Celik mata dari lena di siang hari,
Aku menerima satu mesej di bukumuka
Aku gelak panjang.
Akhirnya kaklong ketemu juga dengan laman tempat aku mencurah rasa
*Malu*Segan*
Lagi aku gelak panjang bilamana kaklong panggil aku "blogger"
Satu perkataan besar tu.
Lalu aku jawab...
Dan kami berbalas mesej di bukumuka.
Hm..blogger kah aku?
Aku tak pernah menggelarkan diri aku blogger.
Ia sangat "besar"
Aku memang tulis di blog. Di laman ini.
Mencurah rasa..melepaskan apa yang terbuku dihati yang mana tak mampu aku nak lepaskan melalui mulut.
Dunia internet ni bukan la luas sangat.
Aku tak pernah mention url laman meluah rasa aku dimana2.
Yang mana aku bagi tahu, hanya rakan-rakan terdekat yang kenal aku.
Sahabat handai yang mampu terima aku seadanya.
Malu ok?
Keluarga tak pernah tau wujudnya laman meluah rasa aku ni.
Lepas ni..mau Todt pun baca curahan rasa aku..(bila dia dah pandai mambaca) Heh kan?
Terpulang pada sesiapa yang nak kondem aku dengan penidakkan kenyataan aku yang
"Aku tak pernah rasa aku ni blogger"
Tapi yang bestnya...ini.
wakakakak...
memang pun! Kala ini dalam otak- Rindu Todt sangat!
Uwaaa...
Migraine makin beransur pulih.
Tapi sebelah kanan kepala-masih berdenyut2.
*Makan ubat dan mahu sambung tidur*
Apapun,aku tetap tak pernah rasa yang aku ni blogger. Heh!