Tuesday, February 23, 2010

Yang berkualiti

Aku hidup memang berteman.
Bila da kembali hidup seorang ni membuatkan aku berfikir tentang sang bekas-bekas kekasih yang pernah berkongsi rasa, bercinta derita, hidup bersama suka dan suka dengan aku.

Ada yang berkualiti?
Setiap manusia itu ada kelebihan dan kekurangannya.
Ini termasuk la kualiti yang ada pada mereka.

Ada yang pandai cari duit, ada yang suka enjoy, ada yang matured, ada yang tak fikir panjang, ada yang manja, ada yang takut ,ada yang berani, ada yang hebat menulis, ada yang hebat memandu, ada yang garang, ada yang suka mengarut, ada yang kaki IT, ada yang suka makan, ada yang eksyen bagus, ada yang gila talak, ada yang tak sedar diri, ada yang takde hati perut, ada yang takde keyakinan diri, ada yang penipu, ada yang dungu dan macam2 lagi.

Oh, bukan seorang dua sang bekas kekasih yang pernah singgah dihati ini. ;P

Berbalik pada topik diatas, kualiti apakah yang dicari seorang wanita dari lelaki itu.
25 tahun bernafas dibumi tuhan, aku masih tak faham
Wanita da tentunya kompleks dengan emosi yang tak menentu dan terutamanya aku- yang kadang2 tak tahu apa yang dimahukan kala itu.

Namun, ada juga lelaki begitu.
Kualiti yang ada pada diri mereka kadang kala tidak digunakan sepenuhnya.
Termangu tak jadi apa.

Apakah kualiti yang aku mahukan pada seorang makhluk tuhan yang jantinanya berbeza dari aku itu?

  • Segak dalam dan luar?
  • Hebat bergaya walaupun dalam bank tinggal 10 ringgit je?
  • Suka belanja duit sendiri ataupun yang suka ketuk duit kita?
  • Hidup berwawasan ataupun yang suka bermalas-malasan?
  • Hormat kaum wanita cam kite ataupun dia hanya respect mak,kakak dan adiknya aje?
  • Wang berguni2 atau berkepuk2 dalam bank?
  • Orang gomen ataupun keje biasa2?
  • Jantan keparat@ korporat?
  • Anak dato' @ datuk yang da beratus cucunya?
  • Berkereta jenama luar negara ataupun yang drive Myvi cam aku aje?
  • Tinggi cam galah ataupun yang rendang tak berbuah tu je?
  • Mulut manis bak gula ataupun pedas mulutnya bila bercakap rasa nak bagi penampar aje?
  • Lelaki yang asyik kerjanya nak bersenggama aje ataupun yang suka kaum sejenisnya?

Sekarang-aku tgh cari jawapan aku dari soalan diatas..
Korang camne?

Suka lelaki yang kualitinya bagaimana?