Monday, May 23, 2011

Cinta dan Seks

Cinta itu perasaan.
Seks itu nafsu,keinginan dan keperluan.

Dua perkara berbeza yang sering disalahtafsirkan pengertiannya.

Kalau kata Cinta mesti ada Seks.
Kalau ada Seks mesti ada Cinta.
Kedua-dua pernyataan itu tidak benar dan tidak boleh diambil pakai kerana ianya tidak boleh disangkutpautkan bersama.

Cinta lain.
Seks pun lain.
Tak sama.

Pengertian yang membawa maksud cinta dan seks perlu seiring susah untuk diterima kesahihannya.
Terutama sekali dengan adanya sosio budaya ketimuran yang menjaga kesopanan dan seks itu dianggap taboo, serta agama yang menolak perbuatan Cinta dan Seks perlu seiringan diluar perkahwinan.

Tak usah cerita manusia barat di luar negara
Dalam Malaysia pun banyak juga yang mempraktikkan Cinta dan Seks bersama sekaligus menyangkal kesucian instutusi perkahwinan.

Bila ditekankan dari aspek seks luar nikah, golongan remaja selalu menjadi cemuhan.
Pernahkah terfikir bahawa Seks luar nikah juga dipraktikkan oleh manusia-manusia yang sudah lanjut usianya?
Tak kira lelaki atau wanita.
Nafsu selalunya sukar dikawal dengan akal dan fikiran yang stabil serta rasional.

Bukan soal seks luar nikah jadi canangan.
Soal manusia berfikir yang
Cinta dan Seks perlu seiringan.
Tidak sama sekali.
Namun terpulang pada pendapat individu berkenaan hal itu.

Persoalan ini timbul bila selalunya perempuan menjadi mangsa putarbelit si jantan jahanam dalam menyatakan "Cinta itu perlukan Seks untuk hidup subur'
Mengarut!

Cinta boleh berdiri dengan sendirinya kerana perasaan mampu bertahan dalam jiwa.
Seks itu disogokkan dengan perasaan yang berlandaskan nafsu semata-mata dan paling hebat, seks itu hanya akan bertahan selama semalaman.
Lepas dan cum..whats next?

Aku tak menghentam si lelaki-lelaki kurang baik dan sangat mementingkan diri mereka hanya untuk kepuasan kemaluan di dalam seluar itu saja...
Namun, tundingan jari harus diberikan pada si perempuan-perempuan yang tak mampu menggunakan psikologi atas diri sendiri lantas memberikan batang tubuh dengan sewenang-wenangnya secara paksarela atas dasar Cinta.

Seks itu sedap.
Namun, seks itu tidak menyedapkan Cinta.

Tepuk dada, tanya hati, fikir dengan akal yang diberi.
Jangan nak salahkan orang- salahkan diri sendiri.
Jangan suka-suka nak tunding jari
Sebab,kalau dua-dua suka dan rasa sedap.....siapa pun takkan kata dirinya rugi!

Just my 69cents.
Nothing more, Nothing Less!