Kita sebagai manusia tak pernah lari dari perasaan sunyi.
Walau sesibuk mana pun kita dalam kehidupan seharian,
walau seramai manusia pun yang berada disekeliling kita setiap ketika,
walau sebising mana pun keadaan,
walau serancak mana pun perbualan,
walau selaju mana pun TL di Twitter berjalan..
Kesunyian itu kadang-kala tetap terasa di dasar hati dan pemikiran
Mengakulah yang setiap manusia punyai momen "sunyi" tersendiri.
Kadangkala yang sudah berfamili, beranak bersuami berbini sekalipun akan rasa sunyi dalam satu-satu masa
Bohonglah kalau malam-malam sewaktu belum lelapkan mata..kesunyian tak mungkin menjelma.
Hidup sunyi adalah sebahagian dari dunia setiap manusia.
Sunyi dan bosan itu tidak sama,
Kesunyian mampu membuatkan kita berfikir tentang cerita silam dan masa depan yang penat sudah disusun segala perancangannya.
Biarlah berkawan seribu orang pun dalam satu masa.
Biarlah berpesta sampai ke dinihari sekalipun..
Biarlah berkasih sayang bagai hanya maut memisahkan kita..
Kesunyian itu akan hadir apabila tiba masanya
Kerana hati dan jiwa hanya Tuhan yang tahu rasanya.
Sunyi itu privacy buatku.
Kadangkala berungkai marah dan dendam akibat kesunyian dan kesepian hidup.
Namun...beralah juga hati digolak perasaan yang mengiyakan bahawa sunyi itu adalah sebahagian daripada kehidupan.
Jangan menafikan kesunyian dalam hidup.
Bukan bermakna sudah berpasangan ...hidup takkan sunyi.
Bukan beerti sudah dinikahi..hidup penuh warna warni dan keindahan tak terperi..
Bukan bermaksud punyai anak setengah dozen dan berfamili..sunyi takkan menjengah hati.
Kerana momen kesunyian itu akan hadir di suatu masa nanti.
Jangan lihat pada mata kasar dan tak dihalusi dengan kenyataan diri.
Kerana "breakdown moment" anda juga akan menghimpit diri tak kira masa tak kira hari...suatu hari nanti.
=)
*Sunyi itulah yang akan memuhasabahkan diri.