Macam2..sampai nak muntah aku membacanya.. Cehh!
Ok.
Itu aku tak peduli.
Sangat tak ambil tahu.
Namun kala ini...aku sangat berbangga dan berbesar hati dengan tugas yang sangat efisyen yang telah dijalankan oleh pegawai-pegawai perkhidmatan di Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Cawangan Wangsa Maju.
Sangat puas hati dengan layanan
Tatasusila.
Cara kerja
dan juga Servis
serta komunikasi dengan pelanggan yang telah diberikan.
*Tabik spring!*
Syabas Merebethe! =D
Sekurang-kurangnya aku masih lagi menanam sikap percaya pada perkhidmatan kerajaan yang telah disediakan.
Banyak komplen dan rungutan yang selalu didengari dan dibaca dalam surat khabar mengenai cara dan layanan yang di berikan di kaunter-kaunter perkhidmatan awam dinegara kita, Namun hari ini aku berbangga dan mengucapkan syabas untuk kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Cawangan Wangsa maju yang sangat berdedikasi, cepat dan tepat membuat tugasan mereka.
Malah mereka juga bermanis muka dan sabar melayan pelanggan yang banyak mulut macam aku ni..Itu yang penting tu!
Classic!
Semoga semua cawangan perkhidmatan awam dinegara ini patut mencontohi mereka.
Keep up the good work!
*Sekarang sedang menulis emel kepada berita harian atas khidmat cemerlang yang diberikan mereka..*=D