Pendarahan bulanan menyebabkan kelesuan badan yang tak terhingga.
Aku lena lebih kurang pukul 10 malam hampir setiap malam.
Tiada apa yang boleh mendatangkan keterujaan kepada diri semenjak dua ni selain daripada katil milik diri sendiri.
Tidur awal pun tak mampu menjadikan aku seorang manusia yang segar bugar setiap pagi.
Kenapa?
Kekurangan oksigen dalam otak kah?
Atau nikotin yang berlebihan mengganggu sistem imunisasi badan?
Sambil menaip disini..
Aku menguap lagi.
Tiga hari bekerja...kita semua dikurniakan cuti hujung minggu sekali lagi.
Yayyyy!!!
Bayangan katil dan tilam empuk dirumah membuatkan aku tersenyum-senyum sendiri.
Macam bercinta gamaknya!
Tak sabar-sabar nak bermesra setiap hari.
Kepamnya perangai..malasnya nak membuat apa-apa aktiviti..membuatkan aku lebih gembira mengadap tv kecik sambil menggesel2kan kaki diatas tilam.
Teruja!
Mungkin ini frasa hidup bermalas-malasan yang sedang mencengkam emosi dan jiwa kala ini.
Esok lusa mungkin energi aku melampaui batas dan mana tahu..aku mampu berjaga melebihi 24 jam?
Adakah faktor usia yang melebihi angka selepas suku abad ini membuatkan aku jadi malas?
Ataupun tiada exercise yang membuatkan badan jadi segar semenjak dua ni?
Aku tak pasti..
Tapi yang aku tahu..katil itu peneman setiaku.
Oh rindunya pada katil sangat-sangat.
Esok sabtu
Lusa Ahad
Aktiviti telah disusun atur.
Kehadiran adik setiap datangnya Jumaat malam membuatkan aku tak bisa melelapkan mata pada pukul 10 malam ini. :(
Sabtu- ke Kuala Pilah rasanya.
Menghadiri majlis pernikahan seorang rakan yang akhirnya memilih saudara jauh untuk menjadi suri hatinya.
Congratulations Fizan..moga hidup kau diberkatiNya dan selamat menjadi suami.
Lusa..
Aktiviti penuh bersama adik yang akan ditugaskan untuk menyiapkan assignment video "early childhood"nya.
Lantas mata aku macam nak terkatup sekarang ni.
Mengantuk..mengantuk sungguh..
Oh katil...I really miss you.
Tak sabar nak tunggu 5.30 petang.
Nakkkk balikkkkkkkkkkkkkkkkkk!
Sealamat berhujung minggu semua.