Aku selalu berpendapat cara tradisional untuk mengucapkan Selamat hari raya untuk mereka2 yang jauh dimata tapi dekat dihati adalah tidak relevan.
Ini disebabkan aku da lebih dari 5 tahun tak pernah menerima waimah sekeping pun kad raya dari mana-mana manusia.
Kalis rasa dan tak mahu menerima hakikat yang diri tak pernah menerima kad raya setelah sekian lama.. Hahaha
Namun,Pagi ini aku dikejutkan dengan kehadiran sekeping kad raya diatas meja kerja.
Terkejut bukan?
Baru 7 hari di pejabat baru- sudah terima kad raya??
Hebat si kuliketif komunikasi korporat ni ya..
Boss kecik aku ketawa kan aku.
"Peminat kot??"
Aku dengan bangga dan rasa terkejut..membuka lembaran kad raya tersebut.
Hati luluh bila seorang sahabat baik di syarikat lama tempat aku bekerja mengeposkan kad raya padaku.
Haihh...
Tersentuh hati...
Rasa bagai nak mengalir air mata
Gembira dan seronok sekali.
Dan pagi ini jugalah aku menerima kad raya pertama setelah hampir 5 tahun tanpa kad raya mengunjungi diri.
Terima kasih Yui...=)
Selamat Hari Raya,Yui...Ampun dan maaf jika tersilap kata..tersalah perbuatan...yang membuatkan Yui tersentuh hati dan terkesima perasaan....
Duit raya Lea jangan lupa ya...Heheh
Dan kad raya tu aku lekatkan di kubikal ku...:)
Hehehe....