Monday, May 16, 2011

2 kali punya Sakit Perut.

Semenjak tak mampu nak beli pewangi kereta yang berharga RM11 lebih dan semenjak dekat office baru ada daun pandan yang segar bugar, aku decided nak guna daun pandan sebagai pewangi kereta aku yang putih2 kelabu sebab tak rajin dicuci itu.

Tak perlu RM11 setengah, kereta aku wangi sepanjang masa.
Dua tiga hari, cabut yang baru..gantikan dengan yang dah kering dalam kereta tu.

Aku suka je bau daun pandan dalam kereta.
Mummy, abah semua pun suka!
Tapi kawan2 KL aku yang tak suka! Dorang kata-
"Naik kereta kau, baunya macam naik teksi"
T___T

Tapi, pokok daun pandan kat office ni banyak.
Serumpun besar.
Office tengah-tengah bandar, tapi compound besar.
Tepi banglo ni penuh dengan flora dan fauna
Pokok bunga, pokok kelapa, ada kucing dan tupai dan aku rasa pasti ada ular!

Disebabkan takut pasal ular tu la..
Aku takut nak cabut daun pandan tu sendiri pagi-pagi..
Lalu, masa pergi hisap rokok sorang-sorang, aku datang satu idea.

Nampak tukang kebun office aku..lalu memulakan perbualan dan meminta jasa baik dia..

Aku : Bang, mintak tolong cabutkan SIKIT daun pandan eh? Nak letak dalam kereta. Nanti tinggalkan tepi kereta, boleh tak?

Tukang Kebun : Ok. Ok. Kereta awak yang mana satu?

Aku: Myvi puteh yang hujung sekali.

Tukang Kebun : (Angguk dan berlalu pergi)

Tiga jam lepas tu...


Makna "sikit" bagi tukang kebun aku bersamaan dengan SEBALDI ye!

Ok.
Rasa nak gelak berguling2 pun ada.
Dah la hari ni 1st day turun darah
Perut da siap sedia sakit, di tambah pulak sakit perut sebagai hadiah gelihati dari tukang kebun office aku.

((Hahahahhahahahaahahahahhahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhahahahahahahha))

Aku hanya mampu senyum simpul dan gelak dalam hati sebab kat sini aku adalah wanita "Jepun" yang hanya senyum dan bercakap bila perlu.
Hahaha.
Serious rasa nak gelak kuat-kuat! Tapi aku tahan.

Alahai...bukan setakat kereta bau daun pandan..satu rumah sekali la jawabnya! Hahahahah

P/s- Untuk abang tukang kebun,
Terima kasih atas baik budi dan sikap pemurah anda. Sekarang saya faham makna "SIKIT" itu!

=))