Friday, June 24, 2011

Bosan dan Pengertiannya

Seringkali ternampak status Facebook sesetengah daripada rakan-rakan dalam senarai kawan bertaip begini...

"Bosanlah....nak wat ape ekk?"

atau

"Bosannyaaaa!"

atau

"Boringnye ari nieee"

Status-status tersebut selalunya datang dari kaum-kaum wanita yang bergelar suri rumah sepenuh masa.
Yang kerjanya jaga anak-layan laki-kemas rumah dan semua tugas-tugas sebagai isteri dan ibu.

Bosan?
Duduk rumah pun bosan?

Meluat dengan status-status "tak sedar diri" dan jelak dengan status-status "tak sedar diuntung" manusia sebegini.

Kadang-kadang kita sebagai manusia yang khilaf selalu terlupa akan nikmat yang diberi tuhan.
Wahai surirumah-surirumah sedunia...
Janganlah korang cakap bosan setiap hari kerana pengucapan adalah doa.

Pernah ke korang terfikir bahawa wanita-wanita yang bergelar ibu dan isteri juga digelar pekerja disiang harinya menghadap kehidupan yang amat bosan berbanding korang yang duduk rumah?

Ibu/isteri bekerja- Bangun pagi- siapkan anak-siapkan laki-siapkan diri sendiri-pergi kerja-siapkan kerja-siapkan hal boss-kena maki- keje sampai lewat hari- balik rumah-mengadap jam-tengok anak-layan laki- bila semua dah siap baru boleh layan diri sendiri...

Penat tau tak?
Korang yang dok umah ni- (walaupun tugasan kerja sebagai ibu dan isteri sepenuh masa hari-hari kadangkala lebih memenatkan dari wanita bekerja), tak perlulah nak cakap BOSAN segala!
Banyak benda boleh dibuat dalam dunia dari cakap "BOSAN BOSAN BOSAN" setiap saat dan ketika!

Meluat!

Bersyukurlah dengan nikmat yang ada.
Laki dah mampu nak tanggung korang duduk uma pun masih lagi nak komplen sini sana!
Jaga jela anak tu.. kemas jela rumah tu..layan jela laki tu!
Nak jadi Lady of Leisure tak seindah yang disangka? sebab laki korang bukan Millionaire?
Sapa suruh duduk rumah?
Kalau laki tak bagi kerja pun, (yelah..syurga dibawah tapak kaki suami)- buat la meniaga kecik2. Menjahit ke, MLM ke, jual Tupperware ke, belajar pole dance utk laki ka.....dari melangok depan PC main Facebook dan tak buat apa bila anak da tido time2 tengah hari.

Banyak benda boleh dibuat dalam rumah ye.
Kalau nak dikira untung-rugi..tak ada siapa yang untung segalanya.

Hari-hari kena redha dan bersyukur dengan apa yang Tuhan beri.
Sebab kita manusia selalu lupa dan tak pernah rasa "cukup" dan "puas"!

Cuma, tolong lah janganlah cakap BOSAN hari-hari. Orang lain tengok kau pun lama2 BOSAN!

*My 2cents- If you want to count in lah! =D