Monday, January 2, 2012

Catfight?

Melalui observasi aku dalam Internet hujung minggu aku menemukan dengan suatu isu baru.
Lawak tapi realiti.

Situasi:
Perempuan. Umur sebaya aku. Berkahwin. Berkareer. Beranak. Berwajah cantik. Tapi berotak kosong.

Masalah:
Cemburu. Selalu rasa orang lain(perempuan lain) busuk hati, nak menjatuhkan dia. Merasakan orang lain (perempuan lain) ada hasad dengki terhadap dirinya, kerjayanya dan keluarganya.

Solusi:
Melepaskan ketidakpuasan hati melalui Facebook. Memaki mencerca orang lain (yang tidak dinyatakan nama sebenar) dengan ayat-ayat yang defensive.

Owhhhhhhhhhh...
Adakah kita semua masih lagi berada dalam zaman sekolah menengah?
Catfight?
Ohh...dunia...apa sudah jadi??

Aku ketawa sinis.
Kadang kala ketawa secara besar-besaran keseorangan.

Seingat aku, catfight terakhir aku adalah pada tahun 1998.
Peperangan dengan rakan-rakan perempuan yang dulunya "baik sampai nak masuk dalam kain" pada zaman gelap itu membuatkan aku serik dan terus menjadi seorang yang berhati-hati dalam memilih kawan perempuan.

Berkawan dengan ramai perempuan ini leceh!
Sila marah aku dengan kenyataan diatas.
Sila kecam aku dengan kata-kata yang memanaskan telinga dan hati.
LOL!
Kenyataan adalah sesuatu yang menyakitkan? Kan?

Aku belajar dari pengalaman.
Best Friend Forever? Fuck it! Tiada apa yang forever..
Kawan..datang dan pergi.
Aku sangat berhati-hati dalam memilih kawan perempuan.
Kawan rapat--tertutamanya.

Aku tak berkenan untuk ada sekelompok kawan-kawan perempuan yang berkongsi SEGALA masalah suka dan duka.
Itu semua akan "back-fire" diri sendiri. Itu semua hukuman "potong kepala" namanya.

Sejak zaman gelap catfight yang membodohkan diri itu..aku cuba mengelak untuk berkawan dengan perempuan secara berkumpulan.
Biarlah aku dikecam. Biarlah aku dijadikan subjek umpatan mereka.
Dari zaman sekolah mengengah atas--sehingga ke zaman kolej dan universiti..aku hanya simpan rakan perempuan yang mempunyai ciri-ciri dibawah

1. Tidak prejudis dan ada rasa cemburu.
2. Tidak ajak aku berlawan-lawan dengan kelebihan masing-masing
3. Tidak pernah peduli dengan apa-apa tindakan dan keputusan yang aku ambil dalam hidup
4. Sayang aku walaupun aku bodoh dan tak berduit
5. Tidak mengajak aku menjadi seorang perempuan yang tipikal.

:)
Mungkin disebabkan ciri-ciri diatas adalah sangat susah untuk dijumpai..aku begitu menghargai kawan-kawan perempuan aku yang masih bersama sehingga kini.
Treasure your real girlfriends and that is why I rather have thousands of boyfriends :P

Anyway,Catfight is so 1998.
Buat perempuan-perempuan sebaya aku di luar sana.
Jika tidak dibendung kelakuan catfight anda itu..nescaya anda akan jadi seperti makcik-makcik kepam yang kepoh serta kaki gaduh yang macam dalam drama-drama tv itu
(Sila Imagine: Makcik pakai serkup kepala, baju kedah dan kain batik yang sedang sinsing lengan baju - berjalan dalam keadaan laju nak pergi menyerang rumah jiran bersama amarah serta ayat-ayat makian)
Suka ke nak jadi sebegitu?
Malu..... T_____T

Dunia dah maju.
Jaga tingkah laku
Jangan malukan diri.
Aku tengok pun malu.
Umur lagi 3 tahun nak masuk 3series...masih mau catfight lagi?

Buang-buanglah segala PHD itu.
Mulut mahu dibersihkan dari segala nista serta benci.
Hidup ini sendiri-sendiri.
Tak perlu nak bermegah dan lawan sana sini.
Banyak lagi yang kita nak tempuhi dan pelajari.
Sedar-sedarlah diri...
=)

*My 69cents doesn't count? Up to you....LoL.