Dia pun dan dan nak buat A
Bila orang nak buat B
Dia dengan tak semena-mena nak buat B
Bila orang sibuk dengan C
Dia pun nak buat-buat sibuk dengan C
Copycat
Ingat zaman sekolah je ada benda-benda macam ni?
LOL
Kita sering disogokkan dengan situasi peer pressure dikalangan masyarakat setempat
Ikut trend..
Ikut orang
dan tak ada identiti sendiri
Tak kisahlah walaupun nampak buruk..
Janji tak mahu rasa ketinggalan.
Janji "in"
Selepas umur menginjak ke angka 25 dan seterusnya 26 dalam masa 3 minggu lagi..
Aku jarang nak ikut orang.
Walaupun dikatakan buruk perangai..ego..selfish bitch.
Aku cuba taknak ikut orang
Sebab ye ye nak cipta identiti sendiri
Sampai terlupa banyak hati disakiti
Kelakuan tak pernah menyenangkan hati
Termasuk melukakan banyak perasaan termasuk ibu bapa sendiri
Sekarang trend orang sibuk berpasang-pasangan.
Aku masih lagi gila berkeliaran.
Kasihan
Padankan muka yang tak reti grateful dengan apa yang dikurniakan.
Mintak maaf tak bertepi atau tunduk melukut ditelapak kaki pun ..tapi kalau orang tak ampunkan tak guna jugak.
Aku -Manusia khilaf dan selalu lakukan kesilapan bodoh.
Seringkali tak sedar diri.
Sekali dua kali tiga kali.
Cuba memberitahu diri sendiri- Jangan bunuh diri..
Cuba menerima diri yang hina ini dengan berjela doa padaNya yang tak pernah lupa dan selalu mengadili.
Mari bermula kembali dari tangga satu
Harap semuanya selamat dan cuba tidak mengingat masa nan lalu.
*Cerita ini tak habis lagi. Ini rambling Monday yang busy. Sambung lagi bila ada kesempatan nanti.