Thursday, November 10, 2011

Sekeping kad dan sebuah majlis.

Aku tak pernah ambil kisah bila orang mempertikaikan tentang kesibukan seorang manusia bila kata putus telah dibuat berkenaan Majlis Raja Sehari mereka.

Aku tak pernah peduli pun bila rakan-rakan share checklist untuk majlis Walimahtulurus mereka.

Aku tak pernah heran bila mereka sibuk mengongoi akibat kekurangan wang belanja bagi menyempurnakan majlis mereka.

Walaupun aku sudah lali menjadi bridesmaid dan maid of honor untuk rakan-rakan yang sudi mempamerkan wajahku bersama-sama mereka di atas pelamin dengan tanpa apa-apa bayaran...aku tak pernah ambil berat akan persiapan keseluruhan sesebuah majlis nikah kahwin. LOL!

Tapi, kali ini bila tarikh keramat untuk Ngah hampir tiba..aku rasa berat nak menguruskan majlis persandingannya sangat terasa di bahu dan di kepala.

Kenapa?
Walhal kaklong juga pernah bersanding pada 2006
Padahal bukan sekali dua aku sibuk menguruskan kelengkapan majlis besar kawan-kawan (yang selalunya sudah menjadi ex-friends selepas majlis tamat dan apabila mereka semua sudah ada suami =P)

Dari yang besar-besar hingga yang kecik-kecik..semua harus diambil kira.
Soal wang- adalah yang paling utama.
Bila wang dan masa tidak dapat diselarikan..
Beginilah jadinya.

Menggaru kepala dan merungut-rungut tidak mampu membuat duit jatuh dari langit ....ataupun membuatkan masa bergerak secara perlahan-lahan.

Hujung tahun ini, setelah 30 tahun berkepam dibawah ketiak emak..abang aku- Ngah akan menukar ketiak "comfort zone"nya kepada sang isteri yang akan dinikahi hujung Disember ini.
Memanjatkan syukur ke hadrat Illahi bila seorang lagi akan meninggalkan unit rumah flat kuarters Kastam abah itu.
Yabedabedu!!!

Kami sekeluarga duduk berbincang.
Bergelak, bertekak, bergaduh mulut dan perbualan sinis menjadi selingan dalam perbincangan dalam melaksanakan majlis persandingan anak bujan tunggal kesayangan emak.

Kami excited nak terima seorang lagi perempuan sebagai adik beradik..langsung majlis ini harus menjadi sesuatu yang paling indah untuk mereka. Walaupun kadang-kadang geram bilamana si pengantin lelaki relax aje dan lepaskan banyak arrangement pada adik beradik perempuan dia.
Tapi, memandangkan air muka mak dan abah...kami semua akur.
Anak jantan seorang..semuanya harus teratur..

Tugasan diagih-agihkan.
Semua tunduk akur tanpa membantah bila kaklong menyenaraikan segala urusan untuk setiap ahli keluarga.
Project Director itu mahu segala-galanya perfect dimata semua.

Aku tersengih.
Event- menjadi forte' kehidupan aku agaknya.
Dekat office- handle event..Dekat rumah pun handle event.
Ini adalah sesuatu yang aku suka buat dan rasa gembira secara maksimum bila diberi tugas-tugas yang "tutup sebelah mata pun boleh siaplah!"
Namun, kesuntukan masa mampu melambatkan segala proses tersebut.
Takut 24 jam kurniaan Tuhan menjadi satu challenge untuk aku.

Aku cuba sedaya yang boleh
Aku bantu sedaya termampu
Sesebuah majlis perkahwinan ini adalah bak air muka keluarga.
Ianya harus dan perlulah sukses dalam erti kata sebenar.

Mungkin aku tak mampu nak hadiahkan percutian bulan madu untuk mereka..
Tapi mungkin kederat dan tenaga serta idea itu adalah hadiah terbaik untuk Ngah dan Hawa.
Segalanya harus sesempurna mungkin.

Bukan senang nak buat majlis ye.
Dah terkena baru terasa.
Lesson learnt.
Padan muka!
:)
Good Luck Lea!