Monday, May 9, 2011

"Wanita yang lagi satu"/ "Wanita lain"

"Wanita lain" atau "Wanita lagi satu" mempunyai definisi yang sama dengan
The Other Woman.

Menjadi pihak ketiga dalam sesebuah perhubungan kasih sayang orang lain adalah juga merujuk kepada - wanita yang lagi satu.

  • Perampas
  • Pengacau
  • Perempuan tak tahu malu
  • Perempuan tak sedar diri
  • Perempuan sundal
  • Perempuan jalang

dan pelbagai panggilan negatif diatas juga merujuk kepada - Wanita yang lagi satu

Siapa suka kehadiran adanya "Wanita yang lagi satu" atau "Wanita lain" dalam perhubungan cinta atau perkahwinan?
Tak ada.

Wanita lain ini juga selalu diklasifikasikan sebagai perempuan jahat.
Pernah tak korang terfikir pepatah ini - "Tepuk sebelah tangan ..takkan berbunyi"?

Ramai wanita yang dah berkahwin(malah ada yang baru berkahwin tak sampai 5 tahun) meroyan-royan macam orang hilang akal dalam ruang sosial internet apabila dapat tahu si suami yang diletak atas kepala dan disanjung tinggi..ataupun yang di anggap macam malaikat itu- KANTOI mempunyai hubungan dengan "wanita lain" di luar perkahwinan mereka.

Mungkin tindak tanduk meletakkan "cerita dalam kain" pada tatapan umum menjadi satu trend masa kini..
Waimah begitu...pernahkah terfikir yang "menjatuhkan air muka suami" itu bukankah ianya berdosa?

Bukan nak menyokong suami2 korang kahwin lebih daripada satu!
Memang takkkkk laaaahhhhh kannnn!!!
Boys will be boys..
Dah nama pun jantan. Mana pernah cukup satu..Memang hakikatnya dah macam gitu!

Yang gediknya- si isteri2 yang meroyan tak tentu pasal tu!
Janganlah malukan suami korang dan terutamanya malukan diri sendiri!

Ini yang baru dikatakan "Tak tahu malu"
Jaja cerita dalam kelambu, dalam kain pada ratusan manusia dalam facebook..twitter dan juga blog. Adeh...sakit mataku!
Cerita suami sendiri ada affair dengan perempuan lain, sapa perempuan tu, nama dia..pakai baju apa, rupa dia macam mana (yang penting dia lagi cantik dr korang kan??) dan lain2 lagi cerita....
Sebenarnya, bila korang buat macamtu, niat korang nak malukan "wanita yang lagi satu" itu dah jadi terbalik.
Korang memalukan diri sendiri aje.

Lepas maki-maki orang dalam segala laman sosial internet bagai...
Korang sebut-sebut nama tuhan, mintak tuhan datangkan "bala" pada si "wanita lain" itu.
Dah...tambah lagi satu dosa..
Mendoakan manusia lain ditimpa kecelakaan?
Bagus betul ye amalan itu.. =) Sapa ajar korang?

Aku dah baca banyak cerita2 makian..cercaan pada "wanita yang lagi satu" dalam internet ni.
Aku kasihan pada si penulis itu..si isteri yang diduakan suaminya
Si isteri yang memberi sepenuh kasih sayang, cinta dunia dan akhirat..
Si isteri yang berharap sang suami itu mampu membawanya ke syurga...
Si isteri yang mahukan "eternity love" dan "happily ever after"
Si isteri yang kecewa amat sangat bagai malam bertukar jadi siang dan siang bertukar jadi malam.

Tak ke jahanam sang suami itu?
(Ok..sedikit emo)

Macam aku cakap tadi..
Boys will be boys..
The word "men" is just not significant enough for these kinds of guy.

Kenapa isteri-isteri itu meroyan?
Kerana mereka kecewa dan yang penting..5W +1H punya soalan akan keluar dari hati si isteri apabila terjadinya kes sang suami hidung belang dan menyimpan "wanita lain" di luar rumah.

  • What are you doing?
  • When it started?
  • Why are you doing this to me?
  • Who is she?
  • Where is she staying?
and
  • How it happened/ How does she look like???

Syurganya isteri letak di bawah kaki suami.
Aku mengerti konsep tersebut walaupun aku takut dan tak mahu fikir untuk menghadapi kenyataan itu.
"Nothing lasts forever, woman!"

"Wanita yang lagi satu" itu pun tak hingin nak jadi begini.
Jadi yang belum ada laki macam aku ni kena berhati-hati...
Cinta itukan subjektif.
Cinta boleh datang dengan tiba-tiba.
Cinta itu diibaratkan berbentu sfera.
Tiada hujungnya antara manusia.
Suami korang yang di junjung diatas kepala itu ...haruslah disoal siasat dahulu ye!

Jangan salahkan orang terus..
Salahkan laki kita dulu!
Jangan canang sekampung!
Tak payah bikin malu...
Ramai orang kasihan
Tapi sebenarnya ketawakan kita..
Kata "tak pandai jaga laki..tu pasal laki dia buat camtu!.."
Cerita rumahtangga yang tak enak tak perlu dijaja merata dunia..

Aku simpati pada sang2 isteri yang dirobek perasaan murninya...
Kepada sang suami..
"Haihsssshhhhhhhhhhhhhh!!! Fikir guna akal boleh tak?"
"Berkongsi kasih bukan sedapnya di anu saje, ok?"

Cinta itu perasaan.
Seks itu nafsu.
Tak sama ok.
Ada paham?