Monday, March 1, 2010

Manusia di lorong ini.

Pejam celik pejam celik..
Hampir sebulan aku menginap di kediaman baru.
Land property- wah! seronok. Tak perlu menongkah tangga atau naik lif.
Mr Jay si gemuk putih yang telah berjasa banyak dalam hidup aku tu pun cantik parking depan mata.

Memang cita-cita dan impian sejak jadi perantau, 8 tahun lepas- nak sangat duduk rumah atas tanah.
(Kuarters abah pun rumah bertingkat- letih ok..even tingkat bawah sekali)

Alhamdulillah..semuanya baik2 belaka.

Tuan tanah aku- owner terbaik setakat ini.
Terima kasih wahai tuan tanah (oh, beliau juga kadang kala singgah kat sini)

Jiran- jiranku.

Sebelah kanan-
Retired couple dan anjingnya bernama Snoopy.
Aku jarang tengok mereka menjejakkan kaki keluar dari kawsan rumah.
Pagi petang siang malam kat uma (Ke- aku yang takde bila dia keluar? Heh)
Mr & Mrs J
Pasangan bahagia yang umahnya tak pernah datang sedara.
Snoopy- fine! Dia kenal aku. Kalau aku balik, dia takde jerit2.
Anjing dia tu bersopan santun.


Sebelah kiri.
Seorang doktor veterinar bernama S
Sekadar hi hi dan bye bye dengan aku.
Wanita Muslimah yang hanya senyum2 dengan aku bila berjumpa.
Sekali dua je berbual.
Masih bujang tapi dia ada bf rasanya (tak cam aku)
Umah tu umah arwah mak ayah dia . Anak yatim- kesian kan?
Kadang-kadang kakak dia datang - uma dia ada pokok besar yang selalu menggugurkan daun2 kering yang aku kadang2 fikir ia sangatlah HEH! -Penat kot nak sapu daun2 tu hari2?
Takpela..
Oh...dia ada seekor kucing yang suka panjat atas Mr. Jay aku.
Itu pun agak heh! -Nak kena buat satay agaknya kucing tu.

Jiran depan rumah
Peminat pokok bunga.
Keluarga bahagia. Sehat-sehat belaka.
Ada mak, ayah, atuk nenek cucu segala.
Nenek dia selalu jemur baju pagi2 masa aku nak keluar rumah.
Tersengih2 je la. Berbual? oh..belum berkesempatan.
Rumah dia ada buaian. Uwaaaa!!! jeles ok!
Petang hujung minggu mereka itu semua suka naik buaian sambil borak2.
Malam- tengok tv dan masa bersenggang sampai lewat malam.
Mana aku tahu? Bukak pintu umah je nampak tv dia terpasang.


Jiran depan uma punya sebelah
Pekerja-pekerja kontrak warga Indonesia.
Ok- betul2 macam umah kotai.
Scary jugak. Tapi abah da interview diorang masa abah dan Mummy visit ari tu..
Abah cakap "diorg ok..jgn risau"
"Tapi, mesti hati2" balas Mummy.
Aku angguk je kepala.

Jiran langkau serumah sebelah kiri- (sebelah uma S)
She is a nenek!
Tinggal seorang.
Dia la manusia yang berani datang berdiri depan pagar rumah aku masa Mummy ngn abah tengah datang kemas2 rumah hari tu.
Cehh!
Apa lah nama dia.. aku da lupa.
She is nice. Too nice sometimes.. I think maybe because shes lonely kot???!
Anak2 da tua bangka..dan bercucu cicit da nenek ni.
Dia nak ajak aku berkawan- ok?
Wahh.. siap cakap
"Alia kalau free, datangla rumah nenek"
Aku senyum aje. Berbahasa dan menjawab "Insyallah..kite pun kerja selalu balik lambat"
Nenek ni balu kematian suami. Rumah tu peninggalan arwah laki dia yang dulu nya kerja CC kat government office.
Dan dia la yang paling peramah diantara yang banyak2.
*semua cerita diatas adalah datang dari sumber yang boleh di percayai- iaitu dari mulut nenek itu sendiri*

Haihh..dalam sebulan...itulah gelagat manusia yang berjiran dengan aku di lorong ini.
Aku?
Pergi kerja balik kerja since bf pun takde.
Kuar makan..tengok tv.. layan radio.. Kuar merayap and la ni sejak ada Celcom broadband, menghadap sikit.
=P
Kesimpulannya, manusia manusia bergelar jiran aku- so far so good. Alhamdulillah..
And I am really in love with the house.
Thank you tuan tanah. ;)