Balik JB setiap hujung minggu.
Akhir sekali sewaktu aku dalam sem pertama di kolej dulu.
Minggu2 sanggup bersesak2 naik lrt, bersesak perak kat Puduraya
Hanya sebab nak mengejar bas untuk balik kampung.
4 jam perjalanan ke JB dalam bas tak dirasakan jauh.
Homesick lah katakan.
Sanggup jalan selaju mungkin menyusuri Jalan Petaling sambil mata menjengah2 hanbag2 tiruan yang dipamerkan oleh manusia yang menjual.
Sanggup juga aku tinggal RM10 didalam poket, janji tiket bas sudah dibeli.
Ketika itu, tanya sajalah bas ke JB yang mana hebat perkhidmatannya.
Pasti aku boleh jawab dengan bangganya.
Durian Burung? - Takut nak naik selepas bas mereka banyak terlibat dalam kemalangan jalanraya.
Transnasional? Berhenti kat Machap untuk makan selama 45 min kadang2..membazir masa!
Konsortium? -selalu tipu waktu perjalanan.Kata sekarang2..tapi akhirnya sejam lepas tu baru berlepas.
Jelita ?- Kegemaranku... ishk..tapi dah takde sebab lesen operasi telah ditarik balik. Non stop nihh!!
Jebat Ekspress?- Suka masuk seluruh kampung..Yong Peng kejadah semua!
Cepat Ekspress ?- yang sebenarnya lambat
Causeway Link? - Muncul jenama ini kala di zaman2 akhir aku menggunakan perkhidmatan bas untuk balik kampung..Tapi, jenama ini bagus! Cepat. Non stop. Kegemaran juga.
Puduraya dan Terminal Bas Larkin seakan menjadi teman hujung minggu. Siap ada gerai kegemaran untuk lepak2 sementara menunggu bas datang.
Haihh...Itu zaman dulu.
Tak kiralah apa pun jadi....Janji aku berada di JB
Homesick itu berkurangan bila sudahpun dipaut cerita2 indah di Kuala Lumpur ini.
Ya..KL is not that great pun!
Penat dah...
Dan bila menginjak usia2 begini, tuntutan kerja menyebabkan aku jarang pulang.
Sejak berkenderaan sendiri, terlampau banyak yang perlu difikirkan jika mahu pulang ke JB.
1. Masa- 3 jam drive seorang
2.Duit petrol
3.Duit tol
4. Duit belanja bila sampai di JB.
Alah..senang cerita, semua berkaitan duit.
Alhamdulillah mak abah selalu datang jumpa Todt diPutrajaya.
Jadi tak perlu lah aku balik ke JB selalu.
Dan untuk sekian kalinya...setelah sekian lama tak buat kerja macam ni..
2 minggu berturut2 aku akan pulang ke JB.
Last week..This week dan ..next week? Oh,Tidak mungkin.
3 jam drive seorang dengan malam semalam tak boleh tidur.
Bagaimana agaknya?
*Haihhh*