanpa ada yang boleh mencelah
Inilah kedamaian yang dikecapi jika dipilih cara sebegini.

Ini bukan ayat-ayat JK mahupun meminta simpati.
Aku mahu kongsi kegembiraan hidup sendiri.
Mahu beritahu bahawa ada manusia-manusia yang sememangnya rindu keadaan untuk bersendiri
Walaupun mereka tidak mampu bersuara dan takut dan tak boleh menyatakan hasrat hati.
Aku mahu mereka rasa cemburu dengan kesunyian ini.
Membuat apa yang mereka gemari...
Melakukan apa yang mereka sukai..
Melayan perasaan malas dalam diri
Tanpa perlu hiburan di sana dan sini.

Percayalah..kadang kala...momen sunyi seperti ini adalah satu kelebihan yang mana kita sebagai manusia harus merasai.
Rindu...kan masa bersendiri? :)

Sunday, January 1, 2012

Phase of life

I am looking at them sarcastically.
I am very skeptical on about what they are doing.

Do not get me wrong.
I don't pray for their unhappiness in the future.
But, with what that I went tru...I don't think i would be able to go near that path again.

They might think..this is nonsense.
I do not blame them.
They might think that I am a total nonsense
Still, I don't give a flying fuck with that
They might look at me differently since I am not following the same route like most of them did.
Anyhow, I don't feel bad at all.

A good friend was laughing loudly when I brought the subject into our teleconversation recently.
He said that..this is one of the phase of life.

Being different by not following the trend is always me.
So, this is the"that phase of life".
I nodded.
He smiled and continued laughing.
He said that he knew me that long and he thinks that I am being JK too much recently.
"Things like this normally will not bothering you and what you need to do is leave all the nasty comments in your head and stop judging"

I admit that I did judge people around me with negative thoughts...everytime I encountered with those scenario that might lead me to the negativity. Especially when comes to that issue.
No offense..but nowadays everybody is judging everybody, right?

The heart are easily touched when you reached certain age in life. LOL!
JK much?
I will not allow my heart to fall to that part again (Been trying so hard lately..but still..nothing much changed. JK is all around! haha)

No one is perfect in this life.
This is the phase that I need to go tru before I reach the other stage of life.

I am happy for them.
Since that is the path that they choose.
Good luck to them and to me too..
I reserve any comments on that particular matter.

Anyway, please let me ask one stupid-sarcastically-question :

Do you actually know what you are doing?
;-)

1st new year gift!

Thank you Samsul for the lovely artwork!
Happy New Year 2012, people!