Hidup ini memang ada naik turunnya.
Carikan aku siapa manusia yang tak pernah ada masalah?
Rata-rata tiada siapa yang hidup sempurna dalam dunia.
Kadang-kadang tekanan perasaan yang tak pasal-pasal juga boleh diambilkira sebagai masalah dunia.
Masalah cinta
Masalah duit
Masalah keluarga
Masalah kerja
Masalah harta benda
Macam-macam masalah duniawi.
Meluahkan masalah kepada manusia yang sepatutnya kadang-kadang dapat membantu kita dari kegusaran perasaan.
Tapi bila kita sedang asyik masyuk meluahkan apa yang kita rasa tanpa segan silu..
Pernahkah kita terfikir bahawa manusia yang mendengar itu sekadar mendengar sahaja?
Bagi pinjam telinga tapi tak selitkan apa yang kita cerita dalam otak.
Mendengar sahaja tak cukup bagus untuk memahami.
Kita manusia selalu fikir hal kita saja.
Semua orang pun self-centered.
Pentingkan diri sendiri..fikir masalah sendiri.
Jangan menafikan kenyataan tersebut kerana kita manusia semua templatenya sama.
Tak banyak beza.
Kadang-kala kita harus membayar orang untuk mendengar dan memberikan feedback serta cara penyelesaian masalah yang kita rasa sebesar gunung Kinabalu.
Kaya lah manusia-manusia tersebut.
Tapi, betulkah ikhlas mereka membantu atau sekadar menyelesaikan "kerja" mereka?
Sila kaji semula..
kadang-kadang pasangan kita pun sebenarnya tak amik port dengan jiwa kacau yang kita hadapi.
Cakap memang mudah
Mak bapak pun kadang kala ambil enteng dengan senario yang kita sedang lalui.
Adik beradik buat tak pasti..
Kawan2? Cepat-cepat nak angkat kaki.
Dalam dunia ini..kadang-kadang cerita yang kita keluarkan untuk melepaskan sesakan di minda sebenarnya hanya kita yang rasa.
Mendengar itu sekadar perlakuan yang menyedapkan jiwa.
Mengangguk tak semestinya setuju.
Silap-silap haribulan jadi bahan kutukan pulak!
Jadi...kemana harus kita tuju?
Tuhan.
Dia saja yang mampu menenangkan akal fikiran yang berserabut macam wayar dalam kereta.
Dengan syarat- kita sebagai manusia harus berikhtiar selagi termampu.
Tak semua manusia TAK IKHLAS.
Kawan-kawan aku ramai yang sudi menjadi peneman JK jika mereka tahu aku sedang kusut otak.
Cuma..ada kawan-kawan yang sangat diharapkan dapat membantu meminjamkan telinga dan ikhlas hatinya bersama---- tapi aku yang sedikit sangsi dengan mereka.
Kenapa jahat sangat hati ini.
Skeptikal dan kurang percaya kerana banyak kali tersilap langkah dengan segala tutur cara dan tatabudi sebagai manusia yang sering khilaf dalam kehidupan.
Di penghujung hari.....kita saja yang tau kusutnya rasa dan stressnya hati.
Sila bersedia menghadapi segala kemungkinan kerana kadang-kadang meluahkan juga tak mungkin dapat menyelesaikan.
Selamat hari Khamis.
Masa kejar aku. Kasi slow sikit masa dari cepat berlalu..boleh?
=)