Duduk2 menghadap komputer kat ofis ni membuatkan aku berfikir jauh.
Bukan senang nak jadi senang.
Memang betul pun.
Duduk2 menghembus asap
Aku berfikir lagi.
Hidup seorang pun bukan senang.
Sekarang- semua nak kena fikir sendiri.
Jadual waktu- hidup dan masa depan.
Masa2 ni lah dok rindu mak ngn abah.
Rasa sunyi sorang sangat.
Dulu- tak payah fikir banyak.
Merungut2..ada orang bagi buah fikiran.
Membebel2..ada orang tenangkan.
Sekarang ... tak sesenang dulu.
Kemudian? siapa tahu..
Hal rumah, hal kereta, hal diri, soal hati, soal perasaan, soal ongkos , soal matlamat, soal masa depan.
Phew- dah 25 baru nak start fikir!
Rasa nak packing barang dan chow tinggalkan semua.
Tapi tu pengecut!
Nak lari buat apa? Takde muka!
Malu kot?!
Duduk2 berfikir jauh.
Apa nak jadi lepas ni?
Plan dah ada. Execution - mampu kah?
Kesian tgk mak ngn abah.
Abah sakit sket.
Mak runsing.
Mak pernah cakap-
5 tahun dia simpan beban dengan soal hidup aku yang dia tahu akhirnya tak kan kemana.
Zalim kan aku?
Ishk..
Duduk2 berfikir jauh..
Kawan2 jela yang ada nak membantu.
Kawan rapat? teman tapi mesra?
Hahaha..- tu soal kedua.
Hidup memang tak boleh sendiri.
Aku selalu cakap aku da besar...mesti boleh buat banyak benda sendiri.
Ramai org tgh tunggu nak tepuk tangan JIKA aku tak mampu nak habiskan plan.
Huishhhh!
Nak tgk org jatuh memang senang. Jadi kena mau jaga2.
Cakap siang pandang2..buat apa pun mau kena tengok kiri kanan.
Duduk2 merenung jauh...
Sunyi sepi rasanya.
Dengan siapa mau share? Kawan2? Yer..tapi tak semua orang ada masa 24 jam nak layan manusia cam aku.
Sekarang- banyak duduk sorang2. Layan dvd. Berasap. Berfikir. Berzikir.
Mari execute plan yang ada.
Oh..esok hari last di office ni dan yang bestnya- Laptop office plak buat pasal. :) Tak mahu on pun! Hahahahaha.
Great.
Jiwa sakit kot camni?!
=P
Hm.. jacket kaler coklat sudah hilang bau sedap.
Hemmm....