Di kala menisolatedkan diri sekarang ini,
Dalam keadaan yang sendiri, family jauh, fb dideactivatedkan, takde teman hidup (to some people, its not a big deal..but its huge deal for me)
Ditambah pula dengan tiada aktiviti di dalam program seharian aku,
macam-macam benda aku fikirkan.
Macam-macam idea yang datang.
Dengan adanya berukband peneman setia, tangan laju je nak menaip apa yang terlintas dalam kepala otak dan apa yang aku rasa.
Dan "kentut" jadi satu topik yang berlegar-legar dalam kepala otak.
Boleh plak camtu. Ceh!
Kentut.
Salah ke kalau seorang perempuan terkentut iaitu mengeluarkan angin di hadapan kekasihnya.
Korang yang pompuan2 ni penah buat camtu?
Aku?
Dahulu sewaktu sang bekas kekasih, kentut menjadi satu aktiviti yang sangat kelakar dan dinanti2.
Jadi satu bahan lawak dan kadangkala jadi competition. Macam geli eh? Tapi itulah antara kenangan2 yang mungkin dapat merapatkan silahturrahim antara boyfriend dan girlfriend.
Bahagia ok bila pasangan boleh terima bau dan bunyi kentut dari seorang perempuan yang penuh dengan keayuan, kelembutan (ok, exception. aku tak berapa lembut), kecantikan, kewanitaan dan penuh sifat keperempuanan.
Aku ulang- bahagia.
Kentut itu adalah antara nikmat-nikmat yang free dikurniakan tuhan - kata sesorang.
Kentut kan free- tak payah bayar pun kalau nak kentut!
Dah la free, lega pulak tu rasanya.
:p
Jadi, kenapa mesti malu dengan kentut sendiri?
Aku tak faham bila seorang perempuan tersipu2..tertahan2, terkepit2 bila terasa nak terkentut depan pasangan mereka.
Dulu, aku tak perlu control.
Kentut itu melegakan.
Betul tak?
Cuba korang bayangkan, bagaimana seksanya menahan kentut.
Aku pasti semua manusia pernah rasa seksa itu.
Lagi seksa, kalau tak dapat kentut dalam jangkamasa sehari.
Ishk. Derita ok...
Tak dapat sedawa pun dah sebu perut!
Huisshh!
Kentut-memang tak appropriate kalau dibuat didalam lif yang sendat dengan manusia, di dalam bilik meeting yang terkatup rapat, di hadapan client atau bos mahupun di majlis-majlis rasmi.
Itu aku tahu.
Ada lelaki (kebanyakkan lelaki..atau 90% dari lelaki dalam dunia ni) tak boleh terima kalau girlfriend mereka terkentut secara sengaja atau tidak di hadapan mereka.
Kenapa sampai macam tu?
Opinion aku- sebagai seorang manusia normal yang sehat dan banyak kekurangan, kentut di hadapan pasangan yang dah lama berkawan, adalah "biasa".
Habis, orang yang dah kahwin berpuluh tahun tu takkanlah LANSUNG TAK PERNAH KENTUT ataupun terkentut depan suami atau isteri diorang?
Sila tanya pasangan yang dah berkahwin.
Bukan dosa besar kalau terkentut secara tidak sengaja atau kentut memang saje nak pekenakan boyfriend/girlfriend korang.
Kita kan manusia..
Kalau tak boleh terima "kentut" dalam konsep kehidupan bercinta..Macam mana kalau dah kahwin nanti?
Banyak lagi kelemahan dan kekurangan pasangan kita yang kena diterima bila mana dah duduk dibawah satu bumbung nanti. (Ceh, cakap cam dah ada experience!Heh kan?:P)
Buat lelaki-lelaki bujang di luar sana (dan juga lelaki yang telah bernikah tapi ada girlfriend yang lawa2), sila lah terima kenyataan bahawa teman wanita korang yang berperfume bagai, bermakeup secantik bidadari dan berstyle bak model itu pun mesti kena "kentut" untuk terus hidup selesa.
Buat kaum wanita cam aku, sila jangan terkemut-kemut menahan kentut depan lelaki yang dah confirm jadi boyfriend korang. Suruh dia terima jelah bunyi dan bau kentut anda dan sila bagitau diorang yang..
"Kentut bukan crime dan you ingat orang lawa tak kentut ke?"
Kalau diorang serius lari meninggalkan korang sejurus selepas korang terkentut, sila simbah air ke muka mereka/ hantar sms/ hantar facebook comment dekat wall diorang/telefon/tinggalkan pesanan dimailbox diorang-kalau dorang taknak angkat telefon dan bagitahu...
"Macamlah you tu tak pernah kentut"
Kita semua manusia biasa, jadi terima jelah kenyataan itu.
Kentut juga boleh menjadi satu "test" untuk pasangan korang.. Cuba tengok, boleh tak dorang terima bunyi dan bau kentut yang datangnya dari awek2 lawa cam korang semua.
Haaaa...
Kata sayang,
Kata cinta,
Kata rindu,
Kata I LOVE YOU segala...
Jadi boleh ke tidak menerima "kentut" itu dalam konteks kehidupan percintaan?
Oi! Model Victoria Secret, Artis2, pelakon2 Hollywood, girl next door, Playboy bunnies , Anak2 orang kaya, menteri2, semua pun kentut okeh?
Selagi nama nya manusia- tak pernah ada orang yang tak kentut!
Heh kan?
*Bila dah ada boyfriend, akan aku cuba bring up kes kentut ke pada dia. Hahaha.. Test kentut sekali dan buat satu perbincangan mengenai kentut di hadapan pasangan. Lari tak dia agaknya. Kesian siapa yang akan jadi boyfriend aku tu*