Sesiapa pun tak pernah faham sesiapa.
Percaya?
Sila lihat sekeliling.
- Suami-isteri
- Boyfriend-girlfriend
- Anak-mak
- Bapak-anak
- Bestfriend-kawan
- Sepupu-sedara
Mesti pernah kecik hati.
Bak kata orang2 sekarang - Sentap. Heh nya (sentap apa? tali? :P)
Aku manusia biasa je.
Kalau dulu suka simpan dalam.
Kaki gaduh.
Sekarang tak lagi.
Semenjak dua menjak ni.
Kebanyakkannya..amik dan buang
Tak perlu nak kecik hati lama-lama kalau hal itu sekecik zarah.
Jisim tak berat, jadi tak perlu berpanjangan.
Manusia semua buat silap.
Manusia memang tak faham kehendak manusia lain.
Walaupun anak dengan mak.
Lidah tergigit, hati terkesima.
Itu biasa.
Kalau ada orang kecik hati dengan aku...apa aku buat?
Mintak maaf bila keadaan da cool.
Manusia biasa..bisa buat silap dimana.
Begitu juga manusia lain bila buat aku kecik hati.
Dua tiga hari- ok la tuh.
Berbual je macam biasa.
Tapi perlu di ingat..cara aku meminta maaf adalah berbeza dengan setiap kesalahan yang dilakukan.Besar ke kecik.
Kalau orang mengkesimakan hati aku..takpela..terpulang apa cara pun.
Sebab hidup ini tak lama ..
Jadi tak perlu kumpul musuh dan berjauh hati.
Manusia saling memerlukan..
Aku perlu kau.
Kau perlu aku.
Tak hari ni, esok lusa.
Rasa-rasanya
dan aku bukan manusia sempurna.
Hari-hari buat silap dan boleh minta maaf.
Untuk manusia yang membaca- kalau ada silap yang aku dah buat..
MINTA MAAF. MINTA AMPUN.
aku tahu, korang tak faham aku..
dan aku pun tak faham korang.