Pandangan dari tingkap bilik tidur
7.02 malam
20 November 2011
Cantik,bukan?
Cuaca mendung tatkala senja melabuhkan tirainya. Suram.
Keindahan pandangan tidak dapat dirasai jika sakit datang menjengah.
Bagi aku..kesihatan adalah sama penting dengan duit.
Migraine datang menyerang lagi.
Synflex yang ditelan tak berupaya nak mengurangkan sakit kepala.
Dua hari berturut-turut aku sudah membaringkan diri secara rasmi sebelum waktu Maghrib.
Berdenyut-denyut kepala dan beratnya rasa otak serta lemah tubuh badan bagai menyuruh aku melelapkan mata lebih awal dari kebiasaanya.
Semalam, jam 10 malam- aku sudah hanyut dibuai mimpi yang samar-samar jalan ceritanya.
Hari ni, agak dan rasa- perkara sama akan berlaku.
Ketidakseimbangan hormon membuatkan rasa berdentam dentum bagai ada pesta bunga api dalam kepala.
'Masa' itu akan tiba tak lama lagi.
Bukan mudah jadi wanita.
Bukan senang jadi perempuan.
Bulan-bulan mengadap sindrom yang berbeza.
20112011
Ada perkara indah berlaku pada kalian?
Tiada apa yang istimewa bagi aku bila terbaring seorang tanpa mampu mengangkat kepala dan berdiri tegak diatas tanah.
Esok sudah Isnin.
Hujung minggu bagai sudah tiada nikmatnya.
Masa kejar kita..cuma kita saja yang tak rasa.
Selamat malam dunia.