Terima kasih daun keladi wahai cik budak tak berapa kejam sebab membuatkan aku gelak pagi Jumaat ini.
Akibat daripada conversation chat antara beliau dan salah seorang dari kawannya.
****************************************************************************
FNY : ko ni apa yg suka sgt kat lea?
xxxx: sebab dia comel.
FNY: hahahaha
comel tang mana?
xxxx: idung.
kasitau dia idung dia comel.
baru menyeramkan.
kue kue kue**************************************************************************
Hidung comel?
Rasanya inilah lawak terhebat sepanjang Oktober yang akan berakhir tak lama lagi.
Sejak dari kecil , aku senantiasa diejek2 oleh seluruh kaum keluarga kerana rupa bentuk hidung aku.
"Hidung takde batang"
"Hidung bawang"
"Hidung lubang kecik"
"Hidung bulat"
"Hidung oink oink"
Ok.
Rupa bentuk hidung aku selalu dijadikan bahan lawak oleh Ngah dan Kaklong.
Selalu juga low self esteem bila diejek begitu beratus kali dalam hidup.
Hahhh!!
Tapi hari ini dalam sejarah.
Ada orang puji hidung aku comel?
Ok. Rasa nak pengsan.
Minatkan baju kerana cantiknya..
Minatkan orang kerana hidungnya...
LOL.
Terima kasih kerana puji hidung aku comel.
Hahaha.
Nanti aku belanja karipap Ikea okeh?
Selamat hari Jumaat dan selamat berhujung minggu..
Tak sabar nak jumpa Todt di KL malam ni yang mana rupa bentuk hidungnya sama macam hidung aku.
Comel ok!
=)