Apakah jenis perasaan bila seorang kawan rapat kau datang dan mengeluarkan pernyataan seperti ini:
"Alia, aku ada tumor"
Terasa berhenti sekejap masa. Terdiam. Bungkam. Tak tau nak cakap apa.
Terus rasa macam diri jadi salah satu dari karakter dalam sebuah novel ataupun watak dalam filem.
Perasaan yang tiada spesifik jenisnya.
Itu yang aku rasa.
Mungkin susah nak luahkan dengan kata-kata
Memang takkan meraung macam orang gila
Kerana segala kesedihan yang aku rasa tak sama macam dalam buku atau novel-novel semasa.
Dan kalau meraung pun takkan boleh baikkan kesihatannya dalam sekelip mata.
Kawan rapat kau yang kau bergelak bersama, tiba-tiba ada tumor.
Rasa macam tak percaya!
Sumpah rasa macam mimpi aje
Apa yang kau boleh bagi untuk kurangkan penderitaan kawan kau?
Duit- aku sumpah tak mampu!
Tenaga?- aku tak boleh jadi doktor dalam sekejapan masa
Moral support?- Itu saja yang terlintas dalam kepala
Aku selalu tak tahu nak borak apa dengan dia sekarang ni
Rasa pelik pun ada sebab soalan yang akan keluar dari mulut aku asyik2..
"Kau da ok?"
Memang stupid la kan..orang ada tumor- memang sure tak ok punya.
Rasa pelik..rasa kosong..rasa macam it will never be the same again.
Makin sedih bila dia cerita hidung berdarah, kepala macam nak pecah, badan lemah, tak de selera makan..(he's going a treatment at the moment)
Sedih yang kau tak tau nak cakap macammana tapi airmata tak terkeluar dari bebola mata. Pernah tak korang rasa macam ni?
Aku tak pernah.
Susah nak ungkapkan dengan kata-kata.
Hilang perkataan dalam minda.
Sedih dan macam-macam rasa berlegar-legar sepanjang masa.
Tiada apa yang aku boleh buat untuk kurangkan penderitaan sakit kau, Ajim.
Sokongan moral melalui telefon dan BBM pun apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan sakit kau.
Ketumbuhan dalam kepala memang sah tak boleh hilang dalam sekelip mata.
Berdoa untuk segalanya kembali pulih adalah hanya ikhtiar yang tak nampak di mata tapi selalu dialunkan dalam jiwa.
Ajim, moga kau tabah dan aku selalu sujud minta padaNya supaya kau sihat seperti sediakala. Insya'allah.
Perasaan aku tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.
Doa -itu saja yang aku ada.