Memiliki kad kredit pernah menjadi impianku sejak kecil lagi.
Gile Glamour.
Ada style.
Classy.
Dan pernah aku menyatakan pada diri yang apabila seseorang ada kad kredit itu,mereka tergolong dalam golongan manusia yang ada kelas yang tersendiri. Ye laaahh tuuu!!
Hari demi hari
Waktu berganti masa
Ternyata hakikatnya, apa yang aku gambarkan itu salah belaka.
Kad kredit?
Tak Glamor.
Kad membuatkan malam tak dapat tidur lena
Kad untuk manusia takde kelass..dan macam2 lagi.
Kad Kredit ataupun nama betulnya KAD HUTANG telah lama menjadi penyakit dalam kehidupan manusia di dunia ini. Terutamanya di bandar-bandar besar macam KL.
Pendapat aku yang tidak mempunyai kepentingan terhadap KAD KREDIT pada waktu ini- Sebenarnya pengunaan kad kredit ini adalah untuk menambah hutang.
Relevannya, penggunaaan kad kredit ini adalah untuk mereka2 yang selalu ke Oversea atas urusan kerja dan untuk memudahkan para pelancong ke luar negara untuk berbelanja.
Jika dilihat dari satu sudut, kad kredit ini memudahkan kehidupan seharian pengguna2nya.
Namun begitu, datangla tidak relevan bila mana mereka2 yang tidak mampu mambayar jum;ah penggunaan kredit setibanya hujung bulan.-5 % sahaja dari jumlah besar..- pun nak guna kad kredit juga! Cehh!!
Interest atas Interest.
Maka ..alamatnya banyakla terjadi kes- kes brankrupsi, nama black listed di Bank Negara,hutang dengan bank-bank komersial dan sebagainya.
Banyak kes yang aku dapat lihat terjadi di hadapan mata.
Puncanya manusia- manusia yang terdiri daripada pemuda pemudi harapan bangsa ini menjadikan ekoran institusi perbankan adalah tak lain dan tak bukan disebabkan
HUTANG KAD KREDIT.
Alahai..
Namun , aku boleh tersenyum sampai ke telinga dan tersengih2 lagi kerana sepanjang 24 tahun hidup aku..memang aku tak pernah dan tak mahu guna kad kredit(walaupun pernah do offer berpuluh kali) sebabnya;
1. Aku rasa aku tak mampu nak membayar monthly amount yang akan tibe di bil-bil setiap hujung bulan
2. Aku tak mampu nak kawal nafsu berbelanja aku.
3. Aku taknak menyesal kemudian hari. Nama nanti blacklist, bankrupt-c , susah nak loan uma..susah nak buat segala macam loan semua ..akibat HUTANG Kad Kredit.
*Alhamdulillah*
Kalau tak cukup duit, Biar berhutang dengan orang2/kawan2/member2 (takyahla nak hutang dengan ALONG plak kan??!) dari berhutang dengan bank terutamanya Hutang kad kredit.
Ukur baju badan sendiri..
Kalau tak mampu tu takyah la nak berlagak sesuka hati..
Silap ari bulan merana diri..
Macam-macam bank dok kejar nanti..
~Mintak dijauhkan...Haihhh...