Wednesday, July 22, 2009

Panggilan "BABE" dan "YOU"

Secara amnya (tak kiralah apa orang kata), aku tak pernah suka dan aku paling tak berkenan bila seseorang memanggil aku atau memulakan sesebuah perbualan dengan perkataan;

"BABE......blablablablablablabla"

ataupun

"YOU!  bla bla bla blablabla"

Secara seriusnya.
Memang aku TAK BOLEH TERIMA ! dan tak boleh blah! 
Heh!

Ok.Mari kita lihat apa makna perkataan "BABE" ini.

babe

[beyb]  Show IPA
–noun
1.a baby or child.
2.an innocent or inexperienced person.
3.(usually initial capital letterSouthern U.S. (used, often before the surname, as a familiar name for a boy or man, esp. the youngest of a family.)
4.Slang.
a.Sometimes Disparaging and Offensivea girl or woman, esp. an attractive one.
b.(sometimes initial capital letteran affectionate or familiar term of address (sometimes offensive when used to strangers, casual acquaintances, subordinates, etc., esp. by a male to a female).


Babe pada  (1) - memberikan maksud cute dan mungkin manis bunyinya. 
Aku tetap tak suka! Sebab, aku bukan "baby" dan bukan "budak kecik"

Babe pada (2) - memberi maksud manusia yang innocent dan tidak berpengalaman.
Halo? Tumpang lalu sedikit. Aku tak fikir yang aku ini masih lagi innocent dan aku rasa aku ada pengalaman dalam hidup (even tak banyak..)

Babe pada (3) - Panggilan dari seorang lelaki kepada perempuan yang tidak dikenalinya untuk memulakan perbualan. Ok .Ini paling tak berkenan. Sebabnya- Panggilan itu  berbunyi "murah".

Babe pada (4) - Panggilan ini adalah "slang" je. Ok. Aku tak menarik dan berhenti dari memanggil aku dengan perkataan  "BABE"
Babe pada (4) inilah yang selalu di maksudkan pada ramai golongan manusia disekitar aku kala ini. Amat menggelikan bila panggilan ini menjadi "trend". Sang manusia ini tetap memanggil kawan perempuannya dengan nama "BABE" walaupun kawan perempuannya itu tidak menarik, tidak comel malah muka kawannya itu bagai pecah reban. Heh! Babe ke tu?
Trend la eh?! Tak perlu la nak beriye2 sangat kan.. Hehehe

Ada satu lagi  maksud "BABE" yang tak termaktub dalam mana-mana kamus online. Pendapat peribadi aku semata-mata.
Babe yang ini - mengingatkan aku pada cerita BABE-pig in the city.
Ok! Memualkan. Betul tak?
Jadi bagi sesiapa yang memanggil aku dengan panggilan itu..aku dapat rasakan yang mereka memanggil sama si BABE itu. 
Ok. Geli!

Aku tak tahu. Sampai hari ni aku tetap tak boleh terima perkataan "BABE" ke.."BEB" ke kalau ditujukan kepada aku.
Betul. 
Serius.

Dan mana-mana manusia yang memanggil aku dengan perkataan "YOU.."-  Sila berhati-hati.

Selalu sangat aku betulkan gaya percakapan manusia-manusia a.k.a kawan-kawan di sekitar aku ini.

"Maaf, I ada nama kot? Penat-penat mak bapak I bagi nama.. Panggil you..you tu da kenapa?"
Mungkin keras sikit bunyinya. Tapi, itu la hakikatnya. =D

Rasanya- YOU itu terlalu biasa. Common! Macam dah tak ingat nama kawan sendiri.
Sangat HEH!
Ingat nama kawan-kawan kan banyak faedahnya. Diri  orang yang dipanggil itu rasa di hargai dan disayangi. =)

Tiada lagi "BABE"..atau "beb" atau pun.. "you...you.."- (dengan nada mengada2)- walaupun yang memanggil itu MINAH HOT NAK RAK atau MAMAT HENSEM TAK INGAT! :p
Tidak akan ku pandang dan tidak akan aku toleh pada manusia-manusia yang memanggil aku dengan panggilan itu kerana

"I AM DEFINITELY NOT A BABE & I DO HAVE A NAME

Thank you.

=D