Ya..dalam banyak-banyak penagih bukumuka dalam dunia ini, aku adalah salah seorang daripadanya.
Melayari bukumuka seharian tidak manjadi masalah rasanya.
Seawal 9 pagi hingga lewat 6 petang..
Buku muka mesti ada dalam tab Google Chrome di pc ini.
=)
Mesti. Dua tab adalah wajib.
Home dan Profile Bukumuka aku sendiri.
Dan mungkin jadi tiga empat atau lima tab sekaligus kadang2..dan mampu membuat pc ini hang setengah jam.
Heh!
Gila bukumuka.
Ofismate selalu bising..
Asyik2 bukumuka..asyik2 bukumuka..!
Jeleskah kauorang?
Hehehe..
Bagi aku ia adalah hub bulatan sosial dalam hidup aku di alam maya.
Jadi? tak salah ber multi tasking kan?
Penangan bukumuka ini sangatlah kuat semenjak dua ini.
Kadang kala aku suka nak menjengah profil2 rakan-rakan yang dah lama tak ketemu wajah..
Melihatkan senior2 yang da semakin berjaya dan juga
Memerhatikan sedara mara mahupun adik beradik aku yang juga gilakan bukumuka ini.
Ada pro-ada kontra nya..
Kadang-kadang elok..kadang2 tidak..
Kadangkala menaikkan self esteem dan kadang kala merundumkan rasa rendah diri..
Kadang2 gembira..kadang kadang sedih..
Dan ia juga kadang2 menjadi base pada mood aku seharian.
Gila Facebook betul rasanya.
Social networking ini dapat mendekatkan kita pada yang jauh..
Dan yang pasti ia juga banyak mempengaruhi kehidupan seharian...
Percaya atau tidak...
Hari ini, tak pasal2 aku merengek pada Ollie nak naik kapal terbang Business Class Emirates
Tak kiralah to somewhere atau to nowhere atau 45 minit mahupun 17 jam penerbangannya..
Aku tetap nak naik Business Class Emirates..
Pelik dan mengada2..
Ini semua akibat melihatkan seorang rakan yang dimana officenya dia merata tempat di dunia menaiki kenderaan udara itu untuk sampai ke tempat kerja. *Tambang dia -Company bayar laaaaaa!! Habis- aku?..Fairygodfather mana nak bayar?*
Aku mengaku ini semua Kes Cemburu tak bertempat..
Hehhh sekali kan?
Itulah penangan Bukumuka pada aku hari ni..
Dasyat bukan?
Seraya itu...
habis semua lama-laman web syarikat penerbangan aku terjah melalui Google Chrome ini.
Apa pun semua penangan bukumuka yang kadangkala tak diterima akal haruslah di kaji sedalamnya..
Ikut nafsu tak kemana..
Sekadar tengok dan bergembira bersama..
Kira oklah!
Hehehe
*Naik kapal terbang Business Class Emirates - sudah termasuk dalam wishlist aku la ni..*