Tuesday, March 16, 2010

T.i.p.u

Manusia dijadikan tuhan dengan pelbagai ragam
Selain dari sempurna dan mempunyai kelebihan tersendiri
Terdapat juga kekurangan yang kadang-kadang cuba disembunyikan.

Satu pembohongan.

Ok.
Tipu sangatlah kalau ada manusia dalam dunia ni berkata
"Aku tak pernah menipu waimah sebesar zarah pun!"

Heh??! Mari sepak muka manusia yang pernah bercakap seperti ayat diatas.
Ada?

Secara sedar ataupun tidak, manusia tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan.
Mungkin manusia yang patut kena ketuk dengan senduk dari dapur cik timah sebelah rumah itu,
tidak sedar apa yang diucapkannya.
Atau dia saja nak tunjuk hebat.
Sempurna.
Hek eleh!

Heh betul.
Jangan nak cuba tipu dengan kata tak pernah menipu ok?
Secara perasana ataupun dengan tidak mengikut perasaan- manusia itu mesti pernah menipu.
Tak kiralah masa sekolah darjah satu ke- tipu pasal nak jaga standard ke- tipu meniru masa periksa ke-
tipu tak pergi ngaji ke-
alah..mesti punya lah!

Konklusi?
Mana-mana manusia pun pernah menipu.
Cuba ingat-ingat balik sepanjang berpuluh tahun hidup dimuka bumi tuhan ni.
Sikit pun, tetap kira menipu!

Halo!
Tipu perasaan dalam hati pun kira "menipu" jugak lah.
Dekat luar kata taknak,tak mahu, tak perlu... dalam hati meluap2..menjilat2..memekik2 hati tu!
Itu lagi teruk dari menipu orang lain.
Tipu perasaan, lama-lama jadi sakit jiwa tu.
Parah ok.

*Tulisan diatas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang dah takde.Aku bosan dok rumah,-tu je !* =P