Sunday, March 7, 2010

Bahagia

Bahagia itu kita yang tentukan.
Kalau kita suka- makan nasi dengan garam pun kita bahagia.
Ye ke?

Itu orang cakap.
Tapi aku rasa macam betul.
Kita yang pilih bahagia atau derita.
Kalau mula-mula bahagia, pastu tiba-tiba datang derita..macammana pulak tu?

Aku pilih "bahagia" ini.
Bahagiakah?
Seorang lebih baik dari beramai-ramai?
Mahupun berdua lebih baik?

Mana bahagia yang dicipta?
Kita yang pilih bahagia itu.
Kalau rasa gembira- bahagia lah tu.

Apa yang boleh mengukur kebahagiaan?
Duit berkepuk-kepuk?
Harta dunia melimpah ruah?
Cinta yang datang melimpah hati..sampai terkeluar-keluar perasaan itu di laman social networking?

Itu sangat subjektif
Bahagia- itu pilihan.

Kalau ditanya sekarang ini.
Bahagiakah aku?
Jawapan: Kadang-kadang.
Hidup ini macam roda. -Ya betul!
Cakap memang sedap . Haha

Tapi cara ini yang aku pilih.
Pilihan yang aku anggap boleh bahagiakan diri - Tapi tak sampai perlu ke hospital bahagia.
Bahagia kah?

Bebas- satu kebahagiaan yang tak ternilai.
Itu yang aku punyai sekarang ini.
Keputusan hidup terletak ditangan aku.

Bosan- balancing factor dari pilihan aku di atas.
Kadang-kadang.

Jadi, bahagia itu kita yang tentukan.
Tapi, dalam bahagia- MESTI ada duka.
Balancing factor.
Tu je.
=)

Esok hari Isnin.
Mari doa yang baik2 untuk semua.
Harap-harap Isnin ini membawa bahagia kepada kita semua.