Bila sebut hari BESAR je..
Ramai yang menghubungkaitkan status aku dengan soal perkahwinan.
Siap ada yang BBM, sms dan call untuk mendapatkan kesahihan status facebook aku hari ini.
Lea Anif: Hari Besar saya akan tiba tak lama lagi.
Bukan suka-suka nak prank kawan-kawan.
*Ada yang tahu..ada yang tidak..ada yang percaya ..ada yang deny
Tapi sekadar nak menyemarakkan keadaan.
Almaklumlah setelah sekian lama menghadapi sindrom emosi kepam
Aku kembali menghoohaakan muka buku yang sudah sebulan di deactivatekan.
Bila soal hari besar- mesti orang ingat kahwin.
Tak ada angin..tak ada ribu..
Hidup terumbang ambing..hubungan tak ada yang kukuh..
Pelik jugak kalau terus nak bernikah macam esok lusa dah tak ada hari atau kata senangnya "desperate"
Berkeluarga bukanlah matlamat utama buat masa ini
Contoh-contoh yang elok dan kurang elok banyak buat aku memuhasabahkan diri.
Perkahwinan bukanlah benda yang boleh diambil enteng dalam konteks kehidupan
Sebagai seorang yang sukakan space sendiri..masa untuk diri sendiri..aku bebas berbuat sagala perlakuan yang aku rasa betul tanpa arahan dan halangan sesiapa.
Jika mahu..tunggu...
Jika tak tahan..sila jalan!
Tak ada yang larang!
Ada manusia yang mengatakan keegoan aku sebagai perempuan adalah setinggi bangunan berkembar KLCC.
Tak mahu tunduk dan kalah.
Hahahaha.
Tak tahulah.. aku membandingkan diri aku dengan bos-bos dipejabat
Tak mati pun umur menginjak 40an dan masih sendirian?
Tak kira lelaki atau perempuan.
Aku tak nampak mereka merakap kesepian sepanjang hari.
Keseronokan dan Kesepian dalam hidup bukankah itu suatu pilihan?
Kadangkala senang mulut berbicara
Mudah lagi tangan menaip segala kata-kata
Jangan buat analisis secara sesuka hati tanpa memerhati dan mengkaji sejauh mana hipotesis anda sebelum jadikan ianya satu teori.
Jangan bandingkan kehidupan anda yang anda rasa sudah PERFECT dengan hidup manusia lain yang selalu emosi dan nampak ketara stressnya.
Tak semua benda dalam hati dan setiap kejadian yang berlaku pada diri mampu diceritakan dalam blog dan social networking websites.
Hari BESAR yang aku maksudkan disini adalah hari aku dilahirkan 26 tahun dahulu.
4 November
Akan menjelma- dua hari lagi!
I am proud to be 26 and like this
26- bukankah masih muda?
LOL
I cant wait to be 27. That is the peak age for a woman- Not too young ..not too old.
*Just my 69 cents. Nothing more...Nothing Less =D