Thursday, July 23, 2009

Tiada sudah.

Perasaan ku pendam
Persiapan ku aturkan
Persediaan berjalan
Akhirnya tak kemana

Manusia boleh merancang
kadangkala tuhan yang menggerakkan hati manusia lain untuk menggagalkan
Lumrah yang tak berkesudahan

Hei
aku juga punya perasaan
Namun ku titipkan diam-diam dalam sanubari diri
Ingin ku khabarkan padanya disuatu hari
Namun, rasa itu akhirnya mati bersalut amarah
Dek bait-bait ayat yang aku baca di skrin itu

Katakan pada semua.
Aku yang salah
Ceritakanlah pada teman-teman 
Salah itu terpalit padaku.
Jajakan pada sahabat handai yang rapat dalam jiwamu
Tiada lagi aku di duniamu.

Tak mahu berfikir
Ianya sudah berakhir
Satu lagi ingatan terpalit
Tamatlah sudah kisah
Berakhir la sudah ceritera
Pahit manis sudah sampai nokhtahnya.