Yang mana tak ada ruang untuk aku memikirkan hal remeh-temeh
Jadi,
Benda merepek2 soal hati perasaan dapat dilupakan
Soal hidup yang dah semakin hilang boleh diletak jauh-jauh.
Bicara kekosongan dan omongan hati boleh disimpan didalam kotak dalam stor.
Kesibukan yang mana aku cinta untuk berada di dalamnya.
Biar tak punya masa nak berdrama
Biar tak punya masa untuk membaca
Biar tak punya masa untuk bercerita
Janji aku sibuk yang digemari dan mampu lupakan semua yang ada.
Kalau dulu merungut tak ada masa
Nama pun manusia..
Tak pernah PUAS dengan apa yang ada..
Jadi?
Rindu sibuk yang dulu
Dikala hati diracun emosi terganggu.
Sekarang sibuk juga- tapi hati tiada dalam kesibukan itu.
Perkara yang disibukkan itu bukan kesukaan dalam hati.
Sila fokus.
Kerja sebagai mendapat gaji hujung bulan untuk membayar hutang.
Kepuasan hati?
Letak jauh dibawah telapak kaki.
Sampai bila?
Sampai mati??
Aku mahu pergi Langkawi. Biarpun seorang diri. Tunggu lah bila dah cukup duit nanti.