Bukak outlet besar2..banyak2... seluruh negara,
Promosi macam nak rak.
Keluar tv sana, keluar radio sini
A&P Activities berlambak-lambak
Konon-konon nya hypermarket dia la
Under construction pulak tu!
Ok.
Tapi, dari aspek customer service-
Hancur!
Aku selalu memikirkan soalan-soalan sebegini,terutamanya semalam.
1.Kenapa pekerja di kaunter-kaunter pembayaran susah betul nak senyum? - Kena bayar ke?
2. Kenapa tidak pandai berbudi bahasa? Agak kurang ajar jugak la..
3. Kenapa buat kerja sambil lewa?
4. Kenapa buat muka mogok tapai basi yang macam semalam aku inilah yang memaksa kau pergi kerja 28 jam sehari?
5. Kenapa kalau jawab soalan asyik2 memberikan jawapan - "Hm..Ntah lah..Tak tahu la kak"(Sambil membuat ekspersi muka yang berdialog dalam hati dia berbunyi begini -"Heeeiihh dia ni, banyak pulak soalan dia.Nyusahkan aku je!)
Tak boleh ke jawab soalan yang tak tahu jawapannya itu dengan "Saya tak pasti, tapi sebentar ye kak..nanti saya check dulu " dengan senyuman semanis madu -Walaupun tak berapa suka dengan soalan beribu lemon dari mulut pelanggan?!
6. Kenapa nak pandang aku macam aku yang curik duit mak ayah kau malam tadi then pi belanja sukasuki kat tempat kerja kau itu?
7.Kenapa susah nak cakap sorry kalau dah pasti itu salah sendiri- Kena bayar ke oi?
8. Kenapa buat kerja tak efektik? Lambat macam da 109 hari tak makan?
9.Kenapa lah mereka bersikap begitu kepada pelanggan-pelanggan yang menguntungkan tempat kerja diorang yang mana dengan untung itulah gaji mereka dia bayar?
10. Kenapa?
KENAPA lahhhh???
Kejadian malam semalam sangat membuatkan aku naik angin satu badan.
Teruslah keluar ayat-ayat English aku yang sebenarnya tunggang terbalik bila aku normal, lalu menjadi ayat-ayat yang sangat sempurna bila marah menjelma. Bersama-sama accent Melayu sekali.
Nasib pekerja itu kurang baik bila Senior Cashier (Supervisor) nya ada di kaunter sebelah -sedang collect duit bagi shift itu.
Lodge complaint.
Si pekerja itu pun mula la membuat muka haramJ dia.
Perkataan MAAF pun tak terkeluar dari bibir terjuihnya itu.
Senior Cashier dia je yang cakap..
"Maaf la cik.Ye..ye.."- Sambil mendengarkan aku membebel. Ollie lagilah bising menceramahkan senior cashier dan staff dia yang amat cantek manis sekali perangaiitu!.
Serius rasa marah.
Kenapalah mereka ini berperangai begini. Tolonglah.
Customer Service Skills langsung tak ada.
Kerja memang untuk dapat gaji.
Aku pun ada experience sama macam si pekerja itu jugak.
Pernah juga bekerja sebagai tukang amik pulang duit macam dia jugak dulu-dulu. Cuma di hypermarket cap lain la..
Aku faham perasaan dia..Malah dalam masa 4 tahun aku kerja separuh masa time study dulu,di kafe yang menawarkan secawan kopi berharga RM6++ itu,macam-macam perangai aku jumpa.
- Customer yang macam best tapi tak berapa best..
- Customer yang sangat peramah dan sampai sekarang jadi kawan
- Customer yang buta resipi. Main order nescafe ais yang mana tak dijual disitu..
- Customer yang nak mintak diskaun walaupun seposen..
- Customer yang murah hati..Balance terus bagi aku buat horey-horey.
- Customer yang berlagak tak tentu pasal..
- Haihh..dan macam-macam jenis customer lah...
Tapi pengalaman mengajar kita.
"Customer is always right"- Itu semangat yang ditanam dalam diri sewaktu bekerja disitu (Walaupun perangai customer ini kadang2 sangat HaramJ!)
Senyumlah walaupun pahit.
Deal dan negotiate.
Sebab- Customer is always right kan?- lagi sekali.
Tak kiralah sama ada kita tak suka customer tu ke,Menyampah tgk muka dia sebab muka dia cam muka bekas kekasih lama kita ke, Dia tu dulu Ex GF kita ke,Mak kawan kita yang dulu suka buat cerita dan umpat kita kat jiran tetanga ke ataupun customer itu adalah kawan sekolah kita yang suka pow kita beli aiskrim time balik umah....kita sebagai pekerja kenalah buat muka MULIA.. (kat belakang kalau nak kutuk pun, bukan orang nampak! So, peduli apa!)
Sebab, manusia ni suka rasa dihormati..
Bukan suruh jadi tukang ampu dan ikut je cakap customer walaupun benda yang dia mintak itu takde..
Cukuplah sekadar dengan layanan baik dan sopan dan senyuman yang ikhlas.
Itu aja. Tu pun susah ke????
Haihhh...scene drama dua tiga babak menjadi isu malam tadi.
Dah la gusi bengkak belum baik.
Kena pulak menghadap pekerja di kaunter yang eksyen cam bagus tu.
Haaa..Kan dah kena sound. Tak pasal2..
Bukan sengaja atau suka2..Tapi semuanya bersebab musabab.
Heh!
Aku paham- kita semua manusia.
Sama je. Tiada beza.
Walaupun aku customer dan kau orang yang bekerja.
Tapi bila bab kerja yang memerlukan kita menggunakan kemahiran berkomunikasi dengan manusia lain (selain dari main task-kerja amik pulang duit.. )
Majikan juga memainkan peranan penting.
Jangan la main amik orang kerja tanpa training yang secukupnya.
Bukanlah sekadar- "Oh..you ada SPM, Boleh tulis boleh baca, boleh buat kira-kira..Ok! You boleh kerja sekarang!"
Jangan la macam tu..kesian la kat customer yang tak berapa berduit macam aku ni.
Haihhh*
Apa pun,
Kita perlulah relevan dan peka dengan keadaan sekeliling.
Hormati orang lain kalau mahu diri di hormati.
Dan tak payah la nak buat muka cam tapai basi lagi.
Tak suka kot?!
Aku tak cakap aku betul 108% dalam scene itu, tapi CARA minah amik-pulang duit tu tu kena betul!
Takde la customer datang tak pasal2 nak marah tak tentu hala kat pekerja-pekerja hypermarket tu!? Kan???
Kalau tak betul caranya, macam ni la jadinya..
Kesal betullah...Terkesima jiwa...
Haihhh*
*Tak tahulah sama ada aku masih mau pergi hypermarket yang berkaler kuning itu lagi akan datang.*