Sejak petang tadi emosi tak tentu arah.
Menghabiskan masa di office yang akan aku tinggalkan. Derita rasa nak balik rumah sorang2
Macam2 berita masuk ke telinga.
Telefon berdering2..
Sms masuk keluar..
Hati tak keruan.
Family comes first.Family is the basic foundation in life.Aku tak pernah amik peduli sangat dengan pernyataan diatas.
I used to be selfish!
Aku tak heran sangat dengan mak abah..
Adik beradik punya attitude yang kadang2 membuatkan aku naik angin satu badan-
selalu aku abaikan.Hidup aku - aku punya cerita.
Teruk kan?
Semenjak jadi baik ni -
balik kepangkuan jalan- bak kata mummy Todt ;p
Apa mak abah cakap- aku dengar
Dan mak abah jugaklah yang aku junjung atas kepala dan semat dalam hati.
Adik beradik lah tunjang kekuatan selain daripada Todt- anak buah kesayangan.
Kalau nak diikutkan- dengan berita abah yang admitted kat hospital sekarang,
Maunya aku rasa nak terbang balik ke JB- la ni jugak.
Mak kata- Sabar...
Lagipun esok dah last day keje kat office tu.
Handover nak kena buat esok jugak.
Malam esok- ada function and harap2 jadilah plan seorang kawan yang nak teman aku balik JB esok malam.
*Insyallah*If not- esok malam atau;pun awal2 pagi aku usahakan nak balik jenguk abah..
Abah jarang sakit.
Abah selalu sihat, even batuk2 isap rokok dia tu selalu ada je bersama.
Tak heran sangat- sebab dia memang selalu batuk.
Abah kuat. Abah hebat
Aku memang bukan anak yang rapat ngn abah.
Berbual pun jarang sekali.
Semenjak dua ni je baru reti bercakap dengan abah. Itu pun pasal kerja yang bersangkut paut dengan manusia pakai uniform. Hemmm.. =P
Kalau tak, rasanya- tak borak pun kot. Aku bukan macam kaklong- yang sentiasa dihati abah dan pandai beli jiwa abah.
Aku rapat dengan mak. Walaupun dulu selalu salah faham dan jadi anak derhaka serta sering membuatkan mak mengalirkan air mata.
Teruk kan?
Tapi hari ni, giliran aku menangis macam mati laki.
Risaunya dihati- tuhan je yang tahu.
Jam sekarang pukul 3.33 pagi. Aku masih tak boleh tidur.
(Masalah tidur makin menjadi2)Hati tak senang.
Call mak berpuluh kali.
Muka abah bermain2 dalam kepala otak.
Sekarang baru nak rasa? Ha...tu la dia!
Yer.. manusia-memang begitu.
Mak kata semua ok2 je kot?! Tapi hati tetap tak tenteram.
Nasib baik ada seorang hamba Allah datang bawak pergi makan dan cuba nak tenteramkan hati aku. Terima kasih. I really appriciate the effort. =)
Aku jarang nak tunjuk sayang kat abah. Sebab dulu selalu kena belasah dan ada rasa tak puas hati bila Abah selalu menangkan Kaklong kalau aku bertarik rambut dengan dia.
Aku selalu rasa abah tak sayang aku.
Ikutkan sangat perasaan nih...=)
Semenjak dua aku rapat dengan abah..
Bila balik, kami borak sambil berasap dekat dapur.
Dah jadi geng! hehe
Abah open minded dan cita2 dia nak aku jadi pegawai tinggi kerajaan*insyallah..panjang umur abah..aku sampaikan apa yang mampu* dan selalu sokong dengan apa yang aku nak buat dalam hidup.
Abah tak cerewet dan abah sangat senang nak sesuaikan diri dengan orang.
Malah, perangai "peramah" aku tu diwarisi dari abah la. Heheh..
Mak cakap- peramah sangat! Kepoh pun iye :P
Emosional betul ni.
Abah...hem...Abah dah berpuluh tahun tak admitted kat hospital.
Serius aku risau.
Aku sangat harap dapat start journey balik JB esok malam walaupun keadaan ekonomi wanita bujang ini kurang memuaskan.
Mata bengkak tatkala bertemu kawan yang berhati mulia bawak aku keluar makan tadi.
Dia kata -
"Tidur awal- Letih kalau menangis banyak ni"Semalam aku dengar cerita Na -masa arwah ayah dia meninggalkan dorang satu famili 4 tahun lepas. Sejak semalam lagi dah start emo.
Sedih.
Aku harap abah ok.
Abah hebat kan? Abah steady ...
Aku sayang abah walaupun secara zahirnya jarang aku lafazkan-
tunggu setahun sekali masa mintak maaf hari raya je :PSekarang - time ada, sila appriciate mak bapak kita.
Nanti kalau dah takde- time tu plak sibuk nak pi Rumah Sri Kenangan, umah orang tua2- nak mintak kasih sayang dr mak bapak orang lain... Heheh.. Tak ke rugi tu?
Hem...
Doakan aku ditemani kawan yang baik hati itu untuk balik ke JB esok malam ehAlia sayang abah. Banyak*Favourite pic aku dengan Abah masa umur 4 tahun*
Selepas 17 tahun dari gambar diatas -*Abah-aku-mak @ LUCT Graduation ceremony 2008* Aku ingat lagi ,abah nangis peluk aku masa graduation ni. Abah tak pernah percaya yang aku boleh habiskan belajar- sebab aku banyak main! Hehehe...
Tapi abah selalu sokong dan sangat boleh berkompromi.
Aku sayang mak dan abah. =(