Oktober adalah bulan paling hectic sepanjang aku start dapat gaji disini bermula April 2011
Outstation demi outstation
Event demi event
Duduk dalam department Marcomm memang menyeronokkan.
Walaupun ada orang kata kerja aku lame sebab diletakkan dalam division event, aku rasa inilah exposure event keparat(baca -korporat... please) yang terbaik pernah aku dapat.
Ditambah lagi apabila industry legal and law yang aku tak pernah tau langsung selok beloknya..membuatkan pekerjaan yang memberi aku duit supaya bayar bil bulanan dan hidup bernafas dibumi Tuhan ini amatlah interesting!
Oktober juga telah memberi aku banyak pengalaman dan kejadian-kejadian yang mampu meletakkan aku dalam keadaan JK.
Anniversary setahun selepas disamun antara highlight dalam kehidupan bulan ini.
Kesilapan demi kesilapan dan segala bala bencana juga banyak datang menerjah pada bulan ini.
Status BBM selalunya menceritakan sedikit kegusaran yang berlaku dalam kehidupan aku tanpa ramai orang tau apa pertikaian dalam hati.
Kadang-kadang tak perlu bagitau cerita details dekat semua orang sebab tak semua benda yang kita nak share-orang nak terima.
Lebih memeritkan lagi bila apa yang kita share itu jadi satu bahan kutukan kaw-kaw oleh manusia yang bergelar "frienemy"
Oktober ini juga adalah "pay back time" untuk aku melangsaikan sedikit dari dosa-dosa dan kesilapan sebagai manusia yang tak sedar diuntung dan bodoh sebodoh-bodohnya.
Emosi LSD selalu berkunjung tiba terutamanya apabila malam menjelma.
JK- jangan cerita lah! Susah nak concerntrate hidup disiang hari dan selalunya apabila sendiri..ianya makin kronik!
Takpe..cuba jangan sampai ke tahap saikonisme sudah!
Mintak dijauhkan oleh Tuhan.
Namun, keJKan aku masih lagi boleh dibendung dengan tiadanya akaun facebook lagi.
Apabila aku decided untuk decativatedkan akaun fb hujung September lalu..jauh disut hati..bagai tahu bahawa pelbagai perkata buruk yang berlaku pada Oktober nanti.
Sila selalu percaya pada gerak hati ya kawan2.. =D
Mujur tiada extra pressure dari melihatkan news feeds rakan-rakan fb.
Kalau tidak..mahu jadi JK tahap 18!
Oktober juga membuatkan aku kembali kepada sebelumnya.
Plan-plan yang disimpan tidak boleh lagi digunapakai.
Hancur lebur plan-plan tersebut akibat kecenderungan aku dalam menyalahgunakan emosi dan kehendak.
Mengintai segala detik-detik untuk memilih dan menipu diri sendiri tidak mampu aku maafkan sampai bila-bila.
Itu sebabnya aku benci nak buat apa-apa plan..(kecuali plan event semasa kerja)
Sebab, by the end of the day..aku sendiri akan merosakkan plan-plan tersebut kerana kesangsian dan syak wasangka terhadap perancangan yang aku tak pasti akan menjadi.
Nafsu,emosi dan minda memang selalunya tak sebulu.
Tamak haloba- sikap yang ada pada setiap manusia walaupun sedikit percentagenya.
Mana-mana manusia yang membaca tulisan ini mesti mengutuk dan memberi cacian kelas satu kepada aku
Terutamanya wanita-wanita yang sangka hidup mereka telah sempurna kerana sudah berkeluarga.
LOL!
Laluan hidup masih panjang.
+- dua minggu lagi akan tiba November 4.
Dua puluh enam tahun genap bernafas disini.
Oktober ini mungkin menjanjikan suatu pelajaran yang akan masuk dalam diari minda.
Yang selalunya akan teringat-ingat dan susah nak dilupakan.
Aku tak mahu memilih..aku tak mahu meminta... dan yang penting aku tak mahu rancang apa-apa lagi buat waktu ini.
Kusut bila banyak perkara tak jadi akibat kebodohan diri sendiri.
Memaafkan diri sendiri sebenarnya lagi susah dari nak memaafkan orang lain.
Hidup? Layankan aje.....