Siri tv Melayu sekarang ni- tak kiralah dekat stesen2 swasta mahupun stesen tv kerajaan semua nak tayang cerita hantu.
Sangat bermusim
Jangan pandang depan la..jgn pandang kiri kanan la..jgn pandang atas bawah la.
Hey, come on lahh!
Dah ketandusan idea ke?
Aku naik fedup bila tengok tv time malam2 terutamanya hari Khamis malam Jumaat (macam malam tadi)
Tekan channel tv ini- cerita hantu..santau sentap segala..
Tekan channel tv itu- cerita hantu penanggal penggal sengal semua.
Tukar channel tv yang sana- pun sama
Tukar channel tv yang sini pun itu jugak genre ceritanya.
Apa kes, oi?!
Kalau tak cerita hantu- cerita orang kaya yang berhasad dengki, gila perempuan, skandal,gejala sosial, sombong..hemmm.. Ops..orang melayu -secara spesifiknya!
Aku ni bukak kaki layan tv sangat.. Tapi disebabkan kebosanan yang melanda bila balik rumah tak buat apa..tu jela kerja aku - walaupun tak mampu nak pasang siaran berbayar bulan2..aku perhatikan ke-streotype-an stesen2 tv ni...
Bagi cerita lain la!
Tak semua orang minat cerita hantu dan cerita2 yang biasa2 cam tu...
Letih kot?!
Sudah2 la dengan cerita bermacam hantu yang memomokkan masyarakat kita dan juga secara tidak langsungnya meng-identitikan masyarakat Melayu ni tak maju2.. percaya perkara mistik 24/7..eksyen..kerek..takde pendirian.. hemm..Sudah2 la tu....Malu kot?!
Ni memang komplen.Ni pun cakap2 sebagai salah seorang penonton tv free di Malaysia ni.
Harap2 ada yang amik port :)
p/s: Hasil taip-an seorang manusia yang tak boleh tengok cerita hantu...Penakut dan sekarang suka tengok cerita Cinta Balqis...Kesian Hasan- sengal jugak mamat tu kadang2 aku tengok! Heheheh ;p