Wednesday, July 15, 2009

Dibutakan Cinta

Selalu manusia berkata..
Cinta Itu Buta
Ok...
Aku tak rasa macam tu..

Manusia Buta kerana cinta.
Itu ya..
Cinta itu tak buta.
Cinta itu suci
Cinta itu benar
Manusia yang salah menfsirkan Cinta tu jenis yang macammana.
Sebabnya Cinta itu pelengkap sesebuah perhubungan.
Cinta bukan segalanya.
Setuju?

Mungkin sesetengah manusia tak setuju dengan kenyataan ini.
Cinta bukan segalanya.
Hidup bertunjangkan Cinta akan membuatkan diri melara tak tentu arah bagai nak gila.

Hidup memang Indah bila bertemankan Cinta.
Sesungguhnya aku da pernah merasakan Cinta yang amat dasyat yang mana aku sanggupla jadi manusia yang sangat bodoh akibat mengikut kata cinta.

Cinta adalah hanya perasaan.
Setuju?

Ok.
Aku telah menyaksikan dua-tiga kes
Manusia yang dibutakan Cinta  semenjak dua menjak ni.

Sanggup jadi stalker..
Sanggup membazir wang dan tenaga
Sanggup menjadi manusia yang tak boleh digunakan akalnya...
Masih lagi sanggup berdiri teguh mempertahankan Cinta yang telah tiada 
Walaupun manusia yang pernah dicintai telah melukakan hati dan juga
Telah memusnahkan hidup mereka

Cinta kah itu?
Perlu diingat disini..
Cinta memerlukan pengorbanan..
Namun, harus dilihat dari konteks perngorbanan apakah yang boleh dilakukan..
Kita bukan lagi di zaman Laila Majnun atau Romeo & Juliet.
(Yang kalau takde cinta bole mati kering )

Ok..
Lihat pada seluruh perspektif.
Buka minda
Buka hati

Aku sebenarnya takut..
Betul betul takut.
Melihatkan manusia yang Dibutakan Cinta ini.
Sebabnya
Golongan ini adalah rakan-rakanku yang sudah berbuih mulut ku nasihatkan, berbakul makian ku berikan dan beribu perlian ku campakkan.

Doa aku.-
Tuhan dapat memberikan cahaya yang lurus dan benar pada manusia-manusia ini supaya diberkati hidup mereka dan nampak secara terang dan nyata bahawa Manusia yang mereka Cinta itu tidak seharusnya berdiri lagi dihati  dan harus mati dalam akal fikiran mereka.

*Haihhhhh*