Monday, May 16, 2011

Perkara-perkara yang menjengkelkan anda - Versi pemanduan di Kuala Lumpur

  • · Kesesakan trafik- setiap hari..setiap masa, waimah pukul 2 pagi pun tetap jam jugak!

  • · Tak ada parking kosong walaupun ada 5 tingkat ruang parking disediakan dan anda telah pusing sebanyak 5 kali!

  • · Pemandu lembab dan terkial-kial nak keluar simpang jalan. Kau nak tunggu sampai esok jalan clear ke?Takut sangat orang nak langgar dia!

  • · Orang yang memandu kereta tengah-tengah alam. WTF? Kau ingat jalan ni kau sorang yang punya? Aku bayar cukai jalan jugak lah!

  • · Manusia yang melintas tak ikut zebra crossing dan terkedek2. Ingat kau lawa ke sampai aku kena berhentikan kereta aku untuk kau!

  • · Teksi yang berhenti tepi jalan dengan sesuka hatinya untuk pick up passenger. Mangkuk hayun! Nak cari rezeki pun agak2lah, jangan menyusahkan orang!

  • · Pemandu yang bawak kereta 40km/j tapi drive di lorong PALING KANAN! Apa kes?Kau ingat KL ni tepi pantai ke?

  • · Pemandu-pemandu yang suka tonjol2 bontot kereta korang di lebuhraya padahal korang tengah drive line paling kiri sekali. WTF?

  • · Penunggang motorsikal yang dengan sengajanya membunyikan hon sewaktu menyelit2 dalam trafik jam! Apahal kau ni?? Kalau takut kena langgar, jalan la sebelah kiri!

  • · Pemandu yang suka tekan brek kereta setiap 3 saat padahal depan dia bukan ada kereta lain pun! Sakit otak eh?

  • · Orang yang suka mendengki korang bila bawak kereta. Bila korang singnal kanan- dandan dia nak laju. Padahal tadi, before korang nak masuk..dia slow je..Macam %^&^#!

  • · Traffik light yang tak berfungsi. Jadi tunggul kat tengah jalan. Tak ke menyusahkan orang tu?

  • · Asal hujan je ..jam! Asal hujan je Jam! Hujan tak lah lebat dan tak ada accident pun! Orang-orang bawak kereta kat KL ni memang takut hujan ke?

  • · Kereta-kereta yang mendatangkan pencemaran bunyi. Bunyi enjin, bunyi eksos mengalahkan motorboat! Ingat Evo ke Skyline ke..oklah jugak! Sekali tengok..Waja aje..Hahahaha..


)

Selamat Hari Isnin dan Selamat memandu dalam keadaan trafik di bandaraya membangun macam KL ni.