Tuesday, January 24, 2012

Soalan itu...Jawapannya?

Kehidupan kita tidak pernah lekang daripada soalan.
Setiap hari kita dibebani soalan-soalan dari pelbagai kelompok manusia.
Itu tidak termasuk soalan-soalan yang datangnya dari hati dan minda sendiri.

Aku kadangkala jemu dan meluat nak menjawab soalan.
Setiap hari dimomokkan dengan macam-macam jenis soalan.
Sampai kadang kala nak menjawab soalan seperti....
"Nak makan apa?" - dari brother yang amik order di kedai makan itupun aku jadi jelak nak mencari jawapannya.

Tapi, bayangkan kalau sehari hidup kita tak ada soalan?
Bila tak ada soalan..bermakna orang tak peduli
Bila tak ada soalan...bermakna minda sudah tidak berfungsi..
Bila tak ada solan..maksudnya..hati sudah pun mati!

Soalan dan jawapan adalah satu rutin kehidupan yang kita tidak sedari.
Bertanya dan menjawab kadangkala dilakukan dengan seraya tanpa kita merasai bahawa aktivti itu mampu mentajamkan otak, mennguatkan hati, perasaan dan bila jawapan dapat dierikan tanpa hesitation..maknanya..satu kejayaan telah dicapai.

Aku menghabiskan 4 hari cuti panjang dengan pelbagai persoalan dalam diri.
Selain dari bermalas-malasan dan juga menghabiskan kerja pejabat yang dibawa dirumah serta melayani diri bersama rakan-rakan .....setiap ketika ada saja persoalan yang tiba diminda.

Soalan mampu kita jadi stress.
Jika terlampau banyak soalan yang bukan-bukan perlu dijawab.
Ataupun..jika soalan-soalan itu tidak mampu terjawab oleh kita.

Seorang rakan baik yang sedang stress dengan soalan ala-ala "makcik kepam" yang dilemparkan kepadanya membuatkan aku datang dengan satu teori dan konklusinya sekali.

Kita tak mampu lari sebarang persoalan dalam hidup.
dan untuk menjawab ataupun tidak--- itu hak kita.

Manusia selalu jelak bila bertalu-talu datangnya sesetengah soalan yang kadang-kala susah untuk dijawab.
Sebab kita juga tidak pasti apa yang perlu dijawabkan.
Jika sarkastik jawapannya...mau pulak dikatakan "kurang ajar"

Jadi..bagaimana?
Dijawab salah..tak jawab pun salah.

Buat manusia-manusia yang bertanya..
Kadangkala aku berharap agar relevannya soalan kalian amatlah dihargai.
Sebab ada soalan yang tak mampu terjawab kerana itu bukan kerja kita.
Kerja Tuhan.

Kalaulah segala benda akan datang, kita sudah pasti kejadiannya..
Mesti perkataan "Soalan" dan "Jawapan" tidak akan pernah exist dalam dunia fana.

Buat Norly...
Soalan-soalan "bila nak dapat baby" ataupun soalan "da ada ke tak" tu harus dipekakkan telinga.
Kerana aku pasti kalian ada jawapan yang sangat konkrit untuk mereka-mereka itu.
=)

dan Shikin,
Syukur, kau telah temui jawapan untuk soalan yang tak putus-putus ditanyakan dalam setiap sujudmu dahulu.
Jawapan itu adalah terbaik untukmu dan DIA maha mengetahui segalanya.
;-)

Untuk aku...
Soalan dari pelbagai konteks dalam hidup tak mungkin dianggap sebagai ancaman kehidupan.
Kerana soalan itu bagai pensel warna dalam kehidupan..walaupun jelak sungguh nak menjawab 1001 soalan yang tidak ada kena mengena dalam tujuan kini.
Kerana.....hidup ini bukan sekadar menjawab soalan demi memuaskan hati semua.