Saturday, March 6, 2010

Orang bujang dan komitmen

Cakap memang senang.Bila berbual memang sedap.

Ingat eksekutif cabuk cam aku ni banyak duit ke? - Nampak je gempak!

Orang banyak cakap-

“Ala, belum kahwin, takde tanggungjawab”

“Ala, bukan ada anak nak kena tanggung”

Sesedap rasa je manusia-manusia ni berkata-kata.

Wah..ingat gaji jejak 4 angka, duduk kat kota metropolitan yang bergerak setapak demi setapak ni mudah sangat ke?Semua nak kena guna kepala agung ok?

Yang duduk ngn mak bapak memang la senang.Jimat sewa umah, duit makan minum..jimat duit api air.. Duit gaji bulat2 untuk diri sendiri!

Hashyoooo!

Sesedap rasa je.Kalau yang cam aku ni?

Serba serbi sendiri.Mak abah jauh..family jauh..adik bradik jauh..Habis tu? Nak expect cam mana?

Makan, pakai, api air, sewa umah, telefon, berokband,installment keta, blanja ari2..parking fees lagi!Tu belum masuk insurans..kirim duit kat kampong..duit tol ..minyak…kejadah semua? Ada pk tak? (Nasib baik aku memang tak pakai kad hutang..kalau tak matilaaa!)

Ingat senang sangat jadi org bujang?Wah wah wah..

Kalau yang dah kawen..kan ada sharing terms..- ada laki boleh tolong, ada bini boleh bantu!

Orang bujang cam aku ni?

Surviving tau! Ingat senang ke?

Cakap jgn main sedap mulut wahai manusia2 diluar sana.

Jadi orang bujang bukanlah sesenang mana dr segi kewangan..(tu belum masuk bab emosi dan daya ketahanan mental serta fizikal lagi)Kalu ingat org bujang ni takde tanggungjawab....

Sila mintak maaf.

Sebab korang tak tahu peritnya..Korang tak tgk list budget org bujang..Memang takde susu pampers segala.Tapi tulah..sila kaji dan perhati…

Excuse me..takde high class mana pun aku ni.Serba serdahana sekarang.Selagi boleh jimat...jimat lah!.Yang penting selesa.Orang single cam aku ni komitmen banyak jugak ok?Cuba tanya manusia2 bujang di sekeliling korang…senang sangat ke dorang tu semua?

Tanya lah! Hehh!

Jangan main sedap mulut je eh manusia!