Wednesday, April 6, 2011

Tatkala Kuala Lumpur lumpuh trafiknya

Aku masih stuck di pejabat.
6.15 petang.

Semenjak dua lepas menghantar "surat cinta" kepada boss, aku makin malas nak stay lama-lama di pejabat.
Nak suruh buat apa lagi?
Tapi kadang kala terpaksa juga stay back.
Dan kadangkala juga stay back for nothing.
Sementara menanti adik beradik lain menyiapkan kerja2 mereka, aku mainlah internet sepuas mungkin.
Facebook selantak boleh, Tweet sebanyak boleh dan juga buat internet research untuk kepentingan peribadi yang tak ada kena mengena dengan sesiapa pun.

Tapi hari ini, aku stayback lagi.
Tak tahu pukul berapa boleh balik.
Tiada siapa yang menghalang.
Tak ada siapa yang tahan.
Cuma kota metropolitan ini sedang lumpuh akibat kenderaan yang membanjiri jalan-jalan utama.

Hujan.
Bila hujan aje, KL lumpuh!
Itu kan standard.
Tiada yang pelik.

Tapi, hari ini dengar kata..ada yang termuntah-muntah dalam kereta.
Disebabkan kereta mereka tidak bergerak walau seinci pun.
Terutamanya mereka-mereka yang tersangkut di Jalan Tun Razak.
Jalan tulang belakang untuk segala maha jalan dalam KL sekalipun!
Kenyataan muntah diatas adalah tipu. Jangan percaya.

Itukan bidalan.
=)

Tinggal 6 hari sebelum kerusi yang aku duduk sekarang ini takkan lagi aku duduki.
Tak payah cerita pasal perasaan.
Jelak!

Bukan soal nak berhenti kerja aku nak sampaikan disini.
Bukan juga soal keadaan trafik di Kuala Lumpur yang semakin hari semakin menggila!

Tapi soal gambar.
Bila browse PC kokak yang pejabat pinjamkan untuk aku ni, aku perasan, banyak gambar-gambar yang aku save kan didalam CPUnya.

Hakikatnya, gambar menyimpan sejuta kenangan manis.
Lagi sekali, kenyataan..
Kawan-kawan adalah keluarga aku disini.

Melihat dan menghayati gambar-gambar sebelum kejadian dan selepas kejadian disamun bersenjata itu, hati jadi sayu.
Hati yang besar boleh jadi kecik.
Kasihan dengan sendiri.

Aku benci nak tgk gamba masadalam hospital.
Aku benci tengok gamba masa sebelum kena parang dengan penyamun2 jahanam
dan aku benci tengok gamba aku sekarang.

Boleh?
Melankoli betul.
Tapi tu la hakikatnya.
Trauma sampai bulan ke 6 masih tak hilang2.

Mungkin nampak aku ketawa.
Jarang nampak aku sedih.
Tapi hati da berderai seribu.

Kau tahu?:P

Kurang dari 12 jam selepas aksi berparang bagai dengan manusia yang tuhan gerakkan hati dia untuk serang aku
Tawakal Hospital -Room 801.
11.10.10
9.00 pagi.

*Credit utk Esah sebab amikkan gambar aku yang masa tu tak rasa sedih pun! Siap gelak lagi. Heh.