Tuesday, August 11, 2009

Zaman itu sudah berlalu..

Aku terkekeh-kekeh ketawa bila membaca ayat2 di window ym ku tadi..

Perasaan annoyed seorang kawan yang dah lama aku kenal ini amat aku fahami.

Dia sebenarnya annoyed pada sesetengah manusia yang bergelar kawan yang 
"Orang da masuk Maghrib...dia baru nak Subuh"

Perumpamaan ini makin buat aku rasa geli hati.

Teringat kisah dulu...

Clubbing 3-4 kali seminggu..Kadang2 7 hari straight..
Rakan-rakan opposite site yang begitu ramai ingin mengenali...Glamour la kononnya
Enjoy bagai nak gile..
Peramah macam nak rak..
Siang jadi malam..
Malam jadi siang..
Perangai kebudak-budakan yang kononnya dianggap cute...
Pukul 2 pagi masih dikatanya awal..
Hidup hanya ada satu perkataan- ENJOY!
Mahukan keadaan "high" yang sentiasa
Minum sehebat-hebatnya
Berpesta bersuka ria sepanjang hari..
Walaupun pada Ahad malam Isnin..
ataupun berbaju kurung ....
Bangga menyebut nama2 kelab2 terhebat serata KL dan JB.. 
Hebat sangat kah?
Tiada matlamat
Seronok sangat kah??
Berenjoy sakan..?
Tiada tujuan..

Aku senyum lagi...
Aku faham apa yang dia ceritakan itu...

Manusia yang baru rasa nak enjoy...
Kasihan... 
Itu saja yang mampu aku cakap..

Aku tersengih lagi...
Bermula dari usia 14...HRC da ku jejakkan kedua kaki ku ini..
Dan kini,
Malam-malam ku dihiasi kehidupan dirumah...
Makan malam...menonton tv, membaca dan mungkin mengkhatamkan dvd2 yang ada...

Masih lagi aku berpesta..
Tapi takla sehebat dan sebanyak dulu
Enjoy itu satu perkataan yang sangat subjektif untuk disimpulkan..
Kalau keadaan memaksa aku atas tuntutan hati,persahabatan dan karier...
Aku perlu juga ke sana..
Tapi berbatas...

Zaman itu sudah berlalu rasanya
Masih menunggu cycle ke dua..
Yang mana pusingan kali kedua akan mendatangkan nikmat yang ada kelas tersendiri..

Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan berpestanya aku kedinihari..
Tiada apa yang boleh aku angung-agungkan dengan kisah lama yang mampu membawa ke memori duka bersilang derita..
Walaupun enjoy...tapi itu semua cerita lama..
Tak la kata dah puas...Tapi tak berfikir nak hopping2 dan berpesta bagai nak gila macam dulu lagi...
Zaman itu sudah berakhir kot?
Ke aku yang da tua?
Hahaha..

Tak kira apa orang nak kata..
Aku tak up to date ke
Aku orang tua ke..
Aku dah tak happening ke
Aku da tak sama idealogy ke..

Secara jujurnya...aku tak heran pun...=)

Bak kata Faryn..
"Orang da masuk Maghrib...Dia baru nak Subuh.."

Aku gelak 
dan tersengih2..

"Apa kes lah dengan diorg ni????"

Aku akan jadi manusia yang duduk jauh dibelakang sana..kalau inilah scene atau event yang aku hadirkan diri..
Heheh... :P