Tuesday, October 25, 2011

"K" itu untuk apa?

Pernah tak kau tulis sms/bbm/email panjang berjela untuk menceritakan keadaan tentang sesuatu situasi kepada kawan atau famili atau adik beradik atau bos...tetapi dibalas hanya dengan huruf "K"?

Mesti pernah...kan?
Sama ada kau menjadi mangsa balasan huruf "K" ataupun kau menjadikan orang lain mangsa dengan balasan huruf "K" kepada mereka.

Aku benci bila dibalas dengan "K"

K itu apa?
K disini bermaksud "Kurang ajar"
Aku benci melihatkan hanya huruf K yang timbul di skrin monitor atau skrin telefon aku.

Kenapalah tuhan jadikan kalian manusia yang kurang sangat diajar dan tak reti menghormati perasaan orang lain.
Untuk menekan huruf O dan K pun malas ke?

Benci.
Sama bencinya dengan orang yang panggil aku "babe" bila bertutur dan bersembang.

K- come on lah!
Bukan susah dan payah sangat sampai nak kena berparang berpisau untuk disuruh menekan huruf O sebelum K.
Baik tak payah balas apa2 jika sekadar nak balas dengan K!

Cuba kalau kau kena macam tu..
Penat2 nak explain..bagitau satu2..perah otak untuk susun ayat supaya manusia di balik skrin komputer itu paham dengan segala situasi yang sedang berlaku..tup2 dapat balasan "K" aje.
Terus rasa sedih! (Itu aku)
Pathetic dan rasa tak dihargai.
Mesti rasa macam bodoh kan??

Jangan buat orang rasa macam tu.
Hargai orang-orang yang ada disekelieling kau.
Tak kiralah apa pun pandangan kau terhadap orang tu ke..
BBM/sms/email dia bagi kau..tak penting ke..
Kau tak ada masa ke nak jawab sms/bbm/email dia ke..
(susah sangat ke nak tekan huruf O dan disambung dengan K?- tu pun tak ada masa ke????)
Tapi..tak perlulah jawab dengan K aje.

Aku rasa manusia-manusia yang suka menjawab dengan huruf K ni patut dihantar pergi kelas tatacara dan adab menjawab sms/bbm/email dan kelas bagaimana nak menghormati manusia-manusia disekeliling anda.

Serious stress bila tengok huruf "K" sahaja dipaparkan diskrin.
Kadang2..lagi best macam ni..
"K....."
Ada masa pulak nak tambah titik-titik tu banyak kali kannn?

Tak taulah..manusia macam2 ragam.
Dah bagi senang..lagi nak senang..
Taip O pun da taknak dah....haihhh...
Teknologi menjadikan manusia lagi malas dan naik lemak!

K itu untuk apa?
Kepalahotak hang?
Kepam?
Kedarak kau?
atau
Kekok...? (macam apa yang aku rasa dari malam tadi..)

Sigh..
Jangan nak K..K..K..kan aku boleh tak?
Balaslah OK.. itu bukan kah lebih baik?

Selamat Selasa.
Selamat Deepavali...OK?
:)