Friday, August 28, 2009

Tudung kepala.

Tudung- Isu sensitif
Aku mengaku aku manusia yang menutup aurat.
Ok. bukan nasihat yang aku perlukan kala ini.

Tudung.
Fesyen atau Tuntutan Agama?

Wanita bertudung kepala.

Jika dilihat di sesuatu kawasan.
Contoh;
Dipejabat
Dalam bilik2 kuliah
dan juga di konsert2 muzik dan anugerah2 hiburan, (ni lagi ramai!)
wanita yang bertudung memang ramai membanjiri kawasan sekitar.
Dalam masjid atau surau..tak perlu cerita lah. Memang wajib menutup kepala. Termasuk aku!

Sebagaimana yang aku belajar disekolah dulu,
Memakai tudung adalah tuntutan agama.
Maka wajiblah seorang perempuan itu menutup kepalanya dari dilihat rambut mereka oleh lelaki yang bukan muhrim.
*Aku belum lagi menutup kepala hingga ke saat ini*
Dan AKU yang tidak bertudung ini bukanlah satu persoalan dan Subjek dalam kes ini.

Namun, sekarang yang aku nampak..
Wanita banyak bertudung sekadar ikut fesyen.
Katanya pakai tudung, tapi nampak leher..
Kata pakai tudung, tapi nampak jambul rambut berkaler perang...
Katanya bertudung tapi nampak lengan..siku itu didedahkan..
Katanya pakai tudung tapi pakai skirt separuh panjang..
Katanya bertudung tapi pakai baju ketat dan jarang.

Ok. 
Macammana tu?

Yang paling perit bila dilihat dalam video2 lucah 3gp yang banyak melilau dari satu hp ke satu hp jantan2 jahanam ni semua,
Wanita bertudung sedang membuat adegan2 lucah yang sepatutnya berlaku dalam kelambu dan bukan di bilik pejabat, tempat Xray mahupun di tepi tangga ataupun di tepi2 rimbunan pokok.
Macam mana tu?

*Haihhh*

Wanita bertudung bukan tak boleh berfesyen,
Siapa kata wanita bertudung nampak hodoh?
Aku tak cakap.
Malah ada ikon2 wanita di Malaysia yang bertudung dan masih nampak vougue!
Bertudung litup ok? 
Bukan bertudung tapi nampak dada, nampak betis..nampak jambul segala tuh..

Aku respek ikon2 wanita bertudung yang nampak mengancam dan pada masa yang sama menutup aurat.
Lihatlah betapa indahnya cara pemakaian yang bersesuaian dengan tuntutan akidah.
Classic!

Mungkin persoalan ini sensitif bagi wanita bertudung.
Aku tak pernah against wanita bertudung.
Mereka adalah terbaik kerana hati telah terbuka untuk menutup aurat.
Tak macam aku! Rambut kaler2..letak gambar dalam facebook seksi2.. Hahaha..
Tapi, konteks memakai tudung ini adalah sangat subjektif untuk diperkatakan...

Jadi, memakai tudung zaman sekarang adalah kerana......
Tuntutan Fesyen mahupun Ikut trend ataupun Tuntutan agama?