Ngiauan kucing yang kehornyan sangat bagai tak tertahan-tahan tu memecah kesunyian
Nak aje aku sembelih kucing ni karang!
Geramnya tak boleh nak dicakap.
Tak pahamla aku tengok manusia yang ada hati nak membela kucing tapi tak jaga.
Biar je kucing tu horny macam nak rak sambil menyesakkan kepala otak housemate2 lain.
Pergi mati la oi!
Ok. geram sangat2!
Pagi2 da bermood durja! Adoi.
Tengok kucing tu..jadi angin satu badan.
Hujung minggu lalu aku namakan
"Hujung Minggu Tidur"
Bermula Jumaat(mc)-Sabtu-Ahad
Asyik2 tido petang. Siap tido 3-4 jam lagi.
Mungkin pasal tu tak boleh tidur malam.
Tapi tak jugak.sebab selama ni kalau da tidur 10 jam disiang hari pun,
aku masih mampu melelapkan mata dimalam hari.
Janji...takde orang kacau atau bunyi bising.
Dan kucing tak comel dirumah tu patut je disembelih!
Haih...aku tak sekejam tu kot/
Dan tak sanggupla nak seksa binatang yang aku sendiri geli nak pegang.
Teringat pulak sms dr roomate tuan punya kucing yang juga da tak balik umah lagi (Orang kaya ni semua..bayar sewa tapi tak dok uma! Heh!)
Tak ingin aku nak kurung kucing bangang tu dalam bilik korang. Bilik korang pun aku tak bukak. Inikah lagi nak suruh si kucing takde sivik tu masuk dan secara sengaja melatih dia muntah atas katil yang da tak ditiduri sejak sekian lama itu.
Sorry! Its just not me!
Tengok muka kucing dia tu pun aku da geli!
Maaf cakap.. tapi Serves you rite! (to the owner of the Unpretty Cat named Geezmo)-
"Siapa suruh bela kucing tapi tak duduk uma layankan kucing tu?"
Heh! Jahat kan aku!
Takpe..
Janji kucing tu tak muntah atas katil aku.
"Wahai kucing yang tak cute! Aku haramkan engkau masuk ke bilik yang aku bayar sewa bulan-bulan itu"
Hehehe..
Ok. Minggu tidur berlarutan sampai hari ni rasanya. Tapi aku kat ofis. Tak boleh tidur (kadang2 bila bos takde.aku tidur jugak! Best tido kat opis ni sebenarnya! Heheh..)
Sekarang sangat malas nak bersosial.
Entah lah. Asyik2 nak baring tengok tv.Layan Dvd. Tengok iklan.Baca buku. Adoi.Malaysia Kita kah? :P
Bukan sekadar alasan "gaji tak keluar", tapi minat untuk berjumpa orang, lepak kedai mamak ataupun pi borak2 dengan kawan2 pun sangat malas.
Ya Allah, datangkan lah balik semangat aku untuk bersosial secara sehat. *Sambil pejam mata dan bordoa*
Walaupun ada manusia yang nak ajak keluar, siap datang amik kat rumah- aku sangat MALAS.
Sangat berjiwa ANTI-SOSIAL kala ini.
Letih-malas- nak tido- nak rest.
Ok sangat kelepek rasanya. Heh!
Hari Isnin ini- tiada yang istimewa. Bangun pagi. 5.30pagi. Seawal itu ok?
Bangun dengan rasa marah dan bagai nak sembelih betul2 kucing horny yang menunjuk2kan punggungnya padaku bilamana pintu bilik dibuka.
Geli la Oi!! Macamlah kau tu cute! Heh!
Tekak sakit. Akibat rokok Dunhill Merah yang terlalu keras rasanya.
I want my Marl Lights back, please! =D
Gusi agak bengkak. Gigi Bongsu -another attack!
Agak derita menahan sakit.
Haihh..
Hujung minggu lalu-Tiada yang istimewa. Cuma tak lupa..
Takziah buat keluarga Allahyarham Yasmin Ahmad.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Amin.