Berbaring secara bebas ditengah-tengah ruang tamu tanpa sesiapa adalah sangat menyenangkan.
Menjadi "kain buruk" bersama-sama laptop seharian suntuk adalah sangat menggembirakan.
Tak perlu gusar untuk memikirkan "apa orang kata"...tak perlu bimbang jika anak dan laki tak makan lagi dan tak perlu sibuk memberikan alasan jika mak membebel sekuat alam dengan soalan-soalan seperti "kenapa tak mandi lagi..??" atau suruhan-suruhan seperti "mintak tolong pergi kedai..beli itu ini.." atau "hantar mak pergi Angsana sebab nak tukar tudung yang beli hari tu"...
Aku mampu sengih sendiri...
Kebebasan untuk membuat apa saja boleh melawan perasaan sunyi yang kadang kala menghampiri.
Hujung minggu yang panjang setelah berhempas pulas menyibukkan diri dengan urusan pernikahan Ngah pada penutup 2011 kelmarin membuatkan perangai berkepam untuk menghabiskan dua hari pertama di rumah adalah suatu tindakan yang bijak.
Bergelar suami sudah wahai abang aku yang seorang ini...dengan kehadiran seorang lagi ahli keluarga yang bergelar kakak ipar yang satu mampu membuatkan ramai melepaskan nafas lega termasuk aku.
Alhamdulillah...perancangan kami mendapat approval dariNya.
Bercinta dengan radio, laptop, internet..bersama-sama rokok Marlboro Light dan air suam serta Milo tin adalah satu situasi yang sangat "syurga".
Berbicara dengan dengan sendiri..ketawa dengan gelagat rakan-rakan di Facebook dan melayan pembacaan melalui laman-laman web membuatkan aku rasa bebas tanpa batasan.
Sudah lama tidak begini.
Berkepam tanpa menjejak tanah
Berkurung tanpa keluar dari rumah
Berbaring tanpa ada siapa yang marah
Berdamping dengan diri dan perasaan tanpa ada yang boleh mencelah
Inilah kedamaian yang dikecapi jika dipilih cara sebegini.
Ini bukan ayat-ayat JK mahupun meminta simpati.
Aku mahu kongsi kegembiraan hidup sendiri.
Mahu beritahu bahawa ada manusia-manusia yang sememangnya rindu keadaan untuk bersendiri
Walaupun mereka tidak mampu bersuara dan takut dan tak boleh menyatakan hasrat hati.
Aku mahu mereka rasa cemburu dengan kesunyian ini.
Membuat apa yang mereka gemari...
Melakukan apa yang mereka sukai..
Melayan perasaan malas dalam diri
Tanpa perlu hiburan di sana dan sini.
Percayalah..kadang kala...momen sunyi seperti ini adalah satu kelebihan yang mana kita sebagai manusia harus merasai.
Rindu...kan masa bersendiri? :)