Thursday, December 6, 2012

Cantik itu subjektif?

Semenjak dua ni rasanya susah nak melihat cermin dengan perasaan yang kuat mengatakan diri sendiri "cantik"
Kenapa?
Melangkaui umur selepas 25 tahun, kebanyakkan wanita akan mempunyai masalah yang sama.
Bukan soal nak kahwin atau kekasih atau pasangan.
Tapi sebab KEGEMUKAN.

Kadar metabolisma badan bagaikan turun merundum bila dah lepas umur 25tahun.
Especially untuk orang-orang macam aku yang sememangnya mengamalkan gaya hidup kurang sihat.
Lets put aside on my lifestyle. LOL.

Hari ni, aku dah lost count berapa hari tak makan nasi dan geng-geng seangkatannya.
Mungkin sudah lebih dari 200 hari.
Ya. Achievement yang sangat dibangga-banggakan untuk diri sendiri.
Bayangkan hidup tanpa makanan ruji?

Bayangkan bila balik kampung, mak masak lauk sedap-sedap tapi aku hanya makan lauk dengan roti?
Bayangkan masa hari raya hari tu aku langsung tak rasa ketupat atau lontong?
Bayangkan betapa rindunya nak makan nasi, kicap dengan ayam goreng?
Bayangkan.....
Haih.. Kadang-kadang memang rasa rindu sangat. Rindu yang sampai boleh nak nangis. lol.

Katalah apa korang nak kata..
Nasi tak menggemukkan ke..aku bodoh sebab tak makan nasi ke..cakaplah apa pun..
Sikit pun aku tak heran.

Sebabnya, dalam dunia ni hanya kita yang faham kehendak dan keupayaan diri sendiri.
Bukan kau..bukan dia..bukan orang lain.
Penangan tak makan nasi membuatkan aku dengan senangnya control berat badan sendiri.

5-7kilogram dalam masa 200 hari itu juga boleh dipandang sebagai kejayaan.
Ok. sekarang, sila cakap aku "berlagak" dan "macam bagus"
Memanglah bagus sebab bukan senang untuk berat turun sampai 5 kilogram.
Hanya tanpa makan nasi, minum air banyak bergelen-gelen dan kerja yang banyak berjalan.

Kerana kegemukan adalah antara musuh utama aku.
Dan jugak isu terbaik untuk Mummy ketawakan aku ..Hanya sebab badan da gemuk, perut da buncit, muka dah lebar dan punggung dah membesar.

Mummy selalu kata..cantik memang subjektif.
Tapi kita yang menilai diri sendiri dimana kecantikan kita dihadapan cermin dan kita yang tahu mana kelebihan kita yang perlu dijadikan aset dalam hidup.

Sampai sekarang aku masih tak makan nasi walaupun terliur tengok gambar-gambar dalam internet dan gambar lauk mak yang sering Keen upload kan dalam internet.
*Stress*

Hidup ni tak semua benda kita dapat.
Kalau ada dua benda..1 mungkin kita terlepas.
Jadi..pilihan ditangan sendiri..cubalah, tengok dan rasa..
Kalau selesa...proceed.
Kalau tak suka..tak tahan...gemuklah aku jadinya.

Jadi, sampai hari ni masih bertahan.....hidup tanpa nasi dan dengan rasa hebatnya bila pakai baju mandi yang macam dalam cerita  orang putih dekat tv.
Serius puas hati. Tak apa lah..tak makan nasi pun tak mati. :P

Tapi....sedap kan nasi? T__T