Friday, October 28, 2011

Lawak Jumaat Hidung Comel

Terima kasih daun keladi wahai cik budak tak berapa kejam sebab membuatkan aku gelak pagi Jumaat ini.
Akibat daripada conversation chat antara beliau dan salah seorang dari kawannya.

****************************************************************************
FNY : ko ni apa yg suka sgt kat lea?

xxxx: sebab dia comel.

FNY: hahahaha
comel tang mana?

xxxx: idung.
kasitau dia idung dia comel.
baru menyeramkan.
kue kue kue

**************************************************************************

Hidung comel?
Rasanya inilah lawak terhebat sepanjang Oktober yang akan berakhir tak lama lagi.

Sejak dari kecil , aku senantiasa diejek2 oleh seluruh kaum keluarga kerana rupa bentuk hidung aku.
"Hidung takde batang"
"Hidung bawang"
"Hidung lubang kecik"
"Hidung bulat"
"Hidung oink oink"

Ok.
Rupa bentuk hidung aku selalu dijadikan bahan lawak oleh Ngah dan Kaklong.
Selalu juga low self esteem bila diejek begitu beratus kali dalam hidup.
Hahhh!!

Tapi hari ini dalam sejarah.
Ada orang puji hidung aku comel?
Ok. Rasa nak pengsan.

Minatkan baju kerana cantiknya..
Minatkan orang kerana hidungnya...

LOL.
Terima kasih kerana puji hidung aku comel.
Hahaha.
Nanti aku belanja karipap Ikea okeh?

Selamat hari Jumaat dan selamat berhujung minggu..
Tak sabar nak jumpa Todt di KL malam ni yang mana rupa bentuk hidungnya sama macam hidung aku.
Comel ok!
=)

Sunyi itu Privacy

Kita sebagai manusia tak pernah lari dari perasaan sunyi.
Walau sesibuk mana pun kita dalam kehidupan seharian,
walau seramai manusia pun yang berada disekeliling kita setiap ketika,
walau sebising mana pun keadaan,
walau serancak mana pun perbualan,
walau selaju mana pun TL di Twitter berjalan..
Kesunyian itu kadang-kala tetap terasa di dasar hati dan pemikiran

Mengakulah yang setiap manusia punyai momen "sunyi" tersendiri.
Kadangkala yang sudah berfamili, beranak bersuami berbini sekalipun akan rasa sunyi dalam satu-satu masa
Bohonglah kalau malam-malam sewaktu belum lelapkan mata..kesunyian tak mungkin menjelma.

Hidup sunyi adalah sebahagian dari dunia setiap manusia.
Sunyi dan bosan itu tidak sama,
Kesunyian mampu membuatkan kita berfikir tentang cerita silam dan masa depan yang penat sudah disusun segala perancangannya.

Biarlah berkawan seribu orang pun dalam satu masa.
Biarlah berpesta sampai ke dinihari sekalipun..
Biarlah berkasih sayang bagai hanya maut memisahkan kita..
Kesunyian itu akan hadir apabila tiba masanya
Kerana hati dan jiwa hanya Tuhan yang tahu rasanya.

Sunyi itu privacy buatku.
Kadangkala berungkai marah dan dendam akibat kesunyian dan kesepian hidup.
Namun...beralah juga hati digolak perasaan yang mengiyakan bahawa sunyi itu adalah sebahagian daripada kehidupan.

Jangan menafikan kesunyian dalam hidup.
Bukan bermakna sudah berpasangan ...hidup takkan sunyi.
Bukan beerti sudah dinikahi..hidup penuh warna warni dan keindahan tak terperi..
Bukan bermaksud punyai anak setengah dozen dan berfamili..sunyi takkan menjengah hati.
Kerana momen kesunyian itu akan hadir di suatu masa nanti.

Jangan lihat pada mata kasar dan tak dihalusi dengan kenyataan diri.
Kerana "breakdown moment" anda juga akan menghimpit diri tak kira masa tak kira hari...suatu hari nanti.
=)

*Sunyi itulah yang akan memuhasabahkan diri.

Thursday, October 27, 2011

Perfection Doesn't Exist

"My life is so perfect now"

Pernah terjumpa ayat-ayat sebegitu sewaktu blogwalking atau sewaktu membaca blog rakan-rakan anda?

Ok. Sumpah nak gelak!

Mana ada hidup yang sempurna?
Jangan nak bermegah-megah dengan apa yang kau sedang lalui..wahai manusia!
Mungkin itu adalah "perfect moment" tapi bukanlah "perfect life" seperti yang kita selalu impikan.

Perfection doesn't exist.
You might feel blessed and spread the emotions to the world..
But somehow the feeling can be automatically changed within seconds.
We always forgot that.
Happiness and perfection are not there all the time.

Life is a rollercoster - like what Ronan Keating sing in his song.
Bear in mind.
There are ups and downs and I always believe that the "up" is rarely there for a long time.

Welcome back to work, people!
Feels like Monday today. Kan?

*Batu Pahat...wait for me this weekend ya?

Wednesday, October 26, 2011

My Deepavali Dish

Homemade lempeng and sambal tumis ikan bilis.

Relaxing and cooking at home during public holiday is the most fascinating activity.
Healthy- supposedly.

I'm more relax now even I'm still dealing with mixed emotions.
JK- please go away.

*Blaming Fatin for telling me her appetite on eating this dish yesterday! Hahhhh!! I miss nasi soooo veryyyyy much! :( two weeks and counting!
Good luck Lea!

Happy holiday to all!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 25, 2011

Hadiah petang raya

Penat lelah berbaloi rasanya bila Mr Director sendiri menyerahkan surat sah jawatan kepada aku tadi.
Sambil tersengih-sengih..beliau berkata..
"Alia, I'm comfirming you as the Marcomm Exec"
Aku sengih juga. Lagi besar sengih dari dia
Siap joget2 belakang dia ..terkinja-kinja macam beruk!
LOL!

Surat ini lebih bermakna dari nasi lemak atau nasi beriyani atau segala jenis nasi yang dah dua minggu tak aku sentuh!
Alhamdulillah...
Kejayaan ini mungkin kecik bagi orang lain..
tapi inilah hadiah petang raya yang paling best sekali.

Lihatlah dunia!
Thank you Mr Director, Mr Senior Assistant Director, Ms HOD and Ms. Manager
Terima kasih juga kepada manusia-manusia yang membantu secara fizikal,emosional dan financial.
=)
Jasa kalian akan ku kenang..
Achievement ini adalah yang terbaik buat aku di bulan ini setelah pelbagai sakit perit dan JK segala serta tragedi yang mampu membuatkan keperitan hidup terasa di tahap 12.5

Alhamdulillah...rezeki Allah.
*Sila bayar nazar puasa kau ye Alia.

Sekali lagi..Selamat Hari Deepavali!
Esok cuti!!! Yayy!

"K" itu untuk apa?

Pernah tak kau tulis sms/bbm/email panjang berjela untuk menceritakan keadaan tentang sesuatu situasi kepada kawan atau famili atau adik beradik atau bos...tetapi dibalas hanya dengan huruf "K"?

Mesti pernah...kan?
Sama ada kau menjadi mangsa balasan huruf "K" ataupun kau menjadikan orang lain mangsa dengan balasan huruf "K" kepada mereka.

Aku benci bila dibalas dengan "K"

K itu apa?
K disini bermaksud "Kurang ajar"
Aku benci melihatkan hanya huruf K yang timbul di skrin monitor atau skrin telefon aku.

Kenapalah tuhan jadikan kalian manusia yang kurang sangat diajar dan tak reti menghormati perasaan orang lain.
Untuk menekan huruf O dan K pun malas ke?

Benci.
Sama bencinya dengan orang yang panggil aku "babe" bila bertutur dan bersembang.

K- come on lah!
Bukan susah dan payah sangat sampai nak kena berparang berpisau untuk disuruh menekan huruf O sebelum K.
Baik tak payah balas apa2 jika sekadar nak balas dengan K!

Cuba kalau kau kena macam tu..
Penat2 nak explain..bagitau satu2..perah otak untuk susun ayat supaya manusia di balik skrin komputer itu paham dengan segala situasi yang sedang berlaku..tup2 dapat balasan "K" aje.
Terus rasa sedih! (Itu aku)
Pathetic dan rasa tak dihargai.
Mesti rasa macam bodoh kan??

Jangan buat orang rasa macam tu.
Hargai orang-orang yang ada disekelieling kau.
Tak kiralah apa pun pandangan kau terhadap orang tu ke..
BBM/sms/email dia bagi kau..tak penting ke..
Kau tak ada masa ke nak jawab sms/bbm/email dia ke..
(susah sangat ke nak tekan huruf O dan disambung dengan K?- tu pun tak ada masa ke????)
Tapi..tak perlulah jawab dengan K aje.

Aku rasa manusia-manusia yang suka menjawab dengan huruf K ni patut dihantar pergi kelas tatacara dan adab menjawab sms/bbm/email dan kelas bagaimana nak menghormati manusia-manusia disekeliling anda.

Serious stress bila tengok huruf "K" sahaja dipaparkan diskrin.
Kadang2..lagi best macam ni..
"K....."
Ada masa pulak nak tambah titik-titik tu banyak kali kannn?

Tak taulah..manusia macam2 ragam.
Dah bagi senang..lagi nak senang..
Taip O pun da taknak dah....haihhh...
Teknologi menjadikan manusia lagi malas dan naik lemak!

K itu untuk apa?
Kepalahotak hang?
Kepam?
Kedarak kau?
atau
Kekok...? (macam apa yang aku rasa dari malam tadi..)

Sigh..
Jangan nak K..K..K..kan aku boleh tak?
Balaslah OK.. itu bukan kah lebih baik?

Selamat Selasa.
Selamat Deepavali...OK?
:)

Monday, October 24, 2011

Undo?

Things will never be the same again even if you push the undo button.
The flashback will always there in our mind.
You could say- its ok..lets start again
Still...the wound cant be healed within days.
My "Sorry" doesn't mean a thing since my mistake is unacceptable.
Its not about you or other people.
Its just about me who losing faith.

Go and tell the world- Lea is a mean girl.
I wouldn't deny if you say so.

For once, I did it terribly.
Enough for you.
You don't have to deal with the consequences anymore.
Let me leave and learn and bear with all the nonsense.

This is how pathetic life could be if you cant accept your own apology to yourself.
I'm officially a mean girl and I'm really sorry for "killing" you in such way.

You'll be laughing when you read this..in the next few months once your emotions reborn with the new one.
Bad girl gone worst.
Sigh...

Life is an open book

Kehidupan masa kini adalah sangat tidak lagi rahsia.
Life is an open book
Desakan teknologi membuatkan kita tidak mahu ketinggalan
Maka terjadilah reporting secara tidak sengaja di dalam segala jua bentuk medium social networking -Twitter,Facebook dan juga blog.

Mak kata-
Orang ada blog peribadi (macam aku) ..sudah tiada rahsia dalam hidup.
Sedih, suka, duka, gembira cam nak mati, derita, bahagia semua nak diberitau orang.
Potong rambut, masak untuk kawan-kawan, pergi holiday, cerita dalam kain, suami, anak, isteri, sedara mara sepupu sepapat punya hal, kerja, rumah..semua nak dikongsikan dengan semua jenis manusia dalam dunia Internet ni.

Itu kata mak.
Aku sengih.
Ada betulnya kata dia.

Tambah mak..diari atas talian ini mampu mendatangkan lebih banyak kesan buruk dari kesan yang baik2.
Aku angguk tidak..Geleng pun tidak.
"Time happy..orang cemburu..jeles..! Cuba time kau down..orang kata kau emo pulak!"
Jadi?
Kita tidak bebas nak menyuruh sesiapa bergembira untuk kita.
Mak kata lagi "Semua pun nak glamer! Internet ni kadang2 merosakkan sosio budaya dan psikologi manusia"
Itu kata-kata yang datang dari mak aku..yang tak ada facebook..tak ada twitter..tak ada blog..dan cuma kadang2 stalk anak2 dia melalui internet!
In fact..mak tak pernah tahu aku ada blog.
Eh..perlukah nak dikongsi url aku bersama mak..abah dirumah?
LOL.
Memang tak lah!
Unless kaklong dan adik beradik lain yang bagitau
"Maaaakkkkkk!!! Alia ada blog. Di tulis macam2 kat situuuuu!"
Nahhhh!

Ok.Life is an open book
Agree?
My life is an open book now.
Since I'm having this blog and I dont mind sharing some information about myself..I dont think it could bring bad impact to me as an individual.

Writing about life
The ups and downs
The love and hate
The happy and sorrow
on blog are some sort of satisfaction in dealing with the situation.

I cant afford to write anymore in a diary.
Due to the messy handwriting and my fingers are not that healthy nowadays.
:)
Let the people read.
Let them think and let them give their own conclusion about how shitty and how happy my life is.

Current mood- Down
I'm letting everything go.
I'm starting again
I rather do it all by myself.. (again)
Since I cant forgive myself and I need to deal with the consequences..

Let me leave and I will lead.

Friday, October 21, 2011

Berisi itu adalah Gemuk!

Walaupun berat badan naik dengan secara gembiranya semenjak dua menjak ni.
Aku tetap cuba memberikan post tercantik dan terlawa untuk menaikkan self esteem aku.
Gambar cantik penting untuk diri sendiri.
Bukan untuk orang lain.
Badan yang cantik mengurangkan rasa tidak puas hati sebagai manusia

Mjungkin orang kata
"Mana ada gemuk! Ok je aku tengok!"
ataupun
"Gemuk part mana? Bodoh ni!"

Definisi badan berisi akibat kenaikan berat badan adalah sama maksudnya dengan GEMUK pada pandangan aku.
Situasi sekarang-
Lengan makin berisi,
Perut membuncit,
Punggung makin besar macam orang baru lepas beranak dan tak berpantang,
Muka melebar
dan
Peha berselulit
serta
Baju da jadi saiz tengah-tengah diantara M dan L.
Huwaaaaa
T_________T

Semalam, sewaktu tamat event di Ritz Carlton, aku paksa intern legal department snap sekeping gambar dengan pose terbaik aku.

Aku rasa aku lawa dalam gambar ni.
Mungkin posture badan dan pakaian yang dikenakan telah berjaya menyembunyikan segala extra2 parts pada badan aku.
Heh!
Lantaklah orang nak cakap apa.
Aku memang vain dan nak menunjuk2 sebab nak memotivatekan aku..betapa susahnya nak bagi pose cantik bila badan dah melebar macam orang beranak lapan dan tak jaga makan.

Life is "fun" kan?
Berisinyaaaa kauuuuuu Leaaaaaaaaaaaa!!!
Huwarggghhhhhh!!!!!!!

Hidup? Layankan......

Oktober adalah bulan paling hectic sepanjang aku start dapat gaji disini bermula April 2011
Outstation demi outstation
Event demi event
Duduk dalam department Marcomm memang menyeronokkan.
Walaupun ada orang kata kerja aku lame sebab diletakkan dalam division event, aku rasa inilah exposure event keparat(baca -korporat... please) yang terbaik pernah aku dapat.
Ditambah lagi apabila industry legal and law yang aku tak pernah tau langsung selok beloknya..membuatkan pekerjaan yang memberi aku duit supaya bayar bil bulanan dan hidup bernafas dibumi Tuhan ini amatlah interesting!

Oktober juga telah memberi aku banyak pengalaman dan kejadian-kejadian yang mampu meletakkan aku dalam keadaan JK.
Anniversary setahun selepas disamun antara highlight dalam kehidupan bulan ini.
Kesilapan demi kesilapan dan segala bala bencana juga banyak datang menerjah pada bulan ini.
Status BBM selalunya menceritakan sedikit kegusaran yang berlaku dalam kehidupan aku tanpa ramai orang tau apa pertikaian dalam hati.
Kadang-kadang tak perlu bagitau cerita details dekat semua orang sebab tak semua benda yang kita nak share-orang nak terima.
Lebih memeritkan lagi bila apa yang kita share itu jadi satu bahan kutukan kaw-kaw oleh manusia yang bergelar "frienemy"

Oktober ini juga adalah "pay back time" untuk aku melangsaikan sedikit dari dosa-dosa dan kesilapan sebagai manusia yang tak sedar diuntung dan bodoh sebodoh-bodohnya.
Emosi LSD selalu berkunjung tiba terutamanya apabila malam menjelma.
JK- jangan cerita lah! Susah nak concerntrate hidup disiang hari dan selalunya apabila sendiri..ianya makin kronik!
Takpe..cuba jangan sampai ke tahap saikonisme sudah!
Mintak dijauhkan oleh Tuhan.

Namun, keJKan aku masih lagi boleh dibendung dengan tiadanya akaun facebook lagi.
Apabila aku decided untuk decativatedkan akaun fb hujung September lalu..jauh disut hati..bagai tahu bahawa pelbagai perkata buruk yang berlaku pada Oktober nanti.
Sila selalu percaya pada gerak hati ya kawan2.. =D
Mujur tiada extra pressure dari melihatkan news feeds rakan-rakan fb.
Kalau tidak..mahu jadi JK tahap 18!

Oktober juga membuatkan aku kembali kepada sebelumnya.
Plan-plan yang disimpan tidak boleh lagi digunapakai.
Hancur lebur plan-plan tersebut akibat kecenderungan aku dalam menyalahgunakan emosi dan kehendak.
Mengintai segala detik-detik untuk memilih dan menipu diri sendiri tidak mampu aku maafkan sampai bila-bila.
Itu sebabnya aku benci nak buat apa-apa plan..(kecuali plan event semasa kerja)
Sebab, by the end of the day..aku sendiri akan merosakkan plan-plan tersebut kerana kesangsian dan syak wasangka terhadap perancangan yang aku tak pasti akan menjadi.
Nafsu,emosi dan minda memang selalunya tak sebulu.
Tamak haloba- sikap yang ada pada setiap manusia walaupun sedikit percentagenya.

Mana-mana manusia yang membaca tulisan ini mesti mengutuk dan memberi cacian kelas satu kepada aku
Terutamanya wanita-wanita yang sangka hidup mereka telah sempurna kerana sudah berkeluarga.
LOL!
Laluan hidup masih panjang.
+- dua minggu lagi akan tiba November 4.
Dua puluh enam tahun genap bernafas disini.

Oktober ini mungkin menjanjikan suatu pelajaran yang akan masuk dalam diari minda.
Yang selalunya akan teringat-ingat dan susah nak dilupakan.

Aku tak mahu memilih..aku tak mahu meminta... dan yang penting aku tak mahu rancang apa-apa lagi buat waktu ini.
Kusut bila banyak perkara tak jadi akibat kebodohan diri sendiri.
Memaafkan diri sendiri sebenarnya lagi susah dari nak memaafkan orang lain.

Hidup? Layankan aje.....

Thursday, October 20, 2011

Memori Oktober yang Tragik

Setahun sudah berlalu
Oktober muncul kembali.
Mari saksikan hasil kes kena samun bersenjata pada 11 Oktober 2010
21 jahitan -setelah setahun


Jari kelingking yang da tak mahu tegak macam adik beradik jari yang lain.

Can see but can't touch. Jari perhiasan. Kebas setiap masa. Makin sakit bila terlampau sejuk dan panas.

Leher bertanda bagaikan gangster- Sister 13. Ingat cerita Young and Dangerous? =p

Telapak tangan yang dah kurang cantek

Terbelah yawwwww..Nak angkat benda berat pun dah kurang mampu.

Luka luar mungkin dah sembuh. Tapi luka dalam hati- kau tau?
Orang-orang ni semua cakap lebih..cuba kena kat diorg.
Macammana agaknya?

*Alhamdulillah. Walaupun tak seperfect dulu..masih diberi kesempatan untuk bernafas dan merasai kehidupan dunia.
Manusia- mudah lupa..kan?
Haihhh...

Wednesday, October 19, 2011

Itu salah..Ini salah..

There will be one day yang kau sebagai manusia biasa akan rasa
SEMUANYA SALAH!

Contohnya-

  • Terlewat bangun sebab semalaman tak boleh sleep
  • Lambat punch in masuk office
  • Sampai office- kerja bertimbun dah menunggu
  • Extraordinary request dari boss. Extraordinary ye!
  • Internet kejap hidup kejap mati.
  • Perut berbunyi-bunyi sebab tak sempat nak makan
  • Ditambah pula dengan mood PMS yang datang
  • Masalah personal yang mengganggu secara tiba2
  • Tak cukup masa nak prepare paper material
  • Keluarga yang tiba2 nak buat kelaku manja
  • Masa 8 jam di pejabat yang tak cukup untuk sampaikan target
  • Kawan-kawan yang kadang2 saje2 bagi attitude
  • Laptop hang!
  • Badan sakit2 sebab dah dekat nak period
  • Phone calls yang bertalu2 termasukla dari org2 yg "Oh sorry..silap nombor"
  • BBM yang perli memerli
  • E-mail masuk dari laptop dan blackberry
  • Lunch hanya dalam masa 15 minit sebab nak kejar masa
  • Kaki sakit sebab flats yang kau pakai tak suka kaki kau

dan macam-macam lagi yang tiba-tiba datang pada "bad day" kau...

Pernah tak rasa macam tu!
Jangan tipu kata tak pernah!

Sumpah rasa hidup cam loser seharian.
Bayangkan kalau kau kena seminggu straight- 7 bad days in a row.
Fucked up tak?
LOL!
Itu sudah upgrade jadi bad week.

Kau pergi sana salah..
Pergi sini salah
Cakap salah..
Diam pun salah
Ke kanan salah..
Ke kiri salah
Ke depan salah
Ke belakang dah tentu2 salah
Serba salah jadinya.

Apa kau rasa kalau terkena bahana itu salah dan ini salah dalam hidup korang?
Apa yang kau akan buat bila situasi semua salah ada dengan kau pada hari itu?

Sila "Layankan".....sebab cuaca tak selalunya mendung, tak selalunya hujan dan kadang2 sejuk..kadang2 panas... :)

R.I.P











Thank you Amy Whinehouse for such a great song.
R.I.P

Sigh-ing on Rabu

Ingatkan bos sahaja entitled untuk jadi DIVA
Rupa-rupanya jadi despatch pun boleh juga jadi DIVA ye.

19 Oktober 2011
Masalah datang bertimpa-timpa.
Padan muka aku.
Its like paying the debts from my wrongdoings.
Padan muka aku.
Dengan menunggu hari-hari sebelum kedatangannya..
Badan sakit-sakit
Kerja pulak memang sah-sah "sikit"nya
Manusia-manusia kiri kanan dengan semua nak menekan aku secara maksimum
Stress level tahap 9.3
Buat aku rasa nak snap je semua orang
Padan muka aku.

Pagi ni despatch office da kena snap!
LOL!
Ok. Jahat. Tak baik.

Aku tak faham kenapa nak buat muka bila disuruh buat kerja yang telah termaktub sebagai Job Description dalam offer letter mereka.
Nama pun despatch.- (tulis macam ni..mesti org kata..eksyen! Memang takklaaahhh!)
Bila suruh amik barang..drive ke sana ke sini..
Macam2 alasan nak diberi.
Tak sempat la..ada keje la..itu la ini lah!
Oi oi oi!
Orang lain pun kerja jugak.
Setakat Pavillion ke Jalan Duta pun nak kata JAUH?
Memang sah nak kena kitai!
Pagi tadi- belum aku cakap apa2... member da buat muka.
Langsunglah kena snap!
Jahatnya aku.
=(

Bukan suka-suka nak snap orang.
Aku banyak benda lain nak buat.
Jangan mengeluh time buat kerja wahai brader despatch!
Kalau da kerja kau tu...buat jelah!
Kalau nak senang - dok opis ..tido goyang kaki.
Memang susah lah!

Keadaan tegang aku tak layan
Aku tetap suruh dia pick up materials dan hantar papers ke seluruh KL.
Geram ye.

Inquiries masuk berlambak2 bagai saja nak menduga aku hari ni.
Time semua takde la..time tu jugak manusia-manusia pandai nak tanya macam2.
Semua last minute.
Manusia memang begitu ok.
Semua pun Diva!

Tegang urat-urat dalam otak sama tegang dengan urat2 tangan.
Silap-silap ada yang kena snap lagi hari ni.
Tolong beri aku masa dan ruang nak selesaikan satu-satu.
Sila kurangkan kesemakkkan dalam minda aku.

Ya Tuhan.. 24 jam yang dikurniakan kepada aku..Insyaallah cukup untuk habiskan yang mana tertulis dalam checklist hari ini.

Monday, October 17, 2011

Orang nak buat, dia nak buat

Orang nak buat A
Dia pun dan dan nak buat A

Bila orang nak buat B
Dia dengan tak semena-mena nak buat B

Bila orang sibuk dengan C
Dia pun nak buat-buat sibuk dengan C

Copycat
Ingat zaman sekolah je ada benda-benda macam ni?
LOL

Kita sering disogokkan dengan situasi peer pressure dikalangan masyarakat setempat
Ikut trend..
Ikut orang
dan tak ada identiti sendiri
Tak kisahlah walaupun nampak buruk..
Janji tak mahu rasa ketinggalan.
Janji "in"

Selepas umur menginjak ke angka 25 dan seterusnya 26 dalam masa 3 minggu lagi..
Aku jarang nak ikut orang.
Walaupun dikatakan buruk perangai..ego..selfish bitch.
Aku cuba taknak ikut orang

Sebab ye ye nak cipta identiti sendiri
Sampai terlupa banyak hati disakiti
Kelakuan tak pernah menyenangkan hati
Termasuk melukakan banyak perasaan termasuk ibu bapa sendiri

Sekarang trend orang sibuk berpasang-pasangan.
Aku masih lagi gila berkeliaran.
Kasihan
Padankan muka yang tak reti grateful dengan apa yang dikurniakan.

Mintak maaf tak bertepi atau tunduk melukut ditelapak kaki pun ..tapi kalau orang tak ampunkan tak guna jugak.
Aku -Manusia khilaf dan selalu lakukan kesilapan bodoh.
Seringkali tak sedar diri.
Sekali dua kali tiga kali.

Cuba memberitahu diri sendiri- Jangan bunuh diri..
Cuba menerima diri yang hina ini dengan berjela doa padaNya yang tak pernah lupa dan selalu mengadili.

Mari bermula kembali dari tangga satu
Harap semuanya selamat dan cuba tidak mengingat masa nan lalu.

*Cerita ini tak habis lagi. Ini rambling Monday yang busy. Sambung lagi bila ada kesempatan nanti.

Friday, October 14, 2011

2nd chance?

Do you actually believe that everyone deserve a second chance?
Me?- I dont know.

Sometimes Ye'
Sometime Ne'
It depends on your heart and mind ..also how serious is the situation.
Yada yada..
Too many dramas in my life today makes me feel like puke!
I did actually.
In fact I am having a fever due to the lack of rest and tons of work that need to be done today.
The weather also plays a big role here. Heh! 4 days in Seoul makes me feel like going back there!
I just love the weather. Honestly.

Being unfaithful to the situation and always try to tell myself that it can be sorted out nicely- is not that easy. Really hard.

Open for discussion?
Not now.
I am afraid.
Really scared.
I am scared of the punishment and the post mortem session- had enough for today's session in the office.

Life is "fun".
Especially when you are in my situation.
Work and Personal doesn't jive, bitch!
I need to brush-up my mental block skills.

Alhamdulillah.
I deserve this, anyway.
=)

*Demam and nose bleed is the 1st punishment from God. Padan muka!

Sorry seems to be the hardest word

What will you do if you feel sorry for yourself and you just cant say it to yourself that you're "SORRY?"?
Pathetic.
Numb
Heartless bitch, am I?

I feel so sorry for myself for so many reasons.
The guilt and do not know what to do emotions is running inside my head.
Saying Sorry- would not be the solution for everything.

I am tired.
The Seoulness journey and the drama that I invented myself makes me more exhausted.
With the nose bleed and I don't think anyone would care anymore.

There is a person is actually furiously mad at me for the huge reason.
I do not want to explain why ..how..what..whatsoever..
I want to see how is going..how far can we go.
The unplanned Lea is back!

Disappointed to myself is just something that I always feel.
Mistakes are unacceptable at this point of time.

Few hours after touched down from Seoul, here I am again - office...on my desk.
Hello work and Hello to the hollow weekend!
Its good to be back and I'm going to catch up with my sleep to clear all the mess.

Im in a mess and I am the mess.
Really.

Friday, October 7, 2011

Cuaca hati

Dalam hati ada cuaca kah?
Ada.
Cuma 'cuaca' itu dinamakan perasaan.

Semalam mendung dan sedikit hujan dalam hati.
Tapi, mendung dan hujan silih berganti lalu diakhiri dengan terangnya cahaya matahari.

Bungkam perasaan diselaputi susah hati tak terlihat di pandangan mata diri.

Hidupkan macam roda.
Dugaan datang dan pergi.
Tolonglah bawak bersyukur dalam hati kepada DIA yang sentiasa menanti..
DIA uji bukan untuk suka suki
Hanya sekadar menduga perasaan dan kehidupan biar adil dan sedar diri.

Alhamdulillah, orang-orang disekeliling memberi sokongan moral untuk aku yang dilanda mood JK Kepam seharian terutamanya malam hari.

Minta disenangi hati ini dan usaha segalanya supaya bukan hanya jadi mimpi.

Cuaca hati berubah mengikut skala kejituan dan keunggulan diri.
Kita kaji dan saksi ujian yang diberi.
Muhasabah diri untuk menanam azam serta harapan tinggi.

Hidup -memang akhirnya akan sendiri.
Tapi, Jiwa Kacau tak boleh dibiarkan berhari-hari.

Terima Kasih tak terhingga kepada yang sudi mendengar rintihan hati.
Segala kata-kata penenang diri yang susah hati menjadi pemangkin utk aku masih disini.

7 Oktober 2011
Hujan petang di Kuala Lumpur tapi cahaya terang di hati ini melenyapkan kekusutan jiwa dan kesusahan dihati.

DIA maha mengetahui.

*Tinggal lagi 3 hari. Seoul- nantikan kehadiran aku yang baru nak teruja ini. Medan- terima kasih daun keladi. Perjalanan hebat minggu sudah pasti tersemat dalam hati..sampai mati.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 6, 2011

*No title

Huwawawawawawawawawawawawwwwwwaaaaawwwaaaaa

Tak ada mood.
Sumpah takde mood.
Rasa nak balik tidur je sekarang

Huwaaaarrrghhhhhhhwawawawwwwwaaaaaawawawawawa

6th October 2011
Sucks!
Suck big time!

*Rasa nak nangis. Hati tak tenang*

Nak pergi Korea pun rasa tak enjoy
I need to talk to HIM.
I want my peace back.
Please...pleaseeeee...pleaseeeee....
I am seriously going to talk to HIM -now

T__________________________________________T

Wednesday, October 5, 2011

I am my mother's daughter

Sedangkan lidah lagi tergigit.
Inikan pula emak dan anak.

Aku memang degil.
Tak dapat nak dinafikan.
Dua pusar di kepala mengkuatkan lagi teori kedegilan aku.
Bahkan, seluruh kaum keluarga pun mengiakan pernyataan tersebut.

Bertekak, berperang dan berdrama dengan emak sendiri bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan.
Terjerit-jerit..airmata tertumpah ke pipi dan hati kecil besar adalah lumrah dalam relationship aku dengan emak.

Keputusan tak pernah sama.
Keinginan tak pernah selari
Kemahuan masing-masing sangat jauh dari pandangan mata hati.

Tapi..secara tidak langsung aku realized yang aku dan emak mempunyai persamaan yang banyak. Antaranya...

  • Kami memang Drama Queen -kadang-kadanglah!
  • Suka jadi Centre of Attraction
  • Kalau nak menegur silap kami, jangan dilakukan di hadapan khalayak ramai
  • Tak gemar kena marah dalam satu-satu situasi
  • Degil tahap 9.5
  • Ego macam maharaja mana!
  • Kalau aim sesuatu-mesti nak kena dapatkan
  • Kalau taknak sesuatu- apa pun jadi, dia tak nak jugak
  • Kuat membebel
  • Cepat snap dan naik angin tak tentu pasal
  • Bukan manusia penyabar
  • Sarkastik
  • Pandai masak--- ehh...tu emak aku je. ;-)
  • Benci rumah berselerak tak tentu pasal
  • Cadar kena tegang tak kira masa
  • Tak suka orang bantah
  • Kami rasa kami aje yang betul
  • Kulit kuning-- ehh, tu mak je. Aku kulit gelap! lol
  • Kuat terjerit pekik
  • Hati tisu dan kuat menangis
  • Suara kami lebih kurang sama- husky!
  • Betis bunting padi-- erk, kaki emak lagi cantek!
  • Creature of comfort- kalau holiday mesti da tersusun plannya. hotel cap ayam-tak main!
  • Suka bercakap dan meluahkan perasaan kalau tak puas hati
  • Bila stress- dia lepas kat orang yang paling rapat dan bila dia stress jugak dia akan snap kat orang yang paling rapat dengan dia jugak. Tak pasal-pasal! LOL
serta beberapa lagi persamaan yang ada antara aku dengan emak.

I am my mother's daughter.
Langsung aku teringat banyak silap-silap yang aku dah buat pada emak.
Kalau ikut scale- memang sah anak derhaka.
Tapi mana-mana emak pun memang semulajadinya ada sifat pemaaf yang ulung.
Setiap kali salah- setiap kali la aku mintak ampun
Dan setiap kali mintak ampun tulah- mak ampunkan aku.

Semua emak memang begitu kan?
Aku belum jadi emak dan tak sampai tahap nak jadi emak lagi.
Aku masih khilaf dan masih banyak perkara yang tidak dapat nak dijustifikasikan lagi.
Namun, melihatkan emak tatkala dia duduk di kerusi kerawang kebanggaannya di waktu senggang sambil menghafal Yassin..aku selalu breakdown.
Kalau mak tak take charge..tak degil..tak jadi queen control untuk seluruh umat manusia yang ada dalam rumah ini..nescaya kami semua tak kan jadi MANUSIA!
Waimah jahat mana pun sekali aku- didikan serta ajaran mak tak pernahnya yang jahat2!

TAK PERNAH mak ajar hisap rokok berbatang-batang sehari..pergi clubbing, lepak sampai dinihari- melangok tengok tv macam tiada esok hari... Duduk depan komputer layan internet sampai tak makan tak mandi..tidur macam dah mati..baju tak reti cuci sendiri sampai menimbun kena hantar dobi..pakai baju nampak dada dan seluar nampak peha...berpeluk dengan lelaki sana sini bila amik gambar -kononnya friendly (btw, mak tak pernah salam lelaki kecuali ahli keluarga sedara supupu ipar duai sendiri..dia menggunakan cara Jepun.Tunduk sebagai tanda hormat!LOL).. Cakap kuat-kuat ..cursing sana sini..Friendly tak kena tempat dan berani sampai kena samun dan kena kerat..TAK PERNAH ye!

Semua attitude tak baik yang aku ada- Datangnya dari aku sendiri.
Aku develop atitude dan perangan buruk nauzubillahminzalikh itu melalui hati dan akal yang selalu tak di synchronizekan sekali.
Semua emak dalam dunia ajar benda yang baik-baik.
Tak perlulah nak cakap emak kau yang paling best dalam dunia ini!
Emak/Ibu/Bonda/Mummy/Mama/Umi adalah manusia ulung dihati setiap manusia.

Berperang, kecil hati, terkesima dengan emak sendiri adalah rencah kehidupan.
Emak best friend aku- Tapi tak semua yang aku ceritakan.
Takut dia jadi stress dan gula dalam badan naik sebab kelincahan dalam kehidupan anak perempuan yang seorang ini diluahkan..
Reality sucks, right?

Cukuplah jika dapat buat emak happy dan tak stress lagi- walaupun cita-cita itu susah nak aku sampaikan.
Jauh beribu batu sekalipun, emak adalah manusia yang aku mintak restu dan mintak pandangan (walaupun selalunya pendapat bercanggah)

Ini yang dikatakan Comfort Zone dan juga Love-Hate Relationship!
Kadang-kadang tenang
Kadang-kadang goyang
Kadang-kadang sayang
Tapi kadang-kadang geram!

Aku terlalu banyak persamaan dengan emak dari secara fizikal dan mental.
Jadi, bila terlampau sangat banyak benda yang sama- maka terjadilah contradiction!
Aku redha dengan ketentuan Tuhan.
Aku pasti mak pun redha dapat anak bertuah macam aku.LOL
Kami masing-masing selalu cuba nak berbaik dan menyelarikan perasaan dan kemahuan.
Tapi, selalu fail! LOL!

Aku sayang emak. Aku tau korang pun sayang emak korang.
Tak payah nak beriye gaban macam kau sorang dalam dunia ni ada emak! LOL
Semua orang pun sayang emak dia.

Tapi..disebabkan kejadian snap-mengsnap dan kecik besar hati melalui telefon pagi tadi..aku terus realized yang aku memanglah...anak emak!
Cara bertekak sama, cara nak pujuk balik pun sama...cara bercakap sebab nak menang pun sama! Haihh....

Terus teringat skrip cerita Spanglish....
"I am my mother's daughter"

=)
Yes..I am. Exactly like her!
LOL